Bab 4

680 138 22
                                    

TERKELIP-KELIP matanya memandang gerangan di hadapannya. Tidak sangka mereka akan bertemu lagi sedangkan dirinya berdoa tidak mahu berjumpa lagi. Dia ingat lelaki itu sama tinggi dengannya namun tekaannya salah. Sungguh raut wajah lelaki ini mampu mengkucar-kacirkan hati seseorang. Pakaian lelaki itu serba hitam.

Jacinta merapatkan jarak mereka kemudian mengimbas sekeliling.

“Awak buat apa dekat sini?” soalnya perlahan, cemas.

Lelaki itu hanya merenungnya.

“Perut awak dah okay?” soalnya lagi, memandang sekilas bahagian perut lelaki itu.

“Bukan patut awak rehat lama lagi? Luka awak bukan kecik tapi besar. Kalau awak gerak gerak, macam mana nak baik cepat?” bebelnya tanpa sedar. Hawa semakin meracau, mahu bersama dengan lelaki bahaya itu.

Encik penyamun menutup mulut lalu menoleh ke sisi buat berapa saat. Wajah itu kembali serius.

Didn’t your parents always warned you about talking to stranger danger?” garau lelaki itu bertanya.

Jacinta memandang encik penyamun dengan tajam.

Plus, do not call me penyamun. I’m not that kind of person—”

“Awak orang baik?”

“Tak kata pulak aku orang baik.”

Jacinta terdiam.

“Da da da da.”

Lelaki itu memandang si kecil.

Hello there, little bug.”

Hawa ketawa suka.

Jacinta menghulur si kecil kepada lelaki itu apabila Hawa mula meronta mahu dilepaskan. Lelaki di hadapannya membisik di telinga si kecil sambil meletakkan tangan besar di atas dahi si kecil. Hawa senyum lebar memandang encik penyamun. Hatinya berdegup laju saat melihat pandangan lelaki itu terhadap anak buahnya. Pandangan... seperti kasih saya seorang bapa kepada anaknya.

Tangan melekap ke dada, wajahnya terasa hangat.

You okay, momma?

“O-okey.”

Jacinta menoleh ke kiri, menyorok mukanya.

Mengapa wajahnya tiba-tiba hangat? Suasana terasa agak panas walaupun duduk di bawah penghawa dingin. Jangan kata dia nak demam?

“A-awak dah sihat ke gerak banyak macam ni?” soalnya tanpa menghadap lelaki itu.

Sejak bila dia tergagap-gagap ni? Jangan kata dia ada masalah komunikasi cuma tak tahu saja?

Yes.”

Liar.

Luka besar macam itu ambil berminggu-minggu untuk tutup sepenuhnya.

“Tipu.”

Lelaki itu gelak perlahan. Meremang bulu romanya di tengkuk.

I’ll be fine,” balas lelaki itu ringkas.

Jacinta pusing ke belakang. Pandangannya pada pipi lelaki itu, tidak berani untuk bertentang mata kerana penyakitnya akan menjadi-jadi.

“Suami kau mana? Biarkan isteri dan anak membeli belah sendirian except—” meniup telinga si kecil, “—if he’s working.

Si gadis bermain dengan hujung shawlnya.

“Saya tak ada suami.”

Seluruh tubuh lelaki itu kejung buat beberapa saat.

I’m sorry.”

Kening si gadis bertaut, hairan kenapa minta maaf tapi diangkat bahu.

“Polis ada datang rumah saya tadi, tanya pasal kes lima hari lepas dimana tiga lelaki mabuk cedera beberapa orang di kawasan perumahan saya dimana malam itu awak pecah pasu bunga saya. Dia tanya ada nampak benda pelik tak berlaku...”

Wajah lelaki itu berubah serius.

Drunk men?

Angguk.

Huh...”

And what was your answers?

“Saya cakap saya tak nampak apa-apa. Saya tak tipu dia orang ya... Saya tak nampak benda benda pelik dekat luar melainkan awak pecah masuk dalam bilik stor saya,” balasnya selamba.

Lelaki itu geleng.

“Awak mangsa orang mabuk tu ke?”

Mata mereka bertembung. Jacinta menelan air liur, seram tatkala tiada sinaran di sebalik mata lelaki itu.

Gelap.

No.”

No?

“Habistu? Macam mana awak kena cucuk macam tu sekali?”

Kening sebelah lelaki itu ternaik.

You know how knife wound looks like?

Jacinta angguk.

Semestinya dia tahu, dulu ketika kecil dia terhiris sedikit kulit di betisnya kerana disangkakan tumpul. Sangat cuai kerana bermain dengan pisau walaupun disangka tumpul. Ibu bapanya tidak tahu yang dia bermain dengan pisau pada waktu itu. Lasak sangat caranya waktu kecil bermain.

Yes.”

Lelaki itu meletakkan si kecil yang sudah tidur nyenyak ke dalam stroller. Patutlah diam semacam kalau tak bunyi segala celoteh dan cerita yang mahu disampaikan.

“Macam mana awak dapat luka tu?”

Lelaki itu berpeluk tubuh sebelum mendekatinya. Wajah menawan itu membuatkan penyakit sementaranya datang kembali.

Curiosity killed the cat,” bisik lelaki itu.

Have you heard of stranger danger?

Jacinta berganjak ke belakang setapak.

“Kalau awak jahat, awak dah lama bunuh saya.”

Wajah lelaki itu serius.

Maybe not now.”

Setapak mengundur. Tangan memegang stroller dengan erat. Sedikit bergigil tangannya kerana takut. Dia bukan membawa satu nyawa sahaja tapi dua.

Hujung bibir lelaki itu ternaik.

“S-saya tak nak jumpa awak lagi,” bisiknya, garang.

Jacinta mengetap bibir.

Clever momma.”

Lelaki itu merenungnya buat sesaat sebelum berlalu pergi. Jacinta cuba mengejar langkah lelaki itu di sebalik rak rak barang yang tinggi dan banyak sambil menolak stroller dengan berhati-hati. Kelibat lelaki itu tidak lagi kelihatan. Terpusing badannya mencari susuk tubuh encik penyamun.

Hawa.

Wajah anak buahnya yang lena di pandang.

Your ‘dada’ is very scary, Hawa.”

Bersambung.

Edited.

29 MEI 2023

Yes, do enjoy this.

Thank you.

Barbaric StrangerWhere stories live. Discover now