kirana ;
...
// k's pov //
doctor kata hari ini athena akan discharge .
sebab athena dah stable , and tangan dia pun dah makin pulih .
"budak . lepasni kita balik tau ? awak takpayah duduk hospital dah ."
aku berkata lalu mencium pipi athena .
tapi dia lap lepas aku cium .
"oi kurang ajar punya budak kau lap . sampai betul hati ."
tapi athena hanya menjelirkan lidah nya .
"abang comel oo abang comel ."
dia memeluk lengan aku .
comel la anak beruk ni rasa nak cekik .
"ye cinta . awak nak apa ?"
aku bertanya lalu duduk di tepi nya .
"bila thena boleh bukak ni ?"
dia menunjukkan simen yang di tangannya .
aku pura pura berfikir .
"mhm cinta rasa bila boleh bukak tu ?"
sengaja aku bertanya kepada dia .
"hm thena taktahu . tapi thena taksuka ni . susahla thena nak tido ."
dia meletakkan kepalanya di bahu aku dan mendongak melihat muka aku .
dengan bibir yang mencebik dan mata basah kerana air mata .
"kirana kenapa awak comel sangat ni cinta hati ?"
aku berpura pura menangis dan tawa athena meletus .
"ehehe abang comel ni lawak la nangis macamtu ."
seperti budak kecil , dia mencucuk cucuk pipi aku dan mata aku dengan jarinya .
"yeke lawak ? kalau macamtu , nanti saya buat kirana gelak hari hari okay ?"
aku mengusap kepalanya yang masih berbalut itu .
masih terasa sakit di dada apa bila mengenangkan aku lah punca cinta hati ku sebegini .
"hehe okay . mana she ? she kata nak main masak masak dengan thena ?"
dia bertanya kepada aku .
"she datang kejap lagi okay ? kita balik rumah tau ?"
dia hanya membalas dengan anggukan .
"abang comel . mana daddy thena ?"
aku selalu tak ada jawapan untuk soalan yang satu ini .
bukan apa , kalau jawab daddy dah takde .
athena akan nangis .
and sebab air mata dia , luka kat pipi dia sakit .
kalau sakit dia nangis lagi .
comel sangat perangai nya pun .
"abang comel ni jahat lah . athena panggil tak jawab pun ."
aku tersentak .
alamak ni kalau nangis pishang aku .
"ye cinta hati . saya kat sini la ."
![](https://img.wattpad.com/cover/337854178-288-k141470.jpg)
YOU ARE READING
kirana ; abdul kahar [C]
Fanfiction"kirana si kahar dan kahar si kirana selamanya" ˚ ༘♡ ⋆。˚ started ; 26 march circa 2023 completed ; 12 april circa 2023 lowercase intended @kekasihsore | 2023