- STOILF 4 -

3 0 0
                                    

Lepas maghrib, 

"Fiera panggil anak kamu tu dalam bilik tu kata ada saudara kita datang."Kata Nek Salmah kepada Puan Syafiera.

Jawapan ringkas oleh Puan Syafiera"Baik , mak "


"Syifaa sayang, jom keluar ada saudara kita datang.Pak long, Mak long,Pak Ngah,Mak ngah dan Pak su dengan mak su dengan sepupu kamu dah datang ni."Panggil Puan Syafiera  agar anaknya keluar bertemu dengan adik-beradiknya dan anak-anak saudaranya.

"Ye ma, Kejap lagi Syifaa keluar." Balas Syifaa dengan malas kerana dia kedatangan cuti dan kerana itulah dia hanya kurungkan diri di dalam bilik dan tidak menampilkan diri kecuali dipanggil oleh ibunya atau mak toknya untuk membantu apa yang patut untuk kenduri arwah tok wannya yang bakal dijalankan pada esok hari selepas waktu maghrib.



Semua bapa saudara nya serta sepupu-sepupu lelaki berada di halaman hadapan rumah dan berbual-bual di gazebo yang terdapat di situ.Manakala ibu-ibu saudara serta sepupu-sepupu perempuan  pula berada di dapur menyediakan bahan untuk dimasak pada esok pagi untuk lauk yang ingin dijuadahkan kepada orang kampung.

"Mamaa, Syifaa nak kena tolong apa ni?Meh Syifaa buatkan."Tanya Syifaa kepada ibunya tentang apa-apa pertolongan yang memerlukan khidmatnya.

"Sini bantu mama siangkan ikan termenung ni untuk masak gulai esok."Ajak Puan Syafiera.

"Reti ka budak bandar macam Syifaa tu buat kerja-kerja dapur ni.Takut ikan tu hancur ja dekat tangan dia." Ujar Ezrine dengan sinis.

Balas Syifaa dengan tenang,"biarlah tak pandai buat kerja dapur pun boleh belajarkan,daripada tak pandai  jaga maruahkan, Ezrine?"

Ezrine mahu membalas namun suara seseorang sudah mendahuluinya.

Mak su mencelah"Daripada Rine kalut dengan hal orang lain baik kamu tolong mak kupas bawang untuk menumis esok."

Ezrine dengan perasaan bebal apabila disinis oleh Syifaa sebentar tadi,segera menolong maknya dengan perasaan tidak puas hati.




Awal pagi lagi

 rumah Nek Salmah dipenuhi oleh saudara mara dan jiran-jiran terdekat.Syifaa serta saudara yang lain sudah bangun awal pagi dan bersiap untuk bergotong-royong bagi kenduri arwah pada malam ini.

Petang sudah menjelma,

Syifaa bergerak ke halaman belakang rumah untuk membantu.Puan Syafiera terus memanggil Syifaa yang berada di pintu untuk membantunya memasak air gula bagi air minuman yang bakal disediakan untuk para tetamu.

"Sayang anak mama come tolong mama kacau air gula ni."Suruh Puan Syafiera.

"Okay ma."

"Just kacau je kan ma sampai gula ni larut habis."Tanya Syifaa.

"Ye sayang."Jawab Puan Syafiera.

"Syifaa, mama nak ke depan kejap sebab mama nak ambil gayung untuk cedok air gula ni.Syifaa kacau ye sayang jangan bagi hangit air gula ni." 

"HAHAHAHAHA.Okay ma."Ketawa Syifaa melihat mama kesayangannya memberi nasihat kepadanya seperti dia tidak tahu memasak.



"Wow budak bandar masuk dapur, tolong orang gotong-royong."Sinis Ezrine dengan riak.

'Erghh dia ni pahal tetiba cari pasal dengan aku,nak ajak fight bilang boss.'Kata Syifaa dalam hati.

"Kau ni dah kenapa datang sini, nak cari mak lang ke? Mak lang tak da dia ada dekat depan."

"Tak la aku nak tengok macam mana air gula ni bila budak bandar acah bongkak macam kau ni kacau.Takut hangit jap gi, tu je."Jelingan 'bombastic side eyes' diberikan kepada Syifaa oleh Ezrine.

'Ou hangit kau kata eh,kau tunggu jap.'Hati berbisik dengan nada geram akan kata-kata Ezrine itu terhadapnya yang ingin mengatakan bahawa dirinya tidak pernah masuk dapur.

"Tak apa la kalau tak reti masak pun dari tak reti jaga maruah mak dengan ayah sendiri dengan perangai tah apa-apa tu kan?"

Syifaa tahu apa yang terjadi pada tahun lepas walaupun dia tidak pernah pulang ke kampung tapi mama dan papanya selalu menceritakan apa yang terjadi.Pada mulanya, dia hanya memilih berdiam diri untuk menutup aib si sepupunya itu.Namun, hal ini semakin berpanjangan dan keterlaluan menyebabkan dia terpaksa membuat Ezrine mati kata.

Ezrine berasa malu setelah mendengar apa yang dicakapkan oleh Syifaa lalu dia terus masuk ke dalam rumah Nek Salmah.

Bacaan yasin dimulakan selepas solat maghrib.Syifaa membantu Puan Syafiera menyusun dulang lauk yang hendak dihidangkan untuk para jemaah masjid yang datang untuk membuat tahlil dan para tetamu-tetamu yang terdiri daripada penduduk kampung itu dijemput untuk datang ke kenduri yang diadakan.

Mak saudara dan sepupu yang lain sibuk di belakang rumah untuk menyediakan lauk termasuklah Ezrine.

Syifaa ditegur oleh seseorang figura dari belakang dan dia agak terkejut apabila melihat sosok tersebut muncul kembali selepas beberapa tahun.

"Assalamualaikum, Syifaa."

"Waalaikum-m-mussalam."Sambil dirinya menoleh kebelakang ketika mengambil makanan di meja lauk.

TBC


She's the one I'm looking for : Syifaa ArissaWhere stories live. Discover now