Bab 30 - Cupcake

611 73 4
                                    

YOU look as breathtaking as I imagined you.

Tangan terus memegang batang penyapu, diangkat tinggi ke udara kerana bersedia jika orang asing itu cuba melangkah menghampirinya. Lelaki gila mana yang cuba menyamar jejaka pujaan hatinya? Macam mana terlepas dalam masuk ke dalam kawasan perumahannya?

Lelaki itu gelak.

Woah... I’m harmless, my lady.”

Bila didengarkan suara lelaki asing itu semula, langsung tidak sama seperti jejakanya.

“Awak siapa?” soalnya dengan nada mula meninggi. Timbul rasa takut kerana dia bersendirian diluar ini. Kalau dia jerit, mungkin keluarganya boleh dengar.

Me?

Lelaki itu mula mendekatinya, perlahan. Salah satu tangan kosong hilang ke belakang. Eshal bersedia untuk menyucuk tubuh asing dihadapannya. Tiba-tiba lelaki itu memegang sejambak bunga ros merah yang banyak berserta senyuman ikhlas. Keningnya bertaut tidak faham dengan situasi ini.

Suprise...”

Eshal melontarkan pandangan pelik.

“Apa ini?”

Lelaki itu menghulur sekeping kad kecil. Ragu-ragu ketika si gadis mengambil kad tersebut. Saat tangan membaca isi kad, tubir matanya kembali terasa hangat. Batang penyapu tadi jatuh ke tanah. Pemandangan si gadis menjadi kabur akibat takungan air mata.

You look as breathtaking as I imagined you. I missed you, pumpkin.

- U.

“Uzma?”

Kad itu digumpal.

Yes, he bought these rose for you.”

Bunga ros bertukar tangan. Air mata si gadis berjujuran jatuh. Hatinya bercampur baur, sakit, rindu dan sedih. Kenapa jejaka itu mengambil masa yang lama untuk bertemu dengannya kembali? Apakah dia hanya tempat singgah lelaki itu?

“Kalau macam itu... a-awak siapa?”

Me? Saya manusia yang diupah untuk menghantar pesanan buah hati awak. Maafkan saya kerana telah menyamar sebagainya.”

Mata lelaki asing itu asyik melirik ke arah belakangnya kemudian meminta diri untuk pergi.

Eshal berdiam diri.

“Pumpkin...”

Meremang bulu romanya.

Seluruh tubuh si gadis menjadi kaku. Tiada seorang berbicara. Hanya bunyi daun pokok-pokok bergesel antara satu sama lain. Hanya berbunyi cengkerik menjadi lagu pada malam ini. Angin sejuk menampar lembut kulit wajahnya. Tangan memeluk semakin erat bunga rosnya. Si gadis berasa takut, takut jikalau mata mereka bertentang hatinya tidak mampu menahannya.

Please...”

Turn around for me,” pinta jejaka itu lembut.

Suara...

Suara yang sangat dia rindu.

Badan berpusing ke belakang. Matanya bertentang dengan sepasang mata berwarna kelabu biru. Nafasnya tersekat. Seraut wajah yang bertahun tidak lagi kelihatan kini berada di hadapannya. Seraut wajah yang membawa seribu perasaan di dalam hati. Seraut wajah yang telah melukai hatinya bertahun-tahun. Tangannya sedikit bergigil memegang bunga ros.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Steely GazeWhere stories live. Discover now