Bab 1

1 0 0
                                    

Suasana bilik berlantaikan batu menjadi tempat pembaringan Azril. Habuk-habuk dari siling jatuh perlahan-lahan memasuki mata lelaki berpakaian serba jingga itu. Lantas menggosok matanya yang gatal.

Bilik yang tidak punya tingkap atau lubang. Cuma tinggal ruang besi yang boleh diselak ketika petugas datang membawa makanan .

Begitulah hidup Azril sejak 2 bulan yang lalu. Hidup segan mati tak mahu sebab yang berpuru selalu hendak menggaru.

Klak

Bunyi jendela kecil milik pintu besi itu diselak laju

"Wan Azril Muhaimin bin Wan Zawawi"

Di celah itu hanya bisa dilihat mulut yang dikelilingi misai yang agak tebal. Suara itu memanggil nama Azril lalu  kunci besi dibuka .

Beberapa lelaki berpakaian hitam lengkap bersama topi hitam melangkah masuk ke dalam sel milik Azril lalu mengheretnya keluar.

Azril dibawa keluar dari sel sempit itu. Badannya dipapah 2 orang lelaki. Kaki Azril diseret lantai.

Mereka melalui laluan yang dikelilingi pepalang besi yang diisi pelbagai jenis manusia didalamnya. Ada yang berbadan besar ,lagak seorang ahli gusti. Ada yang berbadan kurus ,mukanya sugul tinggal mulutnya dipenuhi jahitan jahitan kecil.

Semua mata tertumpu pada pergerakan Azril. Ada suara - suara kecil berbicara halus di sebalik pepalang besi.

Sampai di hujung koridor itu terdapat satu pintu yang menuju ke sebuah bilik yang luas. Silingnya tinggi ke atas tidak kelihatan batasnya dek gelap bilik itu.

Dalamnya berdiri beberapa orang lelaki memakai sarung hitam di kepala mereka. Ditengah bilik itu terdapat sebuah platform tinggi yang dilengkapi tali tebal yang tergantung kemas di atas palang

"Wan Azril Muhaimin bin Wan Zawawi"

"Beradanya kau disini atas kesalahan mengedar ganja sebanyak 400kg,membunuh 3 orang wanita,rasuah,membunuh seorang warga tua,memperdagang manusia "

"Dengan itu kamu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati"

Azril terjelepok jatuh di atas lantai merintih perlahan.

Dalam hatinya pelbagai perasaan mulai menerkam hatinya. Tangannya cuba untuk menggengam kuat baju yang dipakainya.
Rasa dikhianati,marah,sedih semua bercampur sekali.

Mana tidaknya,bos kongsi gelap yang pernah disertainya, Aaron Meng menjadikannya kambing hitam semata-mata untuk menyelamatkan air mukanya sendiri.

"Sial" getus hati Azril

Badan Azril ditarik ke atas platform. Azril yang lemah dan tidak berdaya itu hanya mampu merintih perlahan. Tidak ada gunanya lagi dia berlawan. Sekarang cuma tinggal beberapa detik lagi sebelum tengkuknya patah di atas tali.

Kepala Azril disarung sehelai sarung gelap. Pandangannya gelap. Hanya boleh merasa lantai platform yang mengigatkan Azril kembali tentang kehidupannya di sel yang rasanya serupa seperti sekarang.

Telinga Azril dapat menangkap bunyi tapak kaki lelaki - lelaki bersarung hitam itu bergerak di sekitarnya.

Krakkk

Bunyi pintu dikuak perlahan kedengaran. Azril mendengar beberapa tapak kaki lain menghampirinya. Lagaknya seperti ramai yang baru masuk ke bilik tersebut. Rata rata bunyi itu kedengaran agak pantas memenuhi ruang itu. Namun satu daripada detapan itu kedengaran seperti berjalan dengan tenang dan agak perlahan.

Detapan perlahan itu menuju ke arah Azril.

"Yang ini ke"

Suara serak basah seketika memenuhi ruangan bilik itu

Suara itu tidak dibalas sesiapa.

Suasana menyepi dengan tiba tiba.

Jantung Azril yang berdegup kencang tadi tiba -tiba ibarat mati seketika.

Agak keliru dengan apa yang baru sahaja berlaku.

Ingin saja dia buka topengnya melihat sosok yang baru tiba itu.

Apakan daya tangannya terikat kemas di belakang badan.

Suara itu tadi menghampirinya. Bunyi itu seakan akan tidak jauh walaupun sejengkal dari telinga milik Azril.

"2 choice. Die now or later. Make it quick"

Kata lelaki misteri itu sambil membetulkan jam tangannya.

Azril diam seribu bahasa. Apakah masih punya harapan untuk Azril meneruskan sisa hayatnya yang tinggal? Benarkah masih punya sinar untuk bernafas pada esok hari?

BURUWhere stories live. Discover now