C2 | pintu hati ¡! ❞

213 16 0
                                    

+*:ꔫ:*﹤

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+*:ꔫ:*﹤

Kahar, Fakhri dan Naim berjalan ke dewan makan untuk waktu rehat. dari jauh mereka tengok barisan sangat panjang. masing masing mengeluh kecewa.

Kahar kalau boleh nak je gunakan ketampanan dia untuk minta potong barisan. tapi tak macho lah kan potong potong barisan ni.

Fakhri pula dia kalau boleh memang nak mencelah je. dia peduli apa kalau orang tak suka? hidup jangan fikir sangat pasal orang, fikir pasal diri sendiri je penting. #loveyourselffirst

Naim sebagai pengawas pun tak nak kalah. dia nak je guna kuasa dia untuk arahkan semua pelajar bagi dia dan kawan kawan dia laluan.

ha eloklah tu perangai tiga tiga, memang elok jadi kawan.

"kita tak boleh order fast food je ke?" tanya Fakhri. hilang semangat dia tengok dewan makan sesak macam ni.

"kau ingat ni sekolah atuk kau ke?" tanya Naim balik. dia pun tak pasti boleh ke tidak sebab tak pernah ada orang buat. jadi dia assumed tak boleh je lah.

"eh tak boleh ke?" tanya Kahar pula. dia baru je nak cuba cuba order MCD.

"aku pun tak tahu actually" balas Naim pula. dia rasa macam idea Fakhri tu bernas juga.

Fakhri dan Kahar memandang Naim tajam dengan hujung mata.

"tak ada pilihan kita ni" kata Naim.

Fakhri dan Kahar mengangguk sahaja. mereka redha.

mereka bertiga pun membawa langkah yang penuh berat hati pergi ke barisan yang paling belakang sekali. mereka melihat cemburu pada pelajar pelajar yang sedang makan. itu lah siapa suruh turut lambat.

masuk sahaja barisan mereka bertiga pun bersembang.

"sekolah kita memang satu je ke teacher English?" soal Kahar.

"apasal kau tanya macam tu?" tanya Naim balik. random betul soalan.

"tak adalah dari kita form 1 sampai form 5 Puan Faniza je yang ajar english" jawab Kahar.

Fakhri dan Naim pun terfikir benda yang sama. iya tak ya juga.

"kenapa kau dah bosan ke tengok muka dia?" tanya Fakhri balik. dia suka subjek English sebab
Puan Faniza. cara dia ajar interesting. bukan baca buku semata mata.

"agaklah tapi dia cantik jadi tak bosan sangat" balas Kahar sambil tersenyum gatal.

"sial kau dengan cikgu pun jadi ke?" tanya Naim. tahulah muka handsome tapi jangan cikgu pun kau nak pancing.

sedang mereka seronok bergelak ketawa, mata Kahar ternampak satu susuk badan yang cuba memotong barisan. dia pun cepat cepat bertindak.

tak boleh jadi. perut dia dah berbunyi dah ni kelaparan.

"eh eh cik adik nak pergi mana?" Kahar menarik bahu gadis itu ke belakang.

gadis itu yang rasa bahu dia disentuh dengan tiba tiba cepat cepat menepis.

"apa pegang pengang ni?" tanya gadis itu.

dia memusing badan ke belakang dan lihat ada tiga orang lelaki sedang memadang tak puas hati.

"kau tu tak nak pergi mana?" tanya Fakhri. dia menyilang tangan ke dada.

"aku nak pergi stor komuniti ni kau tak nampak ke?" perli gadis tu.

"eh minah, dah lah pendek ada hati nak melawan" geram Fakhri. tangan dia kepal untuk menahan sabar. tak elok pukul perempuan. kita lelaki harus jaga wanita.

gadis itu terbeliak mata. apa mamat ni kata dekat aku? pendek? that is so insulting.

"cik adik, ni tempat kami. kalau nak beratur sila ke belakang ya" kata Kahar lembut. dia memang nak tunjuk macho dulu. tak mahulah jadi macam Fakhri terus marah marah.

"cik abang, saya tak nampak pun ada orang dekat sini tadi" balas gadis itu dengan senyuman palsu. dari hujung mata dia nampak Fakhri sedang merenung tajam ke arahnya.

dia sikit pun tak takut.

"tapi... kau nampak kami dekat sini kan?" Naim pula bersuara dengan jari menujuk ke arah tempat mereka berdiri sekarang. dia dah lah lapar ni, nak kena melayan minah ni pulak.

"tak nampak pun" jawab gadis tu selamba. dia tipu, dia nampak je sebenarnya. tapi siapa suruh bersembang tak ingat dunia. dia ingat orang dalam dunia ni nak tunggu diorang je ke?

"eh siallah perempuan ni" Kahar dah tak boleh tahan sabar dia pun jalan ke arah perempuan itu.

namun belum sempat dia capai perempuan tu ada lagi seorang lagi perempuan datang menyampuk.

Iris Amani.

"eh Helena dah dah lah tu" Iris merangkap kawan kepada Helena menarik gadis itu jauh daripada tiga orang lelaki tu.

"dah dah apa?" tanya Helena. dia masih tak puas hati lagi ni.

"Iris, kau pergi bawak kawan kau ni. buat hilang selera makan aku je" suruh Fakhri.

Helena dah benggang. dia baru sahaja mahu membalas, mulut dia ditekup oleh Iris dan dia dibawa pergi ke belakang barisan.

"kau tak ada orang lain ke nak cari gaduh?" bisik Iris pada Helena. sambil tangan dia masih menekup mulut Helena.

"dah kenapa aku tak boleh gaduh dengan diorang?" tanya Helena selepas Iris melepaskan tekupan pada mulutnya. nasib baik dia tak sempat jilat lagi tangan Iris.

dia mendengus kasar bila melihat mereka kembali beratur di paling belakang dalam barisan.

"no, after this kau jangan cari masalah dengan diorang bertiga" suruh Iris. dia bagi amaran ni.

Helena berdiam. tapi tak bermaksud dia setuju. kalau lepas ni dia nampak lagi salah seorang daripada mereka memang kena makan makian je.

﹥*:ꔫ:*+゚

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 23 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

pintu hati; phc auWhere stories live. Discover now