× Flashback ×

105 7 3
                                    


Ice Frost: 8tahun
Blaze flame: 10tahun

[ Sabtu, 8;30am ]

Dihari cuti yang indah, terdapat dua beradik sedang melukis sama-sama di halaman belakang rumah. Seorang abang yang melukis rama-rama biru, manakala sang adik pula melukis seekor kucing tanpa kepala.

" Adik lukis apa ? Macam pelik je abang tengok " tanya blaze sambil memerhati lukisan adiknya yang terlihat sangat pelik.

" Ucing ! Api adik tak andai nak ukis " jawab ice lalu mencebik. Blaze mengangguk faham, dia terus tukar lukisan miliknya dan lukisan ice.

" Takpe, adik ambik abang punya lukisan. Biar abang lukis kucing untuk adik " ujar blaze.

Manik biru itu bersinar-sinar mendengar kata-kata abangnya, terharu sangat apabila abangnya menawarkan perkhidmatan melukis secara percuma. Akibat perasaan yang terlampau gembira, ice menepuk-nepuk tangan kecilnya dengan riang.

" Amboii, gembiranya dia. Kenapa tu ? Abang cium pipi secara percuma lagi ke ? " Usik Rossle dari jauh.

" Ukann ! Abang nak ukis ucing untuk adik ! Adik uka sebab adik tak andai nak ukis ucing ! " Jawab ice riang.

Rossle tergelak kecil lalu menggeleng pelan, " iyalah, lukis cantik-cantik ya abang "

" Baik mama ! " Sahut blaze.

Mata jingga itu fokus pada lukisan dihadapan, ocehan milik ice tidak dihiraukan olehnya. Dia bersungguh-sungguh mahu lukis kucing untuk sang adik.

" Abang dengar tak adik akap apa ni !? " Marah ice.

" Sabarlah, abang tengah lukis ni kan untuk adik " ujar blaze lembut.

" Ish ! Abang ena dengar uga apa yang adik nak akap ni ! " Marah ice lagi.

Ice itu nampak sahaja pendiam diluar tetapi kalau bersama dengan abangnya, perangai aktif dan nakal dia akan keluar. Kadangkala, rambut abangnya ditarik sampai gugur beberapa helai lepastu baju ditariknya sampai koyak sikit.

Buas mengalahkan binatang bak kata blaze.

" Iya adik nak cakap apa ? " Soal blaze mula mengalihkan perhatian pada ice yang merajuk disebelah.

" Tak adi ! Abang lambat acam ciput ! "

Blaze menghela nafas melihat perangai ice, tangannya terus sambung melukis lukisan yang terkendala tadi.

Srak!

" Aduh ! " Ringis blaze apabila ice mula menarik rambutnya dengan kasar.

" Abang ahat ! Abang ahat ! Abang ahat ! " Marah ice dengan mata yang berkaca-kaca.

" Sakitt, lepaskan rambut abang !! " Ringis blaze cuba melepaskan genggaman tangan ice pada rambutnya.

" Abang ahatttt !!! " Jerit ice.

" Ice ! Lepaskan abang ! " Rossle berlari panik kearah kedua anaknya.

" Ice sayang abang kan ? Lepaskan ya sayang " pujuk Rossle lembut. Dengan perlahan, genggaman tangan ice mula melonggar. Matanya masih berkaca-kaca.

Blaze terus memeluk sang mama dengan ringisan masih dibibir. Airmata mula jatuh membasahi pipinya. Rossle menghela nafas panjang.

Ice sangat buas dan ganas tapi walaubagaimanapun blaze tetap kena jaga adiknya dengan baik.

Sudah beberapa kejadian yang sama berlaku berulang kali, kalini tindakan ice menjadi semakin agresif. Bukan kanak-kanak itu tidak menyayangi sang abang tetapi dengan umur yang masih sangat belia membuatkan dia fikir perbuatan itu tidak salah dan menjejaskan apa-apa.

Rain [Blice] (🐨) ✔️Where stories live. Discover now