13

5 1 0
                                    

aku harap aku takkan bertembung lagi dengan kwon soonyoung .

pertemuan kami pada minggu lepas memberi impak kepada aku .

perasaan bodoh itu berputik kembali selepas melihat mukanya .

paling sakit , aku tidak akan dan tidak boleh meluahkan perasaan ini .

sebab aku tahu apa ending nya .

kwon soonyoung takkan melukakan hati rakannya .

aku kenal dia .

kalau aku luahkan sekali pun , takkan la dia nak bersama dengan aku , walhal rakannya suka pada aku ? .

tambahan pula , kwon soonyoung hanya nampak aku sebagai kawan . tak lebih daripada itu .

kawan .

walaupun aku suka berkawan dengannya , tapi aku rasa sampai sini sahajalah kisahnya .

aku tak rasa aku boleh terus berkawan dengan dia .

kwon soonyoung yang baik , seorang yang pandai berkata dengan lembut , tak pernah mengguriskan hati sesiapa , selalu comfort kan aku , menceriakan aku dikala aku perlukan .

tapi aku tak boleh nak teruskan persahabatan ini .

perasaan bodoh ini akan muncul sekiranya aku terus terjebak dengan kwon soonyoung .

biarlah aku sakit daripada aku terus buntu dan buntu dengan perasaan aku .

maafkan aku , kwon soonyoung .

sebab sukakan kau .

sebab putuskan persahabatan kita tanpa kau mengetahuinya .



- the end .

mixed feelings , kwon soonyoungWhere stories live. Discover now