CHAPTER 47

10.5K 417 12
                                    

Max semakin menggila. Kini sasarannya ialah Ray pula. Ray dipukul teruk oleh Max. Dendam lama yang tersemat di dalam hati sudah menjadi barah... tidak mungkin akan menjadi baik lagi.

Dahlia sudah puas merayu dan menangis supaya melepaskan Ray. Dahlia sudah tidak sanggup tengok Ray disiksa teruk oleh Max. Darah memenuhi wajah Ray tapi Ray tetap berdiri teguh, langsung tidak nampak lemah.

Zach juga puas maki Max walaupun dulu hubungannya dengan Ray bukannya baik sangat. Namun apabila mereka disiksa oleh orang sama memusuhi mereka, Zach jadi marah kepada Max.

"Tolong... tolonglah berhenti... jangan pukul dia lagi... tolonglah..." Dahlia terus merayu demi kebebasan Ray.

"No... sayang... save your tears... don't ever beg to this devil..."

Max ketawa kuat mendengar kata-kata Ray merujuk kepadanya.

"So? I'm the devil now? How about you? And Zach? Bukan kau pun syaitan juga ke? Dengar sini Dahlia... kalau kau nak tahu Ray pun bukannya malaikat yang kau sangkakan."

Max berjalan menghampiri Dahlia yang kelihatan tercengang.

"Dulu Ray juga macam aku. Melakukan kerja-kerja yang bukan suci... apa saja yang Ray tak buat tapi oh, aku lupa... Ray tak buat semua itu sebab semua orang dia yang buat... tapi sama saja kan."

"Tapi Ray... ba... ik..." Dahlia pandang Ray dengan penuh kasih.

"Dia baik selepas dia kahwin dengan kau ja. Sebab dia tak mahu kau tahu dia jahat maka dia berubah jadi baik. Tiba-tiba saja jadi mata-mata polis untuk musnahkan kami." Max ketawa sinis.

"Kau silap Max, aku dah lama tolong polis. Selepas kau keluar dari Black Panther, aku dah tukar Black Panther jadi organisasi yang lebih baik. Di mata kau orang kami masih lagi mafia tapi aku dah tak jalankan kerja-kerja haram macam tu."

Tawa Max melangsi dalam gudang itu. " Mafia nak kadi baik konon. Kalau kau nak baik... kau baiklah seorang. Jangan heret kami sama. Kau dah musnahkan kegiatan kami... macam mana kami nak survive."

"Tapi sekarang kau hanya nak balas dendam kan... kau masih tak puas hati lagi?"

"Ya! Aku tak kan puas hati sebelum aku dapat bunuh kau! Aku benci kau!" Rambut Ray ditarik kuat... Max puas melihat wajah Ray yang menahan kesakitan.

"Then kill me... you have the power now. Just kill me Max then your soul will be in peace but..." Ray pandang Dahlia. "Tapi lepaskan isteri aku. Dia berhak untuk hidup bahagia."

"Tidak!! Jangan bunuh dia!!" jerit Dahlia... kuat. "Abang! Lia nak hidup dengan abang. Tolong... jangan bunuh Ray."

Dahlia menangis semahunya. Dia tidak sanggup kehilangan Ray. Dia rasa kehidupan mereka baru bermula. Dahlia nak bahagia bersama Ray.

Tangisan Dahlia meruntun jiwa Ray. Dia sudah tidak sanggup untuk melihat Dahlia tersiksa bersamanya.

"Okay... I give Black Panthers to you but please let Dahlia go."

Hahaha... Max ketawa bertambah kuat.

"Kau pandai buat urus niaga sebab itu aku cemburukan kau dulu. Rasanya tawaran ini besar nilainya dengan nyawa isteri kau. Bagus... bagus... tawaran yang hebat. Aku suka... aku suka..."

Max kelihatan teruja dengan tawaran Ray. Sememangnya selepas dia bunuh Ray, dia akan ambil alih Black Panthers. Jadi dia akan menjadi ketua Black Panthers dan Drac Empire.

"Black Panthers... Drac Empire... wow! aku akan jadi ketua yang berkuasa. Aku akan takluk dunia mafia di sini." Max gelak puas hati.

Max amat gembira jika dia dapat menguasai kedua organisasi yang kuat ini kerana pertubuhan mafia lain akan tunduk kepadanya.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now