PROLOG

154 21 4
                                    

Open pre order di Instagram RCPUBLICATION pada 31/3/2023, 3 petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Open pre order di Instagram RCPUBLICATION pada 31/3/2023, 3 petang

PROLOG

TIGA kuntum bunga mawar yang berwarna merah itu dicapai dari dalam pasu. Bibir menguntum senyuman yang sangat lebar seraya bauan haruman bunga-bunga segar itu dihidu semahu hatinya. Wangi!

“Tiga kuntum balut asing-asing macam biasa?” soal si juruwang yang menjaga kaunter sambil tangan menghulurkan bunga itu kepada pekerjanya untuk dibalut dengan kertas bunga berwarna putih. Senyuman gadis cantik dengan rambut yang elok bersisir dan memakai headband berwarna merah hati itu dibalas mesra. 

“Ada diskaun tak kali ni?” soal si gadis dengan nada yang kedengaran sedikit memujuk.

Lelaki dengan senyuman yang masih tidak pudar itu mengangguk kecil. “Mestilah. Pelanggan tetap, kan? Nah, kad. Cukup cop nanti boleh claim extra bunga!”

Kad ganjaran itu disambut dan disimpan semula di dalam beg duit. Beberapa keping duit kertas kemudiannya dihulur. Sementara menunggu bunganya siap, mata meliar ke seluruh ruang kedai bunga yang menjadi kegemarannya itu. Tidak ada pelanggan lain selain dia dan seorang lelaki yang sedang berdiri membelakanginya. 

Keningnya terangkat memandang belakang susuk tubuh lelaki yang sedang menghadap deretan bunga ros. Lelaki itu nampak sedikit gelisah. Sekejap-sekejap dia menarik beberapa kuntum bunga ros. Dibelek-belek dan dihidu-hidu tetapi kemudiannya diletakkan semula dan tangan naik menggosok-gosok pula tengkuknya.

“Encik cari bunga ros?” 

Tersentak dek suara teguran di sisinya, bahunya terangkat sedikit dan laju sahaja kepalanya menoleh. Seorang gadis yang sedang tersenyum manis ke arahnya dipandang dengan riak keliru. Kepala kemudiannya berpusing memandang kiri, kanan dan belakangnya. 

“Ya, saya cakap dengan enciklah. Mana ada orang lain dekat sini lagi.” Dia ketawa lucu melihat aksi canggung lelaki di depannya ini. 

Lelaki itu tersenyum senget. Kekok ditegur oleh entah siapa-siapa secara mengejut begini.

“Encik memang cari bunga ros ke? Untuk girlfriend?”

“Awak pekerja kedai ni ke?” 

Melihat si gadis yang nampak comel dengan blouse berwarna putih gading, skirt polkadot hitam dan putih separas betis serta sepasang sepatu tertutup berwarna merah sama warna dengan headband itu hanya tersenyum seolah-olah mengeyakan soalannya akhirnya dadanya terasa sedikit lega. 

“Nasib baik. Sebenarnya saya baru kali pertama nak beli bunga. Ya, untuk er… girlfriend saya yang…”

“Tengah merajuk?” 

Semakin merah padma kulit muka lelaki itu. Lantas, dia tertawa kecil. Comel ya lelaki pemalu begini! Beli bunga pun nak segan-segan. 

“Bunga ros memang cantik. Sinonim sangat untuk wanita apatah lagi wanita istimewa,” ujarnya tanpa dipinta. Lutut dipatahkan dan dia duduk mencangkung di depan deretan bunga-bunga ros yang ada empat jenis warna itu.

ATMA PEONY & MAWAR ( TERBIT )Where stories live. Discover now