CHAPTER 50

12.5K 471 35
                                    

Ray memicit dahi dengan kuat... pening kepalanya semakin menjadi-jadi semenjak Dahlia mengandung.

Semalam puas Ray serta Black Panthers mencari belangkas untuk Dahlia sampai ke Tanjung Piandang. Nasib baik salah seorang daripada Black Panthers tahu tempatnya, kalau tidak Dahlia akan merajuk lagi dengan Ray.

Hari ini Dahlia mengidam buah teratai pula. Mana nak cari buah teratai dalam musim kering masa ini. Bunga teratai pun tak kelihatan.

"Dah nama macam bunga, mengidam pun nak makan bunga." Karl mencebik melihat Ray dah macam kucing nak beranak... mundar mandir dalam pejabat.

"Dahlia bukan nak makan bunga tapi dia nak makan buah teratai la." Eden mencelah... selalu akan membela Dahlia.

"Mana nak cari hah?" Mike garu kepala.

"Itulah... aku pun pening ni. Nak buat bisnes tak adalah pening macam ni. Kenapa Dahlia tak mengidam durian saja..."

"Kalau durian senang ja... satu lori aku boleh cari. Kau nak durian apa? Musang King? D24? Kucing Tidur? Duri Hitam?" Karl sudah telan liur. Bagi hantu durian sepertinya, dapat makan durian umpama mendapat syurga dunia.

"Dahlia... Dahlia... macam-macam dia nak makan. Nasib baik bukan bini aku." Mike masih termenung memikirkan cara untuk mencari buah teratai.

Keletihan mencari belangkas belum hilang, hari ini mereka perlu mencari buah teratai pula.

"Susah juga kalau isteri mengidam eh, perlukah kita cari sampai dapat? Kalau tak ada... macam mana?" Mike pandang rakan-rakannya.

"Mak aku kata kalau tak dapat makan apa yang diidamkan, anak itu akan..."

"Apa akan jadi pada anak aku?!" Ray potong cakap Eden. Dia tidak sabar untuk mengetahui akan risiko yang bakal berlaku jika dia tak dapat mencari makanan yang diidamkan Dahlia.

"Rasanya anak kau akan cacat kut..." Karl senyum jahat... sengaja nak pekena Ray.

"WHATTTT?!" Ray bertempik kuat.

"Apa yang kau merepek Karl?" Eden turut terkejut dengan pernyataan Karl.

"Betullah... sepupu aku dulu pernah mengidam nak makan pelanduk tapi tak dapat, lepas bersalin... anak dia cacat. Kesian aku tengok dia."

"Ishhh... tak ada kena mengena pun. Aku rasa genetik sepupu kau yang bermasalah bukannya sebab tak dapat makan pelanduk. Kau ingat senang ke nak tangkap pelanduk... jenuh nak cari dalam hutan." Eden menyangkal kata-kata Karl.

Wajah Ray sudah pucat. Dia yang tiada pengalaman mengenai perkara ini rasa tidak selamat. Ray cukup risau jika anaknya dilahirkan cacat. Dia tidak sanggup menerima berita sedemikian.

"Ray, kau jangan percaya cakap Karl. Kita boleh jatuh syirik bila kita fikirkan benda-benda macam tu. Semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi."

"Sejak bila kau jadi ustaz pula ni?" perli Karl.

"Kita dah berjanji nak berubah kan... jadi aku banyak dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Wadi Anuar. Bolehlah tambah pengetahuan... sikit-sikit." Eden senyum sumbing.

Ray, Karl dan Mike terdiam mendengar kata-kata Eden. Eden yang rapat dengan Dahlia selalu mendengar ceramah ustaz-ustaz di YouTube.

Selepas kejadian tempoh hari, Ray dan Black Panthers semakin mendekatkan diri dengan agama. Mereka sudah tidak terlibat dengan kegiatan mafia malah mereka juga sudah tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Namun sekali sekala Fizi akan menghubungi Ray dan meminta pertolongan dalam membenteras kegiatan jenayah yang masih berleluasa.  

"Ray, aku rasa kau terlalu manjakan Dahlia... sebab tu dia minta macam-macam. Kau sebagai ketua keluarga mesti tegas, kalau tak mereka akan pijak kepala kita."

Ray menjegil ke arah Karl... tidak berpuas hati dengan kata-kata Karl.

"I love my wife. I can buy or find anything she wants. Damn it! You better shut your mouth or..."

"Okay... okay... I'm sorry okay. I'll zip my mouth right now."

Karl terpaksa mengalah setelah melihat wajah Ray sudah bertukar bengis... sekali pandang dah macam harimau kumbang... heh.

Mike dan Eden hanya ketawa kecil melihat perbalahan Ray dan Karl. Mulut Karl memang cukup laser walaupun sedang bercakap dengan Ray.

Gedegang!!!

Pintu pejabat dibuka kasar. Muncul Dahlia dengan wajah masam mencuka. CT yang berada di belakang Dahlia hanya tersenyum melihat wajah pucat keempat lelaki gagah perkasa itu.

"Sa... yang... ke... na... pa..." Ray tergagap melihat Dahlia dah macam singa betina sakit gigi. Hehehe.

"Apa yang korang cakap pasal Lia?" Dahlia perhati seorang demi seorang. Mata menikam tajam terutamanya kepada Karl. "Abang! Kalau Lia ni manja... hantar Lia balik kampung!"

"Tak... tak... sayang... bukan itu maksud abang. Karl ni..."

"Betullah... kau memang manja. Sikit-sikit mengidam. Kalau nak makan benda senang tak apa juga... ni tak, yang bukan-bukan kau nak. Kau ingat kami tak ada kerja lain?"

Karl!

Karl!

Karl!

Karl!

Sebaik saja Karl habis cakap, semua yang berada di situ menjerit kepadanya.

Huwaaaa!!!!

"Sayang!!" Ray sudah panik melihat Dahlia meraung. CT juga kelihatan gelabah melihat cik puannya menangis dengan kuat.

Karl hanya tersengih jahat. Dia cukup seronok melihat semua orang gelabah apabila Dahlia buat perangai.

"Kan aku dah kata... dia memang manja."

Raungan Dahlia bertambah kuat membuatkan Ray hampir mengeluarkan pistol untuk menembak Karl yang celupar.

"Bos! Saya tahu kat mana nak cari buah teratai." Kemunculan Abu meredakan keadaan yang tegang.

Abu kini bekerja dengan Ray selepas dia menyelamatkan Ray dan Dahlia. Walaupun Zach menawarkan kedudukan yang tinggi kepada Abu namun Abu menolaknya dengan baik.

Abu tidak mahu terlibat lagi dalam dunia jenayah. Dia lebih rela menganggur daripada terlibat dalam kegiiatan haram lagi.

Ray menawarkan kerja di mansion sebagai salah seorang pengawal. Abu menerimanya dengan senang hati.

"Di mana?" Mereka bertanya serentak.

"Di Bangkok, Thailand. Orang Siam kan memuja bunga teratai jadi mesti bunga teratai banyak terdapat kat sana."

"Yeayyy..." Karl, Mike dan Eden menjerit suka.

"Dah kenapa pula kau orang lebih suka daripada Dahlia?" Ray geram pula dengan telatah mereka bertiga... melompat bintang di dalam pejabatnya.

"Aku dah lama tak mengurut, badan pun dah lemau."

"Aku lapar tomyam Abe Rokib. Lama tak makan tomyam, ikan siakap tigarasa, kerabu betik, daging Danok..."

"Aku dah lama tak tengok gadis-gadis gebu kat sana..."

"Hoi! Kata dah insaf!"

"Abu... sediakan kereta. Kita bertolak sekarang." Ray tarik tangan Dahlia yang sedang tersenyum lebar.

Sampai juga hajatnya nak makan buah teratai. Tanpa pengetahuan Ray, Dahlia mengenyit mata kepada Abu dan CT.

Ray, Karl, Mike dan Eden tidak tahu yang Dahlia merancang dengan CT dan Abu mengenai perkara mengidam buah teratai.

Sebenarnya Dahlia sudah bosan dikurung dalam mansion sejak mengandung. Dahlia langsung tidak dibenarkan membuat sebarang pekerjaan.

Jemu asyik terkurung maka timbullah idea mengidam buah teratai yang terdapat di Thailand. Selain dari dapat makan buah teratai, mereka dapat melancong juga.

Dahlia hanya tersenyum senang apabila rancangannya sudah berjaya.

Licik juga Dahlia sekarang ya.

Happy reading guys. Thank you for your votes. Got one more chapter to go.

ALEXANDER RAY: UNEXPECTED MAFIA HUSBANDWhere stories live. Discover now