BAB 2 💋

1K 48 2
                                    

KASUT disarung sambil tangan di sebelah kiri menggendong satu beg plastik yang berisi bekal nasi goreng buatan si ibu. Terhuyung-hayang beg plastik itu apabila badannya tidak seimbang dek kerana menyarung kasut loafer di kaki.

"Ma, Niel gerak dulu!" izinnya kepada si ibu. Berkerut dahinya kerana tiada sahutan yang diterima.

"Ma?" jeritnya sedikit kuat. Terjengah-jengah kepalanya melalui pintu rumah, mahu mencari kelibat si ibu.

"Ye! Sabar sikit Nathaniel Alore. Mama baru aje siap cuci tangan. Tak reti menyabar!" bebel Puan Nayla sambil melepaskan apron di badan. Pintu utama rumah agamnya dituju.

"Hehe." tersengih saja yang mampu dibalas. Tidak dinafikan, Nathaniel Alore banyak mengikuti personel bapanya, Tuan Aqif Tariqat. Jenis tidak menyabar. Entah apa yang hendak dikejarkan pun tak tahu lah.

Manakala si puteri, Neshele Alora banyak mengikut perangai si ibu. Kuat membebel dan kuat merajuk. Tapi rasanya semua perempuan ada sikap begitu, kan? Memang sikap semula jadi gamaknya.

Neshele Alora.

Ingat lagi hari di mana sang ibu menjerit seperti orang kerasukan selepas mengetahui anak perempuannya hilang saat kemalangan berlaku.

Puas mereka mencari di merata tempat namun jalan buntu yang diterima. Bahkan polis dan bomba turut serta mencari si kecil Alora di sekitar tempat kejadian.

Tan Sri Aleef dan Tuan Asyaari turut serta campur tangan untuk membantu. Tidak pernah mereka putus asa untuk mencari si kecil Alora.

Siang, malam sampailah pagi masuk ke petang, pencarian tidak berhenti langsung.

Akibat pencarian yang mengambil masa terlalu lama hingga mencecah setahun, polis dan bomba mengambil keputusan untuk memberhentikan operasi pencarian kerana hanya jalan buntu yang mereka dapati.

Puas di serata tempat mereka jejaki tetapi langsung tiada tanda-tanda Alora pernah berada di situ.

Bagaimanapun, Tuan Aqif, Tuan Asyaari dan Tan Sri Aleef tidak pernah berhenti untuk mencari.

Habis semua orang bawahannya disuruh untuk membantu bahkan ditambah pula dengan orang upahan Tan Sri Aleef.

5 tahun. 5 tahun bukan lah masa yang sekejap, lebih-lebih lagi untuk Tuan Aqif dan Puan Nayla. Untuk habiskan sehari tanpa khabar tentang sang puteri saja mereka tidak larat. Susah di hati tidak usah dikata. Doa mereka kepada Sang Maha Pencipta tidak pernah putus.

Tatkala mereka semua hampir mengibarkan bendera putih dan meredhai apa yang telah terjadi, maka datanglah satu kewujudan di mana ada sepasang suami isteri datang menghantar seorang kanak-kanak perempuan sebaya dengan Neshele Alora ke rumah Tuan Aqif.

Pada mulanya mereka tidak percaya dan berasa was-was, namun apa yang membuat mereka yakin bahawa itu adalah anak mereka ialah tahi lalat di leher dan di tengah pusat si kanak-kanak.

Kanak-kanak perempuan tersebut juga memberikan reaksi yang sepatutnya seorang anak yang sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapa kandungnya sendiri. Selok belok rumah juga diterokai bagai sudah pernah menginap di situ. Yang paling meyakinkan mereka adalah komunikasi dan reaksi si abang ketika berjumpa semula dengan adiknya. Senyuman dan tindak balas antara mereka yang membuatkan mereka pasti itu adalah si puteri yang dicari-cari selama ini.

Syukur. Itu saja yang mereka rasa tika itu.

Pulangnya seorang Neshele Alora ke rumah itu ibarat mewarnakan semula lukisan yang telah pudar warna asalnya. Rumah yang suram telah kembali ceria dan keluarga yang bersedih akhirnya gembira.

Tan Sri Aleef dan Tuan Asyaari turut menumpang bahagia. Tiada lagi kesedihan di dalam keluarga itu. Lega hati mereka apabila melihat senyuman yang kian terbit semula pada bibir mereka sekeluarga.

[EDITING] | ALORA : HIS LOST QUEENWhere stories live. Discover now