Lonceng sekolah berbunyi tepat pada jam 1 petang yang menandakan habis waktu persekolahan. Ramai pelajar sekolah menengah terpusu-pusu keluar dari pagar sekolah untuk menunggu ibu bapa mereka menjemput pulang. Ada juga pelajar yang membawa motorsikal serta basikal dan ada juga yang berjalan kaki untuk pulang ke rumah.
Dari kejauhan terlihat sekumpulan geng-geng yang sedang lepak di tempat letak motor. Dalam geng tersebut terdapat 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
"Wey korang malam ni nak tak kita pi pekan karoeke pat biasa? Aku belanja" ajak Ayu salah satu ahli geng-geng tersebut
"Best juga tu jom lah korang, orang dah belanja kot"sokong Amirul yang sedang duduk di atas motosikal miliknya
Ikram melihat ke arah Ishah yang sedang berdiri di sebelah motor miliknya
"Bi taknak pergi ke?" Soal Ikram kepada Ishah dengan menggelarkan Ishah dengan perkataan 'Bi'. Ikram merupakan kekasih Ishah sejak mereka tingkatan 3 lagi dan sekarang hubungan mereka sudah menjelang 2 tahun kerana mereka sudah naik di tingkatan 5.
"Bi nak ikut tapi ayang macam tak tahu, ayah bi tak bagi keluar malam-malam"aduh Ishah kepada kekasihnya.
"Ala shah kau cakap je lah kau nak study kat rumah aku, apa susah" idea Kyrin pula
"Tak boleh lah Rin ayah aku tak percaya dah, mak kau lah kata kita jalan pi enjoy bukan nak study" keluh Ishah
"Jadi korang nak tak pergi malam ni? aku belanja malam ni je malam lain aku tak belanja" kata Ayu lagi
Mereka masing-masing menyatakan mereka setuju dengan ajakan Ayu kecuali Ishah
"Jadi kau Shah?" Tanya Ayu kepada Ishah
"Takpe aku ada idea, aku keluar je senyap-senyap tanpa pengetahuan ayah ngan ibu aku" cadang Ishah
"Mmm ok lah, malam ni kita kumpul pat biasa ok?" Ayu
Semua mereka menganggukkan kepala tanda setuju
Sedang asyik mereka berbual-bual Hana lalu di hadapan mereka dengan berjalan kaki sambil membawa beberapa buah buku teks di tangannya. Ishah yang melihat adik kembarnya itu lalu menegur Hana
"Oi Ana!" Panggil Ishah
Hana menghentikan langkahnya lalu menoleh ke arah mereka.
"Kau jangan nak bagi tahu ayah aku lepak kalau ayah tahu siap kau" ugut Ishah kepada Hana
"Kalau aku tak bagi tahu pun ayah memang dah tahu" balas Hana sedikit kesal
"Kau pandai eh menjawab, kau ingat eh kalau aku kena marah ngan ayah aku akan pastikan kau pun rasa benda yang sama" bentak Ishah lagi
Hana hanya melanjutkan perjalananya tanpa membalas sepatah pun kata-kata.
"Eh biadab kau ye, siap kau nanti balik rumah"geram Ishah
"Lek lah syah, adik kau tu" Syakir cuba menyabarkan Ishah
"Kau dengan adik kau tu memang tak pernah aman ke?" Tanya Fahmi pula kali ini
"Memang tak lah aku nak aman dengan budak kuat mengadu tu, anak manja" geram Ishah tidak habis
"Dah lah tu bi biarkan je, jom ayang bawa bi jalan-jalan pusing kampung" pujuk Ikram pada kekasihnya
"Untung lah ada boyfriend ada orang pujuk kita ni takde, kalau merajuk pun takde orang nak kesah" sindir Amirul sambil naik di atas motorsikalnya
"Baik kau try adik si shah tu mana tau dapat" Syakir pula menyambung sambil menghidupkan enjin motornya
"Gila kau try adik shah budak pandai tu, calon spm terbaik tahun ni mat" puji Amirul lalu Fahmi naik di atas motor belakang Amirul
"Agak-agak lah nak bagi adik shah, kalau nak bagi pun bagi budak kelas kita sama level ngan dia ni" usik Fahmi pula
"Hello kita pun ada test lah" balas Amirul
"Dah dah jom gerak korang kalau single buat cara single ye" kata Ikram lalu dia berlalu pergi dengan motorsikalnya bersama Denisha
"Sombong dohhh" Amirul
*******************
Hana yang sedang berjalan kaki sambil menikmati perjalanannya tiba-tiba teringat dengan kata-kata kakak nya tadi.
"Ish geram betul aku, aku tak pernah pun bagi tahu kat ayah, ayah tahu sendiri lah"rungut Hana sendiri
Mukanya yang tadi ceria bertukar menjadi muram apabila memikirkan hal-hal kakak nya
"Nak benci tapi darah daging sendiri, aku tak tau lah nak berbaik dengan kak Ishah macam mana, sejak dia kenal je dengan kekasih tak guna dia tu hubungam kitoarang pun jadi renggang" keluh Hana
Hana yang membebel dari tadi di tegur oleh pak Bakri yang sedang membersihkan kebunnya kerana hairan melihat Hana membebel tidak henti-henti
"Ana oi bebel apa tu nak?" Usik pak Bakri
"Eh pak Bakri...." Hana sedikit malu
"......takde lah tengah latihan nak berlakon kat sekolah" sambung Hana dengan keadaan yang tersipu malu
"Apa-apa je lah Ana, ayah kamu sihat ke?" Tanya pak Bakri lagi
"Sihat alhamdulillah, pak Bakri tak pergi rumah ke lepak ngan ayah?" Tanya Hana pula
"Pak Bakri takde masa lagi nak ke rumah kamu nanti kalau ada masa pak Bakri pergi" balas Pak Bakri
"Oh oklah, mak Teh sihat ke pak Bakri?" Hana bertanya khabar tentang isteri pak Bakri
"Sihat juga alhamdulillah, mak Teh kamu tu selalu tanya kamu tak ke rumah ke lagi belajar mengaji" balas pak Bakri
"Tak ada masa lah pak Bakri Ana sekarang sibuk sikit tolong ibu masak nasi lemak nak jual kat gerai makan Pakcik Musa" Hana
"Oh yeke? Iyalah nanti pak Bakri bagi tahu Mak Teh kamu"
"Kalau takde apa-apa lagi Ana balik dulu ye pak Bakri?" Hana meminta izin
"Iyalah nanti kirim salam dekat ayah dengan ibu kamu, hati-hati kat jalan tu"pesan Pak Bakri
"Ok" balas Hana pendek
*****************
Hana duduk di anak tangga untuk membuka kasutnya. Dia bangkit dari duduk sambil membawa kasut untuk di simpan ke dalam rak
"Assalammualaikum....."salam Hana dengan nada yang beriramah.
"....Ana dah balik ni, ada orang ke?"Ana sengaja bertanya ingin meriangkan hatinya
"Waalaikumsalam, ada lah orang nya Ana oi kalau tak ada, tak ada nya kamu masuk ke rumah sampai ke petang lah kamu kat luar tu" jawab ibunya yang baru keluar dari bilik.
"Hahahaha Ana gurau je, saja nak usik ibu" kata Hana sambil menyalam ibunya
"Kakak kamu mana?" Tanya Hafifah ibu Hana
"Tak tahu lah ibu" balas Hana walaupun sebenarnya dia tahu jawapan dari soalan ibu nya.
Hafifah hanya menggelengkan kepalanya kerana tahu tabiat Ishah yang selalu suka melepak ikut kawan-kawannya.
"Dah makan?" Soal Hafifah
"Belum" balas Hana dengan nada manja sambil mengusap perutnya tanda lapar
"Mmm pergi lah makan, ibu ada masak tu kat dapur" beritahu ibunya
"Ok" balas Hana pendek lalu berjalan ke arah dapur
YOU ARE READING
MILIKKU KAH HATIMU?
RomanceKisah Hana yang kehilangan seluruh keluarganya akibat satu kemalangan yang tidak di jangka. Sejak saat itu Hana nekad untuk meneruskan hidupnya dan berdikari sendiri dalam menempuhi cabaran kehidupan. Setelah tamat universiti akhirnya cita-citanya m...