Kejadian tersebut sentiasa bermain di minda dan merupakan kenangan yang paling teruk yang pernah dia alami. Kejadian itu membuatkan dia trauma dan melarikan diri untuk menenagkan minda di bumi Sepanyol.Dia bernasib baik bahawa dia tidak mengandung kerana selepas beberapa hari datang bulannya hadir.Dia amat bersyukur kepada tuhan kerana tidak diuji dengan sebegitu perkara.
Selepas kenduri telah selesaikan, Syifaa membuat keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya di Melaka.Syifaa pergi ke bilik orang tuanya untuk meminta keizinan.
"Ma?"Ketukan oleh Syifaa pada pintu bilik ibu bapanya tidak berapa jelas sebentar tadi menyebabkan ibu bapanya tidak menyahut dari dalam bilik kerana itu dia memanggil.
"Ma?"Ulang Syifaa buat kali ketiga.
"Ya sayang, kenapa?Mama tengah mandi dalam tandas,bagitau dekat papa nanti papa kasi tau mama."Tanya Tuan Ilmaan.
"Ouh okay.Pa Syifaa nak balik Melaka.Boleh?"Rayu Syifaa kepada Tuan Ilmaan agar dia dibenarkan pulang.
"Okay boleh, tapi bagi tahu dekat Nek dulu baru balik.Boleh?"Jelas Tuan Ilmaan kepada Syifaa apabila kebenaran untuk Syifaa pulang ke Melaka diberikan.
"Boleh boleh.Thank you Pa."Pelukan diberikan kepada bapanya.Sebagai anak bongsu yang manja dengan bapanya, dia amat rapat dengan Tuan Ilmaan lebih daripada Puan Syafiera.Anak bapak la katakan.hehe.
"Okay bye Pa.Goodnight."Tangan Tuan Ilmaan disalam dengan penuh kasih lalu terus berlalu ke bilik tidurnya untuk mengemas barang-barang yang sepatutnya.
"Nek.Syifaa nak bagi tahu sesuatu bole?"Pagi yang indah dia memeluk nenek kesayangannya dari belakang untuk memujuk neneknya agar memberikan dia pulang ke Melaka.
"Apa bagi tahu la cepat?Nenek dengan mak su nak siapkan makanan."Jawab Nek Salmah.
"Syifaa nak balik Melaka boleh?Syifaa ada urusan kejap dekat Johor.Bolehh la Nek, ehh?"Syifaa bertanya dengan baik dan lembut agar Nek Salmah berlembut hati agar melepaskan cucunya itu.
"Hurmm balik la, dah ada urusan.Nak buat macam mana.Dah kerja tu tanggungjawab.Janji dengan Nek, kamu kena balik sini lagi eh tapi bukan sorang, berdua."Kebenaran diberi tapi berniat disebaliknya.
"Maksud Nenek dengan Abang Saiful ka dengan Kak Syakirah?"Tanya Syifaa dengan polos.
"Ish kamu ni, depa tu dah berkahwin nanti depa balik dengan isteri dengan suami depa la.Yang kamu nak kalut dengan depa tu pasai pa?"
"Habistu Nek cakap tadi berdua pasai sapa?"
"Pasai kamu dengan bakal laki kamu la.Takkan laki orang kot."
"Ouhh.HAA !"Polosnya Syifaa menjawab, sehingga dia tersedar dengan apa yang dibicrakan oleh neneknya adalah tentang kehidupannya yang tidak tahu bila dia ingin berumah tangga kerana dia takut untuk menaruh perasaan setelah perkara lalu itu terjadi.'Perkara' tersebut hanya diketahui oleh dirinya dan Tuan Ilmaan dan Puan Syafiera.Sedangkan bukan itu sahaja yang mengetahui kejadian tersebut kerana orang yang menyelamatkannya juga mengetahui perkara tersebut.Namun Syifaa tidak mengetahui orang tersebut dan tidak tahu bahawa orang itu juga mengetahui tentangnya.
"Jenoh bercakap mak oi.Kalau suruh kahwin ja, ada ja dia nak bahas."Balas Puan Syafiera kerana penat memujuk anaknya itu untuk kahwin.
Alasannya tidak ada yang ingin menjaga papa dengan mama la,homesick la dan berbagai alasan yang diberikan kepada Tuan Ilmaan dan Puan Syafiera.
"Lambertt lagi.Kalau laki tu kaya, hensem adik mau."Balas Syifaa kepada ibunya dan neneknya.
"Jangan memilih sangat adik oi nanti jadi anak dara tua."Bidas Puan Syafiera kepada jawapan anak bongsunya itu.
YOU ARE READING
She's the one I'm looking for : Syifaa Arissa
Romance[ O N G O I N G ] Dua orang lelaki yang menjadi pilihan sama ada mencintai dan dicintai oleh seorang perempuan . "Aku benci dengan perangai kau yang kurang ajar dan tidak hormat pada perempuan!"kata Syifaa Arissa 'Kau jangan ingat semua perempuan...