lapan

5 0 0
                                    

MINGGU baru. Hari Isnin. Perhimpunan rasmi diadakan buat kali pertama. Para fasilitator dan guru-guru yang ada sama pada pagi itu memenuhi kerusi yang diususun rapi di bahagian hadapan dewan. Para pelajar pula dibahagikan kepada dua bahagian. Pelajar lelaki di sebelah kiri dewan, dan pelajar perempuan di sebelah kanan dewan. Perhimpunan rasmi ni tak ubah pun macam perhimpunan rasmi dekat sekolah. Yang bezanya, tiada ucapan pengetua dan nyanyian lagu sekolah. Itu saja.

Dan, sama seperti perhimpunan sekolah, dekat perhimpunan ni pun ramai pelajar yang lebih berminat untuk membuat hal sendiri daripada mendengar taklimat yang disampaikan para guru atau para fasilitator termasuklah Qistina yang duduk di sebelahnya. Gadis itu selamba membaca novel entah apa tajuknya. Min sendiri pun sedang menelaah nota poket Kimia.

“Min.”

“Hmm...” Min menoleh ke sebelah.

“Have you ever stumbled upon this word?” Qistina menyoal Min sambil menghalakan jari telunjuknya pada sepatah perkataan yang dia jumpa dalam novel English yang sedang dibacanya tu.

Min talakan pandangannya ke arah buku Qistina. “Sumptuous?”

“That’s how you pronounce it?”

Min mengangguk.

“Maksudnya apa?”

“To put it simply, it means luxurious.”

“Ah...” Qistina mengangguk faham. Baru dia tahu dan faham kenapa perkataan ‘sumptuous’ tu diguna pakai oleh penulis dalam novel yang sedang dibacanya ini. Mujurlah dia duduk di sebelah Min. Bolehlah dia tanya gadis tu. Dia tahu Min mahir dalam bahasa Inggeris kerana setiap kali kelas bahasa Inggeris, Min tidak punya banyak soal untuk berkomunikasi dalam bahasa asing itu. Tidak sepertinya yang sangat sukar untuk bertutur dalam bahasa itu.

“Thanks, Min,” ujarnya sambil menepuk perlahan kekura tangan Min.

“My pleasure, Qistina.”

“Min mesti banyak baca buku kan?”

“Boleh dikatakan gitu. Tapi, lately ni tak membaca sangat.” Jujur Min memberitahu. Kebelakangan ni dia sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang tak pernah habis. Siap satu kerja, muncul kerja baru pula. Dengan aktiviti ko-akademiknya lagi yang turut sama memerlukan perhatian.

Waktu form four dulu, setiap kali balik bercuti dari asrama, dia wajib ajak ibu atau ayah menemaninya ke kedai buku. Kalau tak ke kedai buku, cukup hantarnya ke perpustakaan pun jadilah. Tapi, bila dah jejak form five ni, dia jarang sangat pergi kedai buku. Kalau beli apa-apa bahan bacaan baru pun, selalunya ditinggalkan saja di rumah. Buat kutip habuk atas rak. Sumpah tak ada masa nak baca buku lain selain daripada buku-buku sekolah.

“Saya jarang baca buku. Lately ni baru nak pupuk minat membaca balik,” ujar Qistina sambil tergelak kecil. “Novel english favorite Min apa? Nanti boleh saya try baca.”

Min tidak terus menjawab. Berfikir. Apa novel kegemarannya eh?

“Hmm, I would say The Kite Runner.”

“The Kite Runner? Macam pernah dengar.”

“It’s kinda popular. Jalan cerita novel tu agak heavy. Tapi, for me interesting. Kalau Nabilah nak baca, memang kena prepare tisu banyak-banyak. I ensure you, bukan sekali dua air mata menitik,” ujar Min sambil tergelak kecil.

Ah, masih segar dalam ingatan sendiri bagaimana teruknya dia menangis sewaktu membaca novel karya Khaled Hosseini tu. Sampai migraine dibuatnya. Mata pun bengkak macam kena tumbuk. Bukan setakat air mata, air hidung pun keluar sama. Tapi, dia tak menyesal sikit pun baca novel tu memandangkan dia memang suka baca cerita yang sedih-sedih. Lagi-lagi bila novel tu sarat dengan pengajaran yang boleh diguna pakai sebagai refleksi hidupnya sendiri. Untuk mengira betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada dirinya. Nikmat dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia ni saja pun sudah tak ternilai.

OG | Hikayat 2014Where stories live. Discover now