"Hai sayang."
Dalam diam Azalea mencuri dengar perbualan suaminya dengan seseorang di telefon.
Sayang...
Dia sebagai seorang isteri sudah lama mendambakan panggilan itu keluar dari mulut seorang suami. Sayangnya tak pernah sekalipun Ammar memanggil dia dengan panggilan itu.
Depan keluarga dan yang lain, panggil dia dengan nama. Bila dekat rumah, terus beraku dan kau seolah-olah tak sudi nak memanggil dia.
Perangai Ammar yang dahulu sangat-sangat berbeza daripada Ammar yang dia kahwini sekarang. Dia tahu segala janji manis yang ditaburkan sebelum ini hanya palsu semata-mata. Lelaki itu tak pernah mencintai dia.
Mungkinkah dia layak digelar perempuan yang bodoh kerana masih lagi setia menunggu cinta seorang lelaki bergelar suami padahal dia tahu hal itu tak mungkin terjadi.