enam

3 0 0
                                    

"TAKE five. Jam 10 kita sambung balik."

Min menghela nafas serentak dengan kata-kata Cikgu Liyana. Kepalanya langsung dijatuhkan ke atas meja yang dipenuhi dengan kalkulator saintifik, pen yang berterabur, pemadam, pensil, kertas soalan dan kertas kajang. Di sudut meja berdiri botol air mineralnya. Mujur saja keluasan meja itu tidak seperti meja sekolah biasa. Muat untuk meletakkan segala barangnya. Tak kisahlah orang nak kata semak ke tak terurus ke, apa yang penting dia boleh capai apa saja yang dia perlukan tanpa perlu membuka beg berkali-kali.

"Penat eh?"

Min tersentak. Hud yang duduk di sebelah kanannya itu ke yang menegurnya? Bila tak ada yang menjawab, dia agak soalan itu memang untuknya. Min mengangguk sebagai jawapan.

"Penat mental. Dah tahap nak muntah tengok semua soalan ni." Min menjuihkan bibir ke arah kertas soalan yang masih terbuka di atas meja.

"You sound like you have an unresolved problem with add maths."

"I'm not going to deny that." Min tongkat dagu di atas meja.

Hud ketawa kecil. Tak berselindung langsung. Memang sungguh-sungguh tak suka matematik tambahan nampaknya budak Min ni.

"Aku tengok kau chill je buat kerja. Siap boleh humming Fantastic Baby lagi. While aku dekat sebelah ni dah gaya apa." Min kembali sandarkan belakang badan ke kerusi. Wajahnya diraup.

"Kau dengar ke weh?" Hud tepuk dahi sendiri. Aduh! Tak sangka jiran sebelahnya itu boleh dengar. Padahal sudah habis perlahan dia duk ulang part Taeyang tadi. Part Taeyang je mampu. Part Top, hmm kena pinjam tong oksigen dari klinik kesihatan dulu. Mamat tu rapping gaya macam kena kejar anjing kot. Tak bernafas dibuatnya.

"Mestilah!" Min tergelak. Terhibur sekejap. Waktu dia stress hadap soalan fungsi trigonometri tadi, sayup-sayup terdengar suara Hud menyanyi. Dia boleh cam jirannya itu sedang 'bersenandung' Fantastic Baby kerana itu memang lagu kegemarannya! Dalam PC dekat rumah, dia dah siap-siap download lagu itu.

"Min. Nak pergi toilet tak?"

Satu suara yang tiba-tiba menegur membuatkan Min menoleh. Kelihatan Jun sedang berdiri di hadapan kelas. Kepalanya digelenggkan sebagai jawapan kepada soalan Jun.

"Aku pergi dengan Nabilah kejap eh?"

Min angkat thumbs-up.

"You should go to the toilet though. Basuh muka sikit. Nanti kena sambung add maths lagi," ujar Hud, memberi cadangan. Ada setengah jam lagi sebelum kelas malam ini berakhir.

"Ah, you're right." Min mengangguk lemah. "But, I'm too tired to even to get on my feet. Dalam kepala nampak katil je duk memanggil-manggil." Baru hari pertama sesi akademik berlangsung, tapi dia sudah mula rasa menyesal kerana bersetuju untuk sertai kem ini. Nak kata jadual pack, tak adalah pack sangat. Pack lagi waktu di sekolah. Tapi, tak tahu kenapa dia penat gila! Mungkin kerana baru hari pertama. Mungkin...

Hud tersenyum mendengar rungutan Min. Satu sisi gadis itu yang baru dilihatnya hari ini. Dia keluarkan sesuatu dari poket begnya.

"Nah." Hud tolak Cloud 9 Wafret Twins ke arah Min.

Pandangannya jatuh ke arah Cloud 9 itu sebelum naik semula ke wajah Hud.

"Take it."

"Thanks." Min tak banyak soal. Dah orang bagi, takkanlah dia nak menolak. Orang kata, rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari. Kan?

"You're welcome." Hud angkat thumbs up. Setelah itu dia kembali membelek kertas soalan. Mahu melihat kalau-kalau ada soalan yang masih belum dijawab. Mana tahu ada yang terlepas pandang.

Plastik coklat itu dikoyak sambil pandangannya ditala ke arah Haziq dan Umar yang sedang bermain thumb war. Yusof yang duduk di hadapan Hud pula sudah meletakkan sisi kepala di atas meja. Mata terpejam rapat. Mengantuk sangat agaknya. Mata tertancap pada Qistina dan Daniah yang sedang menekan kalkulator. Nampaknya, bukan Hud seorang sahaja yang belum jemu menilik kertas soalan. Qistina dan Daniah juga begitu.

"Nak?" Min menyoal sambil menghalakan plastik coklat ke arah Hud, mempelawa.

"Takpe. Kau makan je." Hud menolak.

Min mengangguk tanpa banyak soal. Terus sekeping coklat disumbat ke dalam mulut. Sebaik rasa manis menyentuh lidah, automatik mata terpejam. Nikmat terasa.

"Kau layan K-pop jugak, Min?"

Soalan Hud itu membuatkan Min yang leka mengunyah langsung mencelikkan mata. Tanpa menunggu lama, laju dia mengangguk. "Kau pun?"

"A'ah." Hud tersengih. "Tapi, aku mostly dengar lagu Bigbang. Group lain tak sangat. Tapi still, aku ada jugak dengar Infinite, 2PM, Beast, Suju, SNSD semua tu."

"Oh... Kira kau VIP la ni?" VIP itu merujuk kepada nama fan club Bigbang. Bukan 'very important person' okey?

"I guess so." Hud jungkit bahu dengan sengih yang belum terpadam dari bibir. "Kau?"

"Aku sama jugak macam kau. Tapi, lately ni aku ada berkenan dengan satu group baru ni."

"Group mana? Bangtan tu ke?"

Mata Min membulat. Terkejut. "Kau tahu group tu, Hud?"

"Tak familiar sangat. Aku tahu pasal group tu dari adik aku. Dia tak habis-habis promote lagu No More Dream tu."

Min spontan tergelak. "Pastu kau dengar tak?"

"Haruslah dengar Min... Kalau tak, merengek tak sudah-sudah budak tu." Fikiran langsung melayang teringatkan si bongsu, Hannah.

Min tergelak lagi. Terhibur mendengar kata-kata yang berbaur rungutan itu. "Girl group kau dengar SNSD je ke?"

"Yup." Hud mengangguk. "Itu pun jarang-jarang. So mostly memang dengar abang-abang K-pop je lah."

"Faham-faham." Min tersengih. Baki coklat di dalam plastik dikunyah sehingga habis. Plastik itu kemudiannya dilipat ala kadar sebelum disumbat ke dalam pencil case. Nanti kelas tamat, dia buang ke dalam tong sampah. Buat masa sekarang, Min terlalu malas untuk menapak ke tong sampah yang terletak di luar bilik belajar.

"Min. Kau datang kem ni, sorang-sorang ke?"

"A'ah. Solo je. Kau pun kan?"

"Yup. Aku sepatutnya datang bertiga. Tapi, kawan aku yang dua orang tu kena join pertandingan chess. So terpaksalah datang sendiri."

"Pastu kenapa tak ada pengganti? Student lain?"

"Unfortunately, pihak kem tak kasi buat replacement. Itu apa yang cikgu aku kata la. Sebab nanti pihak kem akan kasi semua bahan, modul yang kita dapat ni dekat budak-budak yang tak dapat datang."

"Faham... Make sense jugak sebenarnya cara tu, kan? I mean, walaupun dia orang tak dapat datang, tapi they still deserve all those bahan."

"Betul." Hud mengangguk. Setuju. Dia, Min dan peserta-peserta lain terpilih berdasarkan keputusan peperiksaan baru-baru ini. Jadi, walaupun terdapat beberapa orang peserta yang tidak dapat hadir, mereka tetap juga layak untuk menerima setiap modul, kertas soalan bahkan bahan bantu mengajar yang dibekalkan oleh pihak guru dan pihak kem. 

OG | Hikayat 2014Where stories live. Discover now