BAB 2

4 0 0
                                    

 Ikram dan Ishah menghentikan motorsikal di simpang kerana takut di ketahui oleh ayah Ishah. Ishah yang tadinya bertudung telah membuka tudung sekolahnya semasa dia dan Ikram berjalan-jalan menggunakan motosikal.

   "Nanti malam bi tunggu kat sini ye, nanti ayang ambil bi" kata Ikram sambil membuka helmet di kepala Ishah

  "Ok, ayang jangan lambat tau"pesan Ishah

"Ok" balas Ikram pendek lalu Ishah pun berjalan ke arah rumahnya.

Sesampainya Ishah di rumah dia duduk di anak tangga rumahnya untuk membuka kasut. Belum sempat Ishah meletakkan kasutnya di rak, tiba-tiba ayahnya Abdullah berada di depan pintu

"Ke mana kamu Ishah jam tiga macam ni baru nak pulang?" Tanya Abdullah kepada anak sulungnya itu dengan nada yang sedikit marah

   "Ishah ada kelas tambahan lah ayah" jawab Ishah sambil meletakkan kasutnya di rak

"Tak payah kamu nak tipu ayah, kamu keluar dengan jantan tak guna tu kan" syak Abdullah

     "Ayah ni, apa yang isha cakap semuanya ayah tak percaya tapi kalau budak manja tu semua ayah percaya" jawab Ishah dengan melibatkan adiknya Hana

  "Kamu ni Isha bila di nasihat tak ada yang masuk dekat kepala otak kamu tu, tudung kamu mana? Kamu dah sedia ke masuk neraka tayang rambut kamu tu dengan orang yang bukan mahram kamu" nasihat ayahnya lagi

"Dahlah bang, bagi budak tu masuk rumah dulu, baru pulang kan" Hafifah cuba menenangkan keadaan.

   Ishah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang murung lalu masuk ke dalam biliknya.

  "Bodoh betul, ni mesti budak tak guna tu yang bagi tahu ayah aku keluar dengan Ikram" tuduh Ishah kepada Hana

  "Siap kau Ana, aku kerja kan kau puas-puas nanti" sambung Ishah lagi

***************

Siap sahaja mengerjakan solat isyak Ana pun membuka buku sekolah untuk mengulang kaji pelajaran kerana sudah hampir menjelang peperiksaan percubaan spm. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk oleh Kakaknya. Hana mengangkat punggungnya untuk berdiri lalu membuka pintu. Ishah masuk ke bilik Hana lalu menutup pintu

  "Apa masalah kau sebenarnya haa, kau kan yang bagi tahu ayah aku keluar dengan Ikram" tuduh Ishah

"Akak ni kenapa, Ana tak cakap apa-apa pun ayah tahu sendiri lah" jelas Hana

  "Kau dengkikan dengan aku sebab kau tu tak ada boyfriend, sebab tu kau nak sibuk dengan urusan aku" kata Ishah

  "Kak, Ana lagi bangga lah tak ada boyfriend, bukannya mati pun kalau tak ada boyfriend" balas Hana

  Ishah yang geram menarik rambut Hana dari belakang sehingga Hana merasa kesakitan

   "Kau jangan nak tunjuk baik, suci lah, kau ingat ye kalau ayah marah aku lagi sebab balik lambat aku akan buat lagi teruk dari ni" ugut Ishah lalu melepaskan tangannya dari rambut Hana yang di tariknya

   "Kau jaga mulut kau kalau kau tak nak sakit" ugut Ishah lagi lalu dia keluar dari bilik Hana.

   Hana hanya diam dengan menahan kemarahan terhadap kakaknya itu. Walaupun dia kelihatan tenang tapi perasaannya seakan-akan merasakan ketakutan dan kesedihan namun di simpannya dalam hati. Dia menghela nafas lalu kembali duduk di kerusi untuk mengulang kaji.

*************

Hana, Tika dan Mia berjalan ke arah kantin sambil berbual-bual dengan rancaknya

"Korang lepas kita SPM ni korang nak sambung belajar kat mana?" Tanya Tika

"Aku rasa aku nak sambung tingkatan 6 je kot sebab ye la aku nie bukannya orang berada nak sambung belajar kat universiti terus" balas Mia

"Betul juga tu sebab nak masuk u kena bayar yuran banyak" Tika 

"Tapi inshaallah kalau dah ada duit lebih aku nak juga sambung belajar kejar cita-cita nak jadi pensyarah" kata Mia

"Aamiin semoga dipermudahkan, kau Ana nak sambung kat mana?" Tanya Tika kepada Hana

"Entah lah wei aku pun tak fikir lagi, mungkin aku sambung belajar tingkatan 6 kot tapi kalau dapat tawaran dekat tempat lain yang berkenan inshaallah aku pergi" jawab Hana

Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang bertembung dengan mereka. Lelaki-lelaki tersebut merupakan Ikram, Amirul, Syakir, Fahmi dan beberapa lagi orang lelaki. Hana, Tika dan Mia  menghentikan langkah mereka apabila jalan mereka di halang oleh Ikram dan rakan-rakannya

"Boleh bagi kami ruang tak?" Soal Tika sedikit marah

  "Boleh dengan syarat jadi gilrfriend saya" kata Amirul sambil katawa kecil. Ikram hanya memandang ke arah Hana yang hanya mendiamkan diri.

   "Jangan nak mengarut ye, bagi kami lalu, kitorang nak ke kantin" kata Mia pula

  "Janganlah marah cik Mia oi, nanti tak ada yang nak dengan cik Mia" usik Fahmi pula sambil dia ketawa bersama-sama kawannya.

  Mia mengetap bibir kerana geram dengan kata-kata yang dilontarkan kepadanya.

   "Hello encik Fahmi yang berbahagia, saya ni lebih rela single daripada ada boyfriend macam encik Fahmi yang terhormat" sindir Mia dengan sopan

  "Sakit mattt" Syakir pula mencelah

"Cik Ana tak ada yang nak di katakan ke? Diam je" soal Ikram kepada Hana sambil tersenyum sinis menatap Hana

Hana hanya membisu lalu menarik kedua temannya ke kantin mengikut ruang yang tidak terhalang oleh lelaki-lelaki itu

  "Serieslah Ram, dah dapat kakak nak adik lagi" kata Amirul lagi setelah Hana dan rakannya meninggalkan mereka

  "Kau tak faham" balas Ikram lalu dia berlalu pergi. Kawan-kawannya hanya mengikut langkah Ikram 

MILIKKU KAH HATIMU?Where stories live. Discover now