Bab 25
1 tahun berlalu...
ESHAL merenung tingkap kedai yang dipenuhi dengan bunga-bunga cantik. Dua bunga menawan menangkap perhatiannya.
Astilbe dan lili.
“Selamat datang, miss.”
Muncul wanita manis dengan senyuman. Cermin mata bulat yang sangat comel dengan pakaian kerjanya yang bewarna coklat lembut. Tangan memegang buku nota kecil.
Eshal senyum kecil lalu menyapa mesra.
“Saya nak yang itu, lima.” Ditunjuk ke arah bunga astilbe.
“Dengan bunga lili, campur.”
Pekerja angguk ceria.
“Boleh! Miss tunggu sekejap,” ujar pekerja tersebut.
Eshal angguk lalu mengambil tempat di sebuah bangku panjang. Beberapa minit telah berlalu, dirinya dipanggil ke kaunter untuk membuat pembayaran. Sungguh cantik hiasan bunga. Ringkas dan comel.
“Terima kasih, miss! Nanti datang lagi tau!”
Eshal tergelak kecil dengan semangat pekerja. Kepala angguk kemudian mengucap selamat tinggal. Keluar dari kedai, sejambak bunga di tangan di hidu.
Segar dan wangi.
Dada langit yang cerah pada hari dilihat.
Saya tunggu awak.
Here.
Always.
Bersambung.
30 MAC 2023
YOU ARE READING
Steely Gaze
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐚𝐜𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞𝐞 ❦ "Call me if you want him." Hanya kerana sehelai stickey note yang ditinggalkan, rumahnya dikepung dengan beberapa orang manusia berbadan besar, bersut hitam dan bersentaja api. Eshal Habeeba tidak pula ber...