Bab 22
Love it when it hurt.
PERGERAKAN kedua-dua lelaki di dalam gelanggang tersebut bergerak pantas. Si gadis menggigit kuku ibu jari melihat lelaki itu melancarkan serangan kepada sahabatnya dengan tepat. Dimitri menerima beberapa serangan di tubuh sasanya. Pada masa yang sama, hati berasa kagum dengan kecekapan dan kepantasan serangan pelatihnya. Walaupun tidak mempunyai kelihatan yang jelas, tetap gerak geri musuhnya dikesan.
Qaid melihat perlawanan di hadapannya bersama wajah serius. Serangan dua orang itu tidak lagi nampak normal malah nampak semakin ganas.
“Qaid... Awak tak rasa dia orang patut berhenti ke? Muka Dimmy dah teruk tu,” bisiknya, risau.
Qaid diam, setuju.
Tangan naik mengurut dahi, turut risau melihat bosnya yang tidak berhenti.
“Okay... I've seen enough.”
“Habeeb, I need you to step in so you can stop him.”
Eshal menoleh ke sisinya dengan mata terbeliak.
“Saya?”
Qaid angguk.
“Yes! No one can stop him except you, Habeeb.”
Si gadis melihat gelanggang dengan risau.
“Awak boleh punya! Habeeb super power!”
Eshal menjeling orang disebelahnya. Boleh pula berlawak di dalam situasi begini.
“Okey...”
Nafas panjang diambil lalu dilepaskan perlahan. Kaki bergerak mendekati gelanggang dengan debaran di dada kerana tahu ini idea gila. Masuk sahaja gelanggang, dia pejam mata dan menerpa ke arah dua lelaki yang sedang bergusti. Terasa lengannya ditarik kuat sehingga dia terduduk dengan mata terpejam rapat.
Tiada lagi bunyi tumbukan.
Eshal membuka matanya perlahan. Nafas terkejut dilepaskan melihat gerangan di hadapannya, wajah lebam dan luka sahabat dari kecilnya..
Uzma menolak Dimitri ketepi kemudian duduk di hadapan si gadis.
“Are you out of your mind!?”
Bergema suara lelaki itu.
Sunyi.
Kening si gadis bertaut. Terangkat bahunya tadi kerana suara tinggi pelatihnya. Bibirnya diketap, menahan hatinya daripada tersentap kerana tahu atas kesalahan perbuatannya. Kepada dongak memandang wajah garang lelak di hadapannya. Dia juga pamerkan ekspresi marah.
“Awak yang gila! Awak tak nampak ke kawan saya muka dia dah berlebam macam tu?”
“Malyshka...”
Eshal memandang sahabatnya dengan tajam, suruh diam. Wajah lelaki itu nampak tidak bermaya.
Uzma memegang bahunya lalu menarik dirinya bangun.
“He can take it.”
“Tapi kenapa sampai perlu berdarah macam nak berperang? Does making him bleeding satisfy your mood?”
Sunyi.
“Malyshka... Please, he just—”
“Eshal—”
“No! Saya tak akan cakap dengan awak selagi awak tak minta maaf dengan dia,” potongnya dengan serius.
Sunyi.
YOU ARE READING
Steely Gaze
Romance❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐚𝐜𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞𝐞 ❦ "Call me if you want him." Hanya kerana sehelai stickey note yang ditinggalkan, rumahnya dikepung dengan beberapa orang manusia berbadan besar, bersut hitam dan bersentaja api. Eshal Habeeba tidak pula ber...