Selesai sahaja makan malam Hana dan ibunya pun mengemas piring-piring bekas makan. Hana menghantar piring-piring ke singki untuk dicucinya. Ibunya pula menyusul di belakang untuk menghantar bekas-bekas lauk tadi ke singki.
"Kakak mana?" Tanya Hafifah
"Kat bilik kot ibu, lepas makan dia terus masuk bilik tadi ana nampak" Jawapan Hana
Hana dengan kakak masih gaduh lagi? Soalan seorang ibu apabila melihat dua orang puterinya saling bermasam muka ketika bersua muka. Hana yang sudah mula mencuci piringnya agak berfikir untuk menjawab soalan itu.
"Eh takde lah ibu ok je, kenapa pulak nak gaduh dengan kakak,perasaan ibu je tu " kata Hana tidak ingin ibunya beranggapan mereka bergaduh walaupun hakikatnya itulah kebenarannya.
Ibu tahu, ana tak payah lah nak selindung, ibu kenal anak-anak ibu. Jelas Hafifah sambil dia mengelap dapur gas yang kotor terkena percikan minyak semasa memasak tadi.
Hana menghela nafas lalu berkata. Ana dah cuba baik dengan akak tapi akak tetap dengan ego dia, dia taknak berbaik dengan Ana. Apa je pilihan yang ana ada ibu selain mengelak dengan akak. Setiap kali jumpa ada je yang akak tak puas hati dengan Ana. Luah Hana kepada ibunya
"Ibu faham, tapi Ana kena ingat macam mana pun Ana dengan kakak gaduh dia tetap kakak Ana sampai bila-bila. Air yang dicincang takkan putus." Nasihat Hafifah lalu menepuk bahu Hana.
"Ana tahu ibu, Ana takkan lupa benda tu ,macam mana pun Ana marah kat akak syah, Ana tetap sayang dia"
Hafifah hanya tersenyum kecil mendengar anak nya mengakui rasa sayang kepada kakaknya. Dah lepas cuci piring nie pergi rehat esok sekolah kan. Ibu nak pergi ruang tamu teman ayah.
Hana hanya mengangguk sambil tersenyum kecil
Selesai mencuci Hana pun masuk ke bilik lalu merebahkan tubuhnya di atas katil untuk merehatkan badannya. Tiba-tiba dia mengimbau memori lalu
....5 TAHUN LEPAS.....
" kak shah janji dengan ana ye, yang kita akan sentiasa bersama dan tak bermasam muka sammmmpaiii ke hujung hayat" kata Hana
"Mestilah kita kan kembar susah senang mesti sama-sama" kata Ishah lalu memeluk adiknya Hana
Walau apapun jadi, akak akan selalu sayang adik sammmmmpai hujung hayat sekalipun. Kata Ishah
Mereka pun berbual dengan penuh gambira tanpa ada satu pergelutan sama sekali. Namun berbeza dengan sekarang dimana mereka tidak pernah beraman walau sesaat pun.
..............
Azan berkumandang yang menandakan telah masuk waktu subuh. Hana terbangun dari tidurnya lalu berisytighfar.
"Astaghfirullahallazim, terlepas nak study jam 3 tadi" kata Hana lalu mengambil tualanya untuk pergi mandi
Selesai mandi Hana pun memakai pakaian sekolah lalu keluar dari bilik menuju ke dapur untuk sarapan. Di meja sudah terlihat ayah dan ibunya sedang sarapan
"Sarapan Ana" ajak Hafifah
"Shah mana, tak bangun lagi ke?" Tanya Abdullah dengan tegas.
Belum sempat Hana menjawab terlihat kelibat Ishah yang belum memakai tudung sekolah lagi.
"Hari ni pulang jam berapa?" Tanya Abdullah lagi
"Ana pulang lambat sikit mungkin 3 setengah sebab ada kelas tambahan admath hari ni" beritahu Hana. Ishah pula hanya diam tidak menjawab dia hanya memakan sarapannya sahaja.
"Kamu Ishah jam berapa pulang." Tanya Abdullah sambil melihat anak sulungnya
"Macam biasa lah kot" jawab Ishah tanpa melihat ayahnya
Selesai sahaja sarapan Hana dan Ishah pun bergerak ke sekolah. Seperti biasa Hana akan jalan terlebih dahulu meninggalkan ishah di belakang.
........................
Abdullah mematikan enjin motornya di depan gerai makan Pak musa. Dia pun turun dari motor sambil membawa nasi lemak untuk diserahkan kepada Pak Musa
"assalammualaikum Musa ni ha nasi lemaknye" kata Abdullah sambil menyerakan nasi lemak kepada Pak musa
"Terima kasih lah dola, lambat kau hari ni hantar nasi lemak tadi ada pelanggan aku cari nasi lemak isteri kau ni maklum lah nasi lemak idaman kampung kita" puji Pak musa kepada isteri Abdullah. Abdullah tersenyum kecil
"Alhamdulillah orang suka, boleh juga cari rezeki sikit-sikit" balas Abdullah
Abdullah lalu menuju ke tempat Bakri yang sedang duduk di meja sambil membaca surat khabar.
"Assalammualaikum Bakri, kusyuk baca akhbar sampai tak sedar aku datang" sapa Abdullah lalu duduk di kerusi yang berhadapan dengan Pak Bakri
"Waalaikumsalam, hahahaha ni ha baca pasal kes pecah masuk rumah kat surat khabar" jelas pak Bakri sambil melihatkan surat khabar itu kepada Abdullah
"Zaman sekarang nie memang banyak kes pecah masuk rumah orang bukan dekat bandar je kampung ni pun ada kes-kes macam tu" Kata Abdullah
"Itulah kemaruk sangat nak cepat kaya sampai sanggup pecah masuk rumah orang macam tu, last-lastnye masuk penjara juga, takde guna cari rezeki yang tak halal" sambung Bakri lagi lalu meminum kopi yang dipesannya
"Ohya Bakri esok aku dengar ada dato Firdaus nak datang, betul ke?" Soal Abdullah
"Iya dia nak datang, nak tengok tanah yang terbiar dekat hujung kampung tu katanya nak beli tanah tu untuk tanam kelapa sawit" balas Bakri
"Bagus sangat la tu kalau tak terbiar je tanah tu takde orang bersihkan" Abdullah
"Betullah tu ada juga peluang pekerjaan untuk pemuda kat kampung kita nie, asyik menganggur je takde kerja" luah bakri terhadap sikap pemuda di kampungnya.
YOU ARE READING
MILIKKU KAH HATIMU?
RomanceKisah Hana yang kehilangan seluruh keluarganya akibat satu kemalangan yang tidak di jangka. Sejak saat itu Hana nekad untuk meneruskan hidupnya dan berdikari sendiri dalam menempuhi cabaran kehidupan. Setelah tamat universiti akhirnya cita-citanya m...