TERJAGA dibuatnya tatkala terdengar bunyi bising di belakang rumah. Bunyi bising yang sangat kuat. Tangan menggosok muka saat melihat jarum jam yang menunjuk dua pagi. Anak buahnya masih tidur nyenyak. Macam manalah si kecil boleh tidur dengan keadaan yang bising macam ini sekali? Rambutnya diiikat kemudian di sarung tudung. Anak bulusnya dicium sekejap.
"Jaga Hawa, okay? Mama nak turun bawah."
Bunyi bising membuatkan jantungnya berdegup laju. Timbul rasa risau dalam hati. Bunyi bising itu semakin jelas tatkala tiba di pintu belakang. Pintu dibuka sedikit. Mengapa belakang rumahnya? Sebab gelap ke? Matanya mengecil cuba melihat kawasan gelap belakang rumahnya. Matanya dapat tangkap beberapa orang lelaki dan seorang perempuan. Pintu dibuka lagi besar.
Seorang perempuan!?
Kelihatan perempuan itu sedang meronta. Pakaian perempuan itu pakaian uniform kerja berwarna putih dan biru. Baru balik kerja, mungkin?
Seorang lelaki menyentuh rambut perempuan itu.
Menggelegak darahnya melihat perbuatan jijik lelaki lelaki di situ.
That's it.
Jacinta memegang kayu golf peninggalan bapanya dari celah almari kasut lalu membuka pintu dengan luas. Pintu geril dibuka kemudian menjerit kuat.
"Woi!"
Ketiga-tiga lelaki itu memandang ke arahnya lalu gelak besar. Semakin panas ya suhu tubuh badannya. Asap keluar dari hidung dan telinga. Jangan kata dia pegang kayu golf ini, dia tiada ilmu mempertahankan diri. Ibunya sering mengajarnya seni mempertahankan diri ketika kecil. Ilmu tersebut digunakan dan dipraktiskan di dalam rumah setiap kali dia mempunyai masa lapang.
Pagar halaman belakang rumah dibuka.
"Awak, sini."
Perempuan itu lari laju di masuk ke dalam halaman rumahnya.
Jacinta menghadap perempuan pucat di sebelahnya.
"Awak okey?"
"O-okey," jawapnya tergagap-gagap. Seluruh badan perempuan itu bergigil.
"Nak pergi main golf ke?" komen lelaki yang memegang kayu besbol. Ketiga-tiganya kemudian gelak besar.
Rule #1.
Jangan buka langkah, selagi pihak lawan tidak membuka langkah.
Rule #2
Nampak peluang untuk larikan diri, jangan lepaskan.
Seorang lelaki mendekati kearahnya. Tangan kukuh menggengam kayu golf. Apabila tangan lelaki itu cuba menyentuh lengannya, pantas dihayun kepala golf pada betis lelaki itu. Lelaki itu jatuh dan meraung sakit. Kedua-dua lelaki di belakang nampak gelabah namun terus maju.
Jacinta tersenyum nipis.
Tiga lelaki menyerang perempuan?
Weak.
Jacinta bersedia untuk serangan mereka. Belum sempat kedua lelaki itu mendekatinya, mereka terlebih dahulu meraung kesakitan. Semuanya berlaku dengan pantas, kelibat itu bergerak dengan laju sukar untuknya melihat wajah. Kelibat itu telah menetak kuat leher kedua-dua lelaki itu dengan bawah tapak tangan. Teknik menyekat ruang udara seorang, dimana seorang itu terasa dicekik.
Ketiga-tiga lelaki lemah tadi terus berlari.
Mata si gadis mengecil.
That familiar form.
Gerangan itu mengangkat wajahnya. Sebelah muka bersinar dibawah cahaya bulan.
"You," sebut si gadis, menyampah.
Lelaki itu kali ini tidak memakai hoodie. Jelas wajah menawannya. Riak muka lelaki itu bengis sambil berjalan mendekatinya sehingga jarak mereka tinggal sejengkal. Tanpa melepaskan tautan mata mereka, lelaki itu menyuruh perempuan itu pulang ke rumah.
"Go."
Perempuan pucat itu memandang pasangan di hadapannya lalu memandang sekelilingnya. Terkial-kial mengambil beg galasnya yang terjatuh. Jacinta memberi ssenyuman nipis.
"T-terima kasih, kak."
"Sama-sama, awak."
Kelibat perempuan itu sudah menghilang baru perhatiannya tumpu kepada encik penyamun yang bengsi. Tangan memeluk tubuh bersama kayu golf di sisi.
"Awak buat apa dekat sini?"
"Are you out of your mind?"
"Saya buat apa yang patut saya buat."
Tajam lelaki itu memandangnya.
"By putting your place in danger?"
Jacinta menggumpal buku limanya.
"Kalau saya call polis, awak rasa sempat ke mereka datang untuk selamat perempuan tadi? Balai mereka jauh. Kalau saya tak tolong, entah apa lelaki-lelaki tadi akan buat. Saya pandai jaga diri saya," belanya, tegas.
"Kalau dia orang pegang senjata api macam mana?"
Terdiam si gadis.
Jacinta mengetap bibir.
"You have a baby, momma. That was reckless move."
Geram. Geram kerana lelaki itu benar.
Mengapa kehadiran lelaki itu membuat amarahnya sentiasa menggelegak?
Kenapa dia tak teragak-agak untuk menolong perempuan tadi? Perkara itu pernah terjadi kepadanya juga dimana dia sedang sakit dan perlu pulang ke rumah tapi ada dua lelaki jahat cuba mengganggunya dengan menyentuh bahu dan kepalanya. Nasib baik ada sekumpulan perempuan yang menolongnya.
"Awak buat apa dekat sini?" dalihnya.
"Saja."
"You know what? Saya tak pernah nampak awak dalam kawasan perumahan dekat sini. Bila saya fikir, awak ni siapa? Awak tak jawab soalan saya. Awak tak bagitahu nama awak. Awak buat saya rasa suspicious terhadap awak. Awak orang bahaya ke terhadap anak saya," jelasnya dengan penuh tanda tanya.
Lelaki itu hanya merenungnya.
"Kailo. That's my name."
Si gadis mendengus perlahan. Lelaki itu tidak menjawab segala soalannya. Bertanya untuk keselamatan.
"Kailo," sebut si gadis.
"Saya tak nak jumpa awak lagi."
Dengan itu, Jacinta bergerak mengunci pintu pagar belakang halaman rumah dan bergerak masuk ke dalam rumah dengan hati yang geram dan sakit. Semua pintu dikunci dengan hati yang panas. Naik sahaja ke biliknya terus dia berbungkus dengan selimut.
Nafasnya diatur normal.
Sakit hati yang tak boleh bincang.
She shouldn't have talk to him in the first place at the mall.
A mistake.
Bersambung...
1 JUN 2023
Yes, this is going to be an e-book. Dah tak perlu tunggu - tunggu sebab dah complete.
Remember, kalau tak nak beli, jangan beli. Saya tidak memaksa mana-mana pihak untuk membeli. Kalau berminat untuk beli, beli. Kalau tak berminat, tak perlu beli tau.
Thank you kepada yang sentiasa menyokong.
Q : Bila boleh beli?
A : Tunggu 4 petang hari ni (1 JUN). Nanti petang saya akan post lagi info yang selanjutnya.
Thank you.
Have a nice day.
YOU ARE READING
Barbaric Stranger
Romance[ E-BOOK ] Didn't your parents always warned you about stranger danger? Tiada suami, tidak berkahwin... Tiba-tiba ada bayi. JACINTA KAYEESA tidak pernah terduga bayi kecil jatuh dalam dakapannya. Sejak peristiwa kematian kakak dan abang iparnya, dia...