+*:ꔫ:*﹤
one and half year later...
Kahar masuk ke dalam perkarangan sekolah dengan motosikalnya. harini merupakan hari pertama dia sebagai pelajar tingkatan 5. cepat sahaja masa berlalu. tahun ni dia dah jadi calon SPM. dan selepas setahun nanti tamat riwayat hidup dia sebagai pelajar sekolah.
awal pagi tadi dia sudah diceramah oleh bondanya. dia diingatkan berkali kali yang tahun ni merupakan tahun penting. Kahar kena mula focus dalam pembelajaran.
tapi Kahar walaupun dia tak fokus sangat dalam kelas. dia tetap student cemerlang. so what he needs to worry about?
Kahar memarkir motornya di tempat khas yang disediakan buat pelajar. sampai sahaja di situ dia lihat ada Naim dan Fakhri yang masih duduk di atas motosikal masing masing.
"woi buat apa?" tegur Kahar. enjin motornya dimatikan dan dia pun membuka topi kaledar. rambut kerintingnya yang kelihat serabai dibetulkan melalui cermin sisi motor.
"tengah menguli tepung ni tak nampak ke?" sindir Fakhri. member awal awal dah cari pasal.
"haah aku memang tak nampak tu aku tanya bodoh" jawab Kahar. pagi pagi lagi nak cari masalah. atleast ucaplah good morning dulu ke ni tidak.
"pagi pagi dah cari gaduh. tak ada, kitaorang malas lagi nak masuk sekolah tu lepak sini dulu" jelas Naim dengan jujur. sebelum tu sempat dia tumbuk Fakhri. tak sampai satu jam dekat sekolah dah nak cari gaduh.
"kau cuti apa macam? seronok?" tanya Naim. dia tahu si Kahar kalau cuti sekolah panjang memang akan fly jauh jauh dengan family dia.
"biasa je. this year aku dengan family aku pergi Japan" jawab Kahar. walaupun biasa tapi Japan pada dia salah satu negara yang paling enjoy dia pergi setakat ni. sebab ada salji.
"eh family kau tak ada nak amik anak angkat ke?" tanya Fakhri. dia pun teringin jugak nak pergi oversea setiap tahun. family dia bukan tak kaya, dia pernah je travel luar negara tapi tak adalah every year macam Kahar ni.
"kalau ada pun, tak nak aku amik kau masuk dalam family aku" balas Kahar. dia balas balik untuk Fakhri yang memerli dia tadi.
"ehh dah lah jom masuk lagi 5 minit nak bunyi loceng ni" kata Naim. dia menggeleng pasrah. dia tak faham kenapa kawan dia dua orang ni asyik nak berbalas mulut je.
"baiklah abang pengawas" kata Fakhri dan Kahar serentak dengan tabik.
antara mereka bertiga, Naim sahaja yang ada jawatan. dia bukan nak sangat pun. dia kena paksa dengan family dia. katanya membantu dia untuk masa depan.
mereka bertiga pun turun daripada motor masing masing dan berjalan masuk ke dalam sekolah.
Fakhri dan Kahar masuk ke dalam barisan kelas. Naim pula pergi ke hadapan pentas. harini tugas dia kena angkat bendera.
"nasib baik perhimpunan setiap hari isnin je" kata Kahar. dia tak suka berkumpul macam ni. rimas dan panas.
"kan... kalau hari hari memang aku ponteng. aku yakin harini kebas punggung kita dengar pengetua berucap" balas Fakhri. dia jamin dia akan tersengguk sengguk tahan mengantuk kejap lagi.
"sepatah dua kata je bro" Kahar memerli sambil ketawa. sepatah dua kata tu cukuplah rasanya kalau dia nak buat karangan 1000 patah perkataan.
mereka berdua pun duduk di kedudukan yang paling belakang sekali dalam barisan. tak padat sangat.
"welcome back to school kepada semua pelajar Kolej Ungku Deramat dan selamat datang buat pelajar baru" pengetua memulakan ucapan.
Fakhri dah mula menguap. dia tak boleh dengarlah suara pengetua dia rasa macam kena jampi.
Kahar mengeluh bosan. setiap tahun ulang ucapan yang sama. eh bukan, setiap kali habis cuti sekolah dia akan dengar ucapan yang sama daripada pengetua. dia macam dah boleh hafal patah demi patah.
sedang Kahar membuat hal sendiri, dia ternampak seorang gadis.
gadis itu sama seperti Fakhri, dia sedang cuba menahan mata. kepala dia berkali kali terjatuh di belakang badan pelajar yang duduk di hadapannya.
gadis itu kemudiannya mengambil beg sekolahnya dan dipeluk sebagai bantal untuk mengalas kepala. dan selepas itu, dia pun terlena.
Kahar yang dari tadi menonton tergelak kecil melihat gelagat gadis itu.
"comel"
﹥*:ꔫ:*+゚
YOU ARE READING
pintu hati; phc au
Teen Fiction❝ no one can enter my heart ever again ❞ ― lowercase intended warning: curse words! start: 8th of April 2023 end:- @ieqachoii | 2023