kirana ;
...
aku memerhati ticket bus yang berada di tangan aku .
she sudah pulang terlebih dahulu .
masih ada baki 7 hari sebelum aku dan she perlu pulang ke STIA .
sejujurnya aku tidak ingin pulang ke rumah .
jadi aku hanya memilih untuk menyewa hotel yang berdekatan dengan area KUDRAT .
kerana , aku takut kahar perlukan aku tapi aku takde dengan dia .
jadi aku pilih untuk stay sini buat sementara waktu .
bas aku telah pun sampai .
aku menggalas beg aku dan barang yang lain .
fuck .
aku lupa . box kahar .
"kirana !"
aku memalingkan wajah aku dan aku lihat kahar sedang berlari ke arah aku .
"kahar ?"
kahar berdiri betul betul di hadapan aku .
"kirana kau dah nak balik ke ?"
aku hanya mengangguk .
"ni . barang kau semua . thankyou ."
aku menyerahkan kotak kepada kahar .
tapi kahar hanya memandang kotak itu sepi .
aku takboleh tunggu lama , jadi aku tarik tangannya dan letakkan kotak itu ke atas tangan nya .
"kirana . can u please stay ? i need you ."
again , hes crying .
aku menggeleng perlahan .
aku terpaksa letakkan ego aku di garis hadapan kali ini .
aku terus berpaling dari kahar .
"jaga diri kahar ."
baru selangkah aku berjalan kahar lebih cepat menarik aku .
bas pun turut berlalu pergi .
"kirana tolong stay dengan aku . im begging kirana ."
apa aku patut rasa sekarang ?
aku hanya memandang kahar kosong .
"kahar . aku penat ."
aku berkata kepada kahar dan memandang tepat ke matanya .
jujur aku sudah penat .
penat dengan semuanya .
"kirana aku mintak maaf . tolonglah stay . jangan pergi kirana ."
kali ini kahar merayu kepada aku dengan lebih kuat .
sebesar mana ego si athena kirana .
lenyap jua pada pujukan si abdul kahar .kerna apa ? air mata abdul kahar adalah kelemahan terbesar athena kirana .
aku terus memeluk kahar dan menahan diri aku dari menangis .
"aku ada kat sini dengan kau . aku tak pergi kahar . aku takkan pernah pergi ."
aku menggosok belakang badan kahar dan mengulum senyum kecil .
![](https://img.wattpad.com/cover/337854178-288-k141470.jpg)
YOU ARE READING
kirana ; abdul kahar [C]
Fanfic"kirana si kahar dan kahar si kirana selamanya" ˚ ༘♡ ⋆。˚ started ; 26 march circa 2023 completed ; 12 april circa 2023 lowercase intended @kekasihsore | 2023