Bab 2

961 170 27
                                    

LOCENG beberapa kali kedengaran di pintu utama. Tudung sarung cepat dipakai. Berpeluh dahinya kerana baru selesai mengemas untuk bilik si kecil. Bilik berwarna merah jambu lembut dan segela kelengkapan bayi. Tentang duit, dia tidak berkira. Syukur kerana duit tidak menjadi masalah dalam hidupnya, arwah baba mempunyai banyak harta. Kalau si kecil mahu menghabiskan duitnya pun tidak kesah.

Miss,” sapa seorang lelaki sebaik sahaja pintu dibuka sambil memegang Hawa yang berada dalam baby seat dan beg hitam.

“Hi, saya Jacinta.”

Lelaki bersut itu angguk lalu meletakkan baby seat ke bawah. Hawa elok tidur lena bersama botol susu dengan rambut keritingnya yang comel itu.

Yes, Miss Jacinta. Ini segala dokumen berkenaan dengan bayi dan good luck,” jelasnya lalu melangkah pergi.

Terkelip-kelip Jacinta di hadapan pintu bersama beg dokumen di bahu dan si kecil di lantai. Perlahan-lahan baby seat di angkat sambil menutup pintu lalu naik ke tingkat dua. Hawa didukung dengan berhati-hati dan diletakkan di atas katil. Sekeliling katil besar mempunyai dinding kayu nipis yang boleh diturunkan dan dinaikkan.

Botol susu diletakkan di atas meja.

Beg dokumen diselongkar. Hampir satu jam untuknya mengetahui segala tentang anak buahnya. Nasib baik tak ada allergic.

Hawa Jasmin, nama penuh bayi comel itu.

Jacinta mula membuat kerjanya sebagai penulis. Dua jam digunakan untuk menulis. Sesekali dia menoleh ke arah si kecil.

Meow…”

Si bulus naik ke atas meja. Jacinta terus mendukung kucingnya lalu diletakkan di katil. Leo membeku tatkala melihat si kecil yang lena itu. Dengan tekun, si bulus menghidu kepala bayi dan begerak kebelakang sesaat.

Meow…” Leo mengiau perlahan.

Jacinta tergelak kecil.

Mungkin bau lain.

“Leo, ini anak buah mama. Hawa.”

Leo memandangnya dengan mata bulatnya tanpa kelip lalu mendekati manusianya dan menggesel manja.

Jacinta senyum.

“Manjanya awak ni…”

Mata si gadis jatuh pada mata si kecil yang terbuka.

Eh?

“Hai! Awak dah bangun?”

Si kecil mula sengih sambil tangan meracau ke arahnya. Hawa di bawa ke pangkuannya. Dengan lembut, jari jemari mengelus hidung bayi kemudian jatuh ke pipi gebu, dahi diusap perlahan. Anak buah memandangnya tanpa kelip. Ciuman ringkas di labuhkan di dahi bayi. Tangan Hawa memeluk pipinya sambil tergelak suka.

Entah kenapa, hatinya terasa sebak melihat seraut wajah Hawa.

That’s okay… Hawa ada akak. Akak teman awak sampai awak besar,” bisiknya.

“Awak lapar?”

Botol susu disua ke mulut Hawa. Jam digital dilihat, hampir masuk sepuluh malam. Perut tiba-tiba berbunyi. Si gadis memejam mata, terlupa makan dari tengah hari tadi.

Hawa didukung di bawa turun ke dapur lalu di letak ke dalam baby seat yang kecil di atas meja besar. Lauk sambal sotong pagi tadi dipanaskan semula. Televisyen yang sedia khas berada di dapur, dihidupkan. Kemudian, Didi & Friends dimainkan.

Semut berkawad satu satu hora horey,

Hawa sengih sambil memegang botol susu.

Semut berkawad satu satu hora horey,

Barbaric StrangerWhere stories live. Discover now