Bab 4

2 0 0
                                    

Setelah 8 bulan berlalu akhirnya keputusan spm telah pun keluar. Ramai pelajar lepasan spm datang ke sekolah bersama ibu bapa mereka untuk mengambil keputusan spm mereka. Begitu juga Hana dan Ishah yang datang ke sekolah bersama ibu dan ayah mereka.

Hana berpelukkan dengan sahabatnya Tika dan Mia setelah sekian lama tidak berjumpa. Iya lah Tika terpaksa mengikuti ibu bapanya ke langkawi kerana mendapat tawaran kerja di sana. Mia pula mengikuti kakaknya ke bandar untuk melakukan kerja sambilan sementara menunggu keputusan spm keluar. Sedangkan Hana hanya duduk di kampung menolong ibunya membuat nasi lemak,kadang kala ada juga menjual kek pandan untuk menambah sedikit wang simpanan untuk melanjutkan pelajaran.

"Korang sihat tak, lama tak jumpa korang" Tika gembira dapat berjumpa dengan sahabatnya lagi.

"Sihat alhamdulillah, tak sabar nak dapat result spm harap-harap kita dapat keputusan cemerlangkan" harapan Mia

"Aamiin, semoga apa yang kita usahakan memberi pulangan yang lebih baik bak kata cikgu Sharul usaha pasti mendatangkan hasil" Sambung Hana pula

" dah lah jom masuk sama-sama ambil result"ajak Tika

Hana berlari menuju ke ibu dan ayahnya sambil membawa sehelai kertas yang merupakan keputusan spm Hana. Hana memeluk erat ibunya sambil mengalir air mata. Dia pun menunjukkan keputusan spmnya yang cemerlang. Ibunya Hafifah pun mengalirkan air mata apabila melihat keputusan anaknya yang mendapat 9A dalam spm. Ibu mana yang tidak menangis kegembiraan melihat naknya berjaya dalam akademik. Ayahnya Abdullah turut bahagia dengan seukir senyuman melihat keputusan anaknya itu. Hana kemudiannya memeluk kedua ibu ayahnya dengan penuh kegembiraan. Setelah meraih kegembiraan dengan keputusan Hana, mereka pun menuju ke kelas Ishah untuk melihat keputusan Ishah pula. Sesampainya di hadapan pintu Ishah kelihatan berdiri di tirai pintu sambil menatap keputusan spmnya. Sedar akan kehadiran keluarganya ishah mengalirkan air mata sambil menuju ke dakapan ibunya.

"Ishah minta maaf ye ibu ayah keputusan ishah tak cantik sangat" Ishah memohon maaf kepada kedua orang tuanya. Sekeras kepala sekalipun ishah dia tetap mengalirkan air mata apabila mendapati keputusan tidak memuaskan dirinya.

Ibu dan ayah melihat keputusan Ishah.Ibu dan ayahnya tersenyum lebar sambil memandang satu sama lain apabila melihat keputusan anaknya yang memperolehi 4A 1B 1D. Bagi mereka keputusan itu sudah cukup bagus untuk Ishah. Mereka tetap merasa bangga dengan pencapaian Ishah walaupun tidak setanding dengan keputusan adiknya. Bagi mereka setiap anak ada kelebihan masing-masing.

Setelah pulang di rumah mereka sekeluarga pun duduk di ruang tamu. Terlihat ada dua kotak hadiah di atas meja .

"Ishah, Ana ambil lah hadiah ni, ibu dengan ayah hadiahkan sempena kamu dapat keputusan cemerlang spm" kata ibunya sambil tersenyum kecil.

Hana dan Ishah pun mengambil kotak hadiah itu seorang satu. Betapa bahagianya kedua adik-beradik itu apabila memperolehi hadiah sebuah telefon bimbit yang menjadi idaman setiap remaja. Mereka pun memeluk ibu dan ayah mereka dengan penuh kasih sayang.

.................

Setelah selesai solat maghrib Hana pun menadahkan tangannya untuk memohon doa.

"Ya allah, aku berterima kasih pada mu ya allah kerana kau telah kabulkan doaku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam spm, sesungguhnya kau maha pemberi segala rezeki, ya allah aku memohon kepada agar kau berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku dan juga kakak ku agar aku dapat memberikan kebahagian yang lebih baik lagi suatu hari nanti, dan aku mohon agar kau lembutkan hati kakak ku ishah untuk berbaik semula denganku, aamiin ya rabbal allamin"

Selesai berdoa Hana pun mengambil telefon yang di hadiahkan kepadanya. Dia menyalin nombor sahabatnya Tika dan Mia yang diberikan kepadanya siang tadi. Setelah itu dia pun mencuba untuk berchat dengan dua sahabatnya. Sedar tidak sedar hampir setengah jam juga Hana berwhattsap dengan sahabatnya Tika dan Mia. Dia mamatikan telefonnya setelah mendengar laungan azan. Dia pun membuka telekungnya untuk mengambil wuduk semula takut-takutnya dia sudah terbatal wuduk ketika sedang kusyuk bermain telefon.

Semasa menuju ke dapur langkahnya terhenti di hadapan bilik ishah apabila mendengar ishah ketawa terbahak-bahak sambil bertelefon dengan seseorang di telefon bimbit. Hana ingin mendengar lebih lanjut perbualan mereka tapi Hana tidak mahu Ishah menyedari keberadaannya, jadi dia pun meneruskan niatnya ke kamar mandi untuk mengambil wuduk.

..............

"Hana dah siap ke ibu tunggu kat luar nie jangan lambat sangat nanti pasar raya tu tutup" beritahu Hafifah kepada Hana.

Belum sampai seminit kelibat Hana keluar dari rumah dengan memakai pakaian sopan dan bertudung yang menutup dada. "Maaf ibu, stokin Hana hilang tadi nasib ada satu ni lagi" alasan Hana

"Dah dah jom cepat kita kena tunggu kat simpang sana tu supaya pak Hamzah kamu nampak kita nak ikut dia" kata Hafifah sambil menutup pintu rumah. Hana tidak banyak cakap dia hanya meneruskan memakai stokin dan seliparnya. Setelah itu mereka dua beranak pun jalan menuju ke simpang untuk menunggu pak Hamzah.

MILIKKU KAH HATIMU?Where stories live. Discover now