Chapter 2: Ep 6-A Dark Past

18 8 0
                                    

"5 tahun telah berlalu, mata Arial akhirnya terbuka."

Masa kini, dimensi putih...

"Aku masih hidup hari ini, kerana Sharja yang membantu aku." Arial menyeka air mata yang mengalir di pipi.

"Jadi lembaga itulah yang..."

"Dialah Dark Mist, yang menjadikan Ian seperti itu. Sama seperti Nazriel." pintas Arial.

"Sama seperti Nazriel? Maksud kau?" Aiden menyoal.

"Sebenarnya, penjahat yang bakal kalian lawan bukanlah diri mereka yang sebenar. Semua telah dikawal oleh tujuh lembaga hitam yang akan bangkit apabila persahabatan sejati muncul. Ia digelar sebagai Dark Mist."

"Oh! Jadi sejurus kami lahir, Dark Mist akan terus bangkit?" Rina bertanya, demi kepastian. Arial kelihatan mengangguk

"Hairan, kenapa Dark Mist hanya bangkit bila kami dilahirkan? Bukankah ianya berisiko?" Arin tertanya-tanya.

"Kerana telah wujud satu sumpahan 100 tahun dulu akibat pergaduhan antara pemerintah negara ni dengan, seseorang."

"Pemerintah? Maksudnya, perkara ni berkait juga dengan negara ni?!" Ina menebak.

Arial mengangguk. Masing-masing terpempan.

"Macam mana kita nak selamatkan Ian sekarang?" Arin pula menyoal.

"Kita hanya boleh guna Kuasa Cahaya untuk keluarkan lembaga tu. Selain itu, tak ada cara lain."

"Jadi, Kuasa Cahaya Putih boleh lepaskan Ian?"

"Tidak juga. Kuasa Cahaya Hitam sahaja boleh digunakan. Sama juga untuk Dark Mist yang lain. Satu lembaga, satu Kuasa Cahaya. Sekarang Kuasa Cahaya Hitam ada pada Ian. Kita dah tak ada cara lain melainkan..."

"Melainkan apa?"

"Ian sendiri yang pancarkan kuasa tu pada badannya."

Masing-masing terdiam. Kalau Ian terkena cahaya tersebut, dia akan bertukar menjadi debu. Isya pasti tidak mahu hal itu berlaku. Tapi, apa lagi pilihan yang mereka ada?

"Kita kena tolong Isya. Arial, ada cara lain untuk pulang ke Bumi?"

"Satu-satunya cara untuk ke Bumi adalah apabila Ian lepaskan Kuasa Cahaya tersebut dari badannya, dan ia mustahil untuk dilakukan sekarang. Tapi, ada cara untuk kita tolong Isya dari sini."

"Macam mana?"

"Melalui pohon ni." Arial menyentuh pohon tempat mereka berdiri sambil matanya tertutup.

"Ha? Pohon?" serentak mereka bertanya.

✎︎______________

Berkali-kali Ian membuka portal untuk lari dari Isya, dan berkali-kali juga Isya berjaya memasuki portal tersebut sebelum sempat Ian menutupnya.

'Celaka! Lajunya dia!' Ian menyumpah dalam hati. Saat ini, Isya benar-benar marah dan mengamuk.

Ian akhirnya berhenti semula di pohon tadi dan cuba melawan Isya.

Isya menepis serangan tersebut dan menolak Ian hingga tersandar ke dahan pohon itu. Dia menggenggam erat kolar baju lelaki itu, menjegil marah.

"Kau melampau! 5 tahun, Ian. 5 tahun aku tunggu kau dekat sini! Tapi kau yang menghilang! Kenapa kau fikir aku belot hah?!"

Air mata tidak henti-henti mengalir. Sedih, marah, kecewa kini bersatu menjadi perasaan yang tidak dia terfikir akan merasainya.

"Sudah!" Ian menolak Isya sehingga jatuh ke tanah, dan mengheret kasar gadis itu bersandar ke dahan pohon.

Anarchist: The Rising HeroesWhere stories live. Discover now