sumpahan (bidan part 2)

5.4K 27 5
                                    

Di satu perkampungan, terdapat seorang wanita cantik yang sedang sarat hamil bayi kembar. Hal tersebut sangat ganjil berlaku di kampung tersebut kerana tiada wanita yang boleh hamil sejak sedekad yang lalu.

Mereka mempercayai bahawa kampung itu sudah disumpah bahawa tiada lagi keturunan yang akan lahir.

Namun, secara tiba tiba terdapat seorang wanita yang mengumumkan kehamilannya pada seluruh kampung. Penduduk kampung sangat teruja bagi menyambut kelahiran bayi bertuah itu dan menganggap sumpahan itu telah tamat.

Citra, nama wanita hamil itu. Dia tinggal di hujung kampung di dalam sebuah rumah kayu. Dia tinggal bersendirian setelah suaminya Khalid meninggal dalam kecelakaan.

Namun begitu, atas asbab kehamilannya yang dianggap istimewa, Citra sentiasa dipantau orang kampung dari segi keselamatan, wang, makanan dan kesihatan. Hal ini semua dilakukan bagi memastikan bayi yang bakal lahir itu sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat

Hari demi hari, kini kandungannya memasuki 9 bulan. Perutnya sudah sangat terturun. Wanita itu hanya mampu berjalan di sekitar rumah kerana pingganya berasa perih kerana membawa bebanan besar pada perutnya jika berjalan terlalu jauh.

Jiran jirannya tiada di rumah kerana menghadiri majlis di hujung kampung. Majlis tersebut diadakan pada setiap tahun bagi menjalankan ritual perlindungan kampung mereka.

Dalam keadaannya yang sarat, dia tidak mampu untuk berkumpul berasama. Jadi lebih baik dia di rumah sendiri.

Ketika dia ingin masuk ke dalam rumah semula, dia dapat merasakan ada yang memerhati dirinya. Terus dia pusing belakang untuk melihat, namun tiada siapa di situ.

Dengan hati yang tidak tenang, segera dia masuk ke dalam dan mengunci pintu. Perutnya yang memboyot dipegang, menenangkan bayinya yang bergerak aktif. Mungkin kerana merasai ketakutan ibunya.

Citra cuba berfikiran positif. Dia bergerak ke dapur bagi menyediakan makan malam. Dan sewaktu dia menuruni tangga, dia ternampak satu kelibat berambut panjang di hujung tangga. Dia terkejut. Namun dia tidak boleh bergerak kerana terasa ada tangan yang mengusap perutnya dari belakang. Dia berdiri kaku.

"Hey..." suara itu menyapa di telinga. Tangannya masih mengusap perut besar itu dengan gaya memutar.

Citra hanya diam. Bibirnya terkemam ketakutan. Dalam keadaannya yang sedang hamil, dan kelibat yang masih berada di depannya. Bersama seseorang yang dia tidak tahu siapa sedang mengusap perutnya, dia berasa takut.

"Kau lah wanita bertuah itu? Yang mampu menghentikan sumpahan kampung ini? Kau pasti mempunyai sesuatu kan?"

"Tak.. aku hanya wanita biasa. Yang Tuhan tiupkan malaikat kecil ke dalam rahimku agar aku bisa melahirkannya nanti." Citra cuba menjawab berani

Daripada suara itu. Citra tahu suara tersebut merupakan suara seorang nenek tua.

Nenek itu terkekeh perlahan.

"Tidak.. sumpahan ku terlalu kuat untuk kampung ini. Mustahil sihir ku terlalu lemah sehingga kau boleh mengandung!" Nenek itu menampar perut besar Citra dengan kuat.

Plak

"ARGHH" Citra menjerit sakit.

"Berani kau tinggal seorang ya? Tidak kau tahu majlis harini untuk menghalau aku?" Suara itu terkekeh lagi.

Citra samakin ketakutan. Badannya mula menggigil. Kelibat di bawah itu tiba tiba mula menaiki tangga dan betul betul berdiri di hadapannya.

Citra ingin melarikan diri tapi pegangan nenek itu semakin kuat.

"Kau tengok sapa depan kau ni" nenek itu memegang kepala citra agar betul betul melihat kelibat di depannya

Citra bernafas kencang. Dia ingin memejamkan mata namun matanya seakan dipaksa terbuka. Mata 'benda' itu melihat kedalam anak mata citra tajam.

push!!🤰(birth Stories)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang