"Maafkan aku. Ini semua salah aku."
"Aku bertindak sendiri."
✎︎______________
5 Tahun lalu...
"Wah, menariknya kuasa ni!"
Ian sedang mencuba-cuba Kuasa Cahaya Hitam yang diberikan kepadanya. Arial yang melihat, hanya tersenyum sinis.
Tiba-tiba, Arial terapung ke udara. Ian terkejut dengan tindakan itu. Kepulan asap hitam mula keluar dari badan Arial, membentuk satu susuk tubuh.
Arial rebah ke tanah. Nafasnya turun naik.
"Hahaha! Terima kasih, Arial."
Arial mendongak. Kelihatan satu lembaga berdiri membelakanginya. Ia menoleh, kemudian memberi senyuman yang keji.
Arial memandang Ian yang terpinga-pinga. Dia menyedari bahawa Ian sudah mempunyai Kuasa Cahaya yang diamanahkan kepadanya.
"Tidak, apa aku dah buat?!"
Mata Arial membulat dan berkaca. Lembaga tersebut tertawa. Dia berjalan perlahan-lahan, mendekati Ian yang jelas bingung dan tertanya-tanya.
"Jadi, bagaimana rasanya memiliki kuasa yang hebat ini, budak?" lembaga tersebut berjalan mengelilingi Ian.
"Emm, kuasa ni memang menarik." Ian berbicara, sedikit tergagap dan curiga. Matanya tidak lepas memandang lembaga itu.
"Ian..."
Ian memandang ke arah Arial, "Apa yang kau buat pada Arial?"
Ian mula berjalan merapati Arial, tetapi dirinya dihalang oleh lembaga tersebut. Ian berasa tidak sedap hati.
"Aku nak tengok keadaan Arial. Beri aku laluan!" Ian bertegas.
"Kau nak buat apa? Dia tak berguna. Aku boleh tolong kau."
"Tolong apa?"
"Balas dendam."
Ian tergamam. Arial sedaya upaya memaksa dirinya untuk bangun.
"Ugh, Ian! Lari! Pergi pada Isya! Jaga kuasa-"
Kepala Arial disepak oleh lembaga tersebut. Ian terkejut. Dia segera angkat kaki, berlari menuju ke mulut gua.
"Jangan harap!"
Lembaga tersebut melancarkan kuasanya di bahagian atas pintu gua, memecahkannya menjadi beberapa ketulan batu yang besar untuk menutup jalan keluar.
'Ah, tak guna!' bisik hati Ian.
"Mari sini kau budak!" lembaga itu meluru ke arahnya.
Ian mengelak serangan lembaga tersebut. Dia cuba untuk menyerang balas, tetapi lembaga itu berjaya menangkap kolar baju belakang Ian.
"Le-lepaskan aku!"
Lembaga itu tersengih. Ia mengangkat Ian ke udara dan memusingkan lelaki itu menghadap wajahnya.
Tangan kirinya diangkat ke wajah Ian. Tangan tersebut mengeluarkan cahaya hitam dan membentuk sebuah sfera.
Ian seakan terpukau dengan sfera tersebut. Dalam sfera itu, terpancar imej Isya di dalamnya.
Namun, Isya yang berada dalam sfera tersebut kelihatan lebih dewasa dan matang.
"A-apa benda ni?"
"Ini kawan kau yang kau banggakan sangat tu 5 tahun akan datang."
Ian terkelu. Isya kelihatan ceria dan bahagia, lebih-lebih lagi dia mempunyai rakan-rakan baharu. Dia melihat dirinya tidak ada di sisi Isya, tetapi gadis itu tetap tertawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/334328736-288-k286397.jpg)
YOU ARE READING
Anarchist: The Rising Heroes
Adventure"Cabaran sebenar, akan tiba." Permulaan dari sebuah persahabatan di alam maya, bertukar kepada misi menyelamat setelah peristiwa hitam menimpa mereka, memberi satu teka-teki yang perlu diselesaikan demi keselamatan manusia sejagat. Anarchist, yang d...