2

4 0 0
                                    

Duduk sahaja di dalam kapal terbang ini, aku terus pakai headphone di kepalaku. Aku dapat tempat duduk di tengah-tengah. Tempat di sebelah kanan dan kiri belum ada orang lagi.

Aku rasa tak ada lah awal sangat aku masuk.
Selang beberapa minit kemudian, ada seorang lelaki meletakkan barangnya di tempat letak barang di atas. Oh nampakya dia yang duduk di tepi tingkap sebelah kanan aku ni. Aku pun terus rapatkan kaki ke kerusi.

"Eh you again!" tegur satu suara.
Walaupun aku dah pasang headphone di kepala, mash boleh dengar suaranya. Terus aku mendongak kepala memandang kearahnya.

Macam aku pernah tengok, tapi dia pakai mask hitam.. dia terus duduk di sebelah kanan aku dan membuka mask nya. Baru lah aku teringat dia siapa.

"Hayra right? Kita jumpa lagi dalam ni" kata lelaki ini sambil dia meletakkan telefonnya di atas riba. Maskya disimpan di dalam beg. Aku memang tak pakai mask dah sebab kelonggaran peraturan di sini. Aku angguk-angguk aje mengiyakan kata-katanya.

Sedang asyik aku melayan lagu sendu dalam airpod, yelah dah single kan nak buat macam mana? Lagu sendu aje aku layan hingga aku terlelap. Sedar-sedar aje dah 3 jam dalam kapal terbang ni. Aduh lama lagi nak sampai ni. Nak buat apa pun tak tahu dah.

Aku pandang ke luar tingkap. Ya Allah cantiknya pemandangan walaupun aku hanya dapat menjenguk dari jarak yang jauh sedikit sebab ada orang di sebelah.

Tiba-tiba rasa diperhatikan. Aku pun pandang kearah lelaki ini. Dia memang tengah pandang aku rupanya. Aduh nak pandang-pandang pula dia ni.
Terus kabut aku dibuatnya.

"Nak exchange seat?" soal lelaki ini.
Aku pun sengih aje dan menolak pelawaannya. Tak mahu lah, segan aku. Dah banyak benda baik dia buat kat aku walaupun tak kenal.

"Dulu kan, saya punya cita-cita nak jadi pilot" katanya sambil dia memandang ke luar tingkap. Aku dah hentikan lagu di airpod lepas aku sedar dari tidur tadi.

"I see... so tercapai tak?" soalku spontan. Alamak aku ni pun. Macam tak sesuai pulak soalannya. Kalau boleh lempang diri sendiri ni aku buat dah haihh. Aku tak rasa dia dapat jadi pilot sekarang ni.

"Tak... but it's fine sebab sekarang saya kerja best jugak" jawabnya bersahaja.

Fuh nasib baik responnya baik je. Takde lah aku rasa bersalah sangat.

"Oh ye ke... saya kan, time nak datang Istanbul hari tu first time naik airplane" Lahh tiba-tiba sangat aku ni. Dia pun terus toleh kearahku, macam terkejut juga.

"Then this is the second time right? Bagus la awak berani, kawan pun tak ada nak teman. Pakai tour guides je" balasnya dengan nada sedikit kagum. Dalam berani aku ni ada juga takutnya cuma tak nampak je masalahnya.

"Saya bukan nak pun sebenarnya datang Istanbul. Dua ke tiga bulan lepas, abang saya menang lucky draw kat office dia, dapat pakej holiday pergi Istanbul, tapi date yang dapat tu dia tak boleh pergi sebab dia dah nak kahwin.. so dia suruh la saya pergi sorang-sorang ikut tour guide" jelas aku kepadanya. Dia pun mengangguk faham.

Aduh kenapa la aku cakap aku bukan nak sangat? Macam terpaksa sangat je aku datang sini. Padahal aku excited juga bila dapat tahu boleh pergi Istanbul haritu.

"Kalau boleh saya nak tanya, awak kerja apa?" soal lelaki ini. Alamak. Dah la tak kenal, tanya aku kerja apa pulak.

"Eh no, tak payah jawab. Saya minta maaf ya sebab tanya soalan macam ni. Excuse me, nak pergi toilet kejap" pamitya pula. Aku pun terus rapatkan kaki ke kerusi walaupun cukup je ruang untuk dia lalu. Alamak... dia terasa ke sebab aku diam tadi? Tapi aku diam sekejap je, aku tak salah kot?

Tak lama kemudian dia kembali ke tempat dudukya. Kemudian dia hulurkan sesuatu kepadaku. Eh... M&M. Aku pandang M&M yang berada di tangannya dengan penuh rasa keliru. Lepas tu dia ketawa pula. Aduh, lagi pening aku nak scan situasi yang tengah jadi ni.

"Ambil lah, saya bagi, tanda maaf sebab tanya soalan sensitif tadi"

Alamak..... Tiba-tiba pula jantung aku mula berdebar. Aduhai gentleman betul la dia ni walaupun cuma bagi M&M, adab pun dia jaga dengan baik. Mesti sejuk hati mak dia dapat anak macam ni. Aku pun ambil dan aku simpan di dalam beg. Nak makan depan dia segan lah pula.

"Terima kasih, tapi saya okay je sebenarnya nak jawab solan awak tadi.." balasku. Belum sempat aku habiskan ayat, terus dia potong aku.

"Nope. It's okay, saya nak minta maaf jugak sebab rasa macam tak polite la tanya. Lagipun kita first time kenal" Bagusnya mind set dia. Aduh mana lah aku nak cari lelaki macam ni buat jadi teman hidup? Orang macam dia ni mesti dah berpunya. Dah la jaga adab santun dengan baik. Lelaki sekarang bukan senang nak jumpa yang macam ni.

"Alright, tapi takpe lah. Saya bagitau je. Saya kerja as translator, saya translate skrip, game, website, movie subtitle... ha something like that la, kerja biasa je" aku cerita juga lah jadi tak ada lah dia rasa bersalah sangat kot kan?

"Woah, bestnyaa. Like freelancer la kan? Saya teringin jugak kerja freelance macam ni. Boleh but kerja kat mana-mana je saya nak. Time dah dekat deadline, cepat-cepat pulun siapkan. Haih bestnya... tak payah nak fikir jadual pack banyak tempat nak pergi"

Responnya macam teruja pula dengan pekerjaan aku. Mesti dia yang bekerja dengan jadual yang padat. Agaknya orang macam dia ni kerja apa lah ya? Macam busy sangat je.

"Yes, memang freelancer. Tak stress sangat la for me sebab tak payah nak keluar jumpa orang sangat. Awak macam mana?" balas aku. Eh alamak tertanya pula soalan yang bagi dia sensitif.

"Eh alamak, em.. kalau awak tak nak jawab pun takpe..." balasku serba salah. Dia senyum aje dan memang dia tak jawab soalan aku. Aduh janggalnya situasi macam ni. Rasa jahat pula aku ni. Perbualan aku dan dia berakhir di situ.

Mungkin dia rasa tak selesa dengan soalan aku jadi dia pun tak mahu teruskan perbualan. Aku ni kalau orang dah diam dengan aku, lagi seribu kali aku diam dengan dia. Haih laa

Setelah bangun dan tidur beberapa kali dan pergu ke tandas dua kali, akhirnya sampai juga di tanah tumpahnya darahku gitu. Aku pun dah tak bersembang dengannya. Nama pun aku segan nak tanya.

Tahu-tahu je dah sampai, baru nak rasa excited ada kawan lelaki baru yang tak judge diri aku. Tapi macam biasa lah, memang setiap pertemuan yang aku rasa excited ni mesti akan berakhir dengan kekecewaan. Semua sebab aku yang tak sensitif dengan orang sekeliling.

"Em awak, saya nak minta maaf tau sebab tanya pasal kerja awak tadi... aku minta maaf dulu sebelum aku meninggalkan tempat duduk aku. Dia senyum aje memandangku.

"It's okay. Saya cuma tak prefer untuk share saya punya kerja dengan orang yang saya tak biasa" balasnya ringkas dan padat, menusuk kalbu aku lagi.
Aduh sakitnya rasa.

Tak salah pun dia nak ada pendapat begitu tapi tak tahu lah kenapa hati aku rasa tercucuk sangat dengan kata-katanya. Yelah siapa lah aku ni. Tulah kau ni dah tahu hati tu tisu, jangan la cepat rasa excited dengan benda yang tak pasti. Kan sendiri dah sakit ish.

Aku pun terus pergi dengan segera.
Setelah masuk ke tempat mengambil beg, baru aku teringat tentang buku nota kecil aku. Aduh malu lah aku kalau ada pramugari jumpa buku tu. Tapi takpe lah, nak patah balik demi buku kecil tu macam tak berbaloi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hadirnya DirimuWhere stories live. Discover now