one

48 6 1
                                    

"Aufa?" semua memandang ke meja kosong itu. Begnya ada tapi orang nya tiada.
Cikgu Zack mengeluh untuk ke berapa dah.
Berat sungguh keluhan dia sekarang.

Seorang pelajar mengangkat tangan.
"Dia datang, cikgu. Tapi dia dah keluar." Maklum pelajar lelaki itu. Dia nampak dengan mata, hidung, kening, bulu mata, bibir, tahi lalat dan kepala sendiri. Sumpah! Tak tipu.

"Hmm tak apa, kita sambung pelajaran semalam ya? Sesiapa nanti tolong maklum kan kepada Aufa," semua membisik dari dua orang menjadi berkumpulan. Tidak fokus langsung apa yang cikgu ajarkan di dalam kelas sejarah.

"Kenapa lah cikgu disiplin tak ada buat apa-apa tindakan pun dekat mischief maker?"

"Alaa tak kan kau tak tahu, dia kan..." Kata-kata pelajar perempuan itu dicantas oleh satu suara dari luar kelas. Semua menoleh begitu juga cikgu sejarah mereka. Pelajar perempuan mendecit menyampah.

"...Maaf menganggu cikgu Zack. Ada pelajar baru nak masuk kelas ni." Pelajar lelaki yang setia berdiri di belakang cikgu segera mendedahkan diri dia di khalayak kelas baharu dia. Dia tersenyum nipis. Tidak terlalu manis dan tidak terlalu hambar.

"Kamu boleh duduk dekat mana-mana kerusi yang kosong." Baru pelajar baharu itu nak bertanya tak nak suruh dia perkenalkan diri dulu ke? Namun dah ada seseorang menarik lengan dia.

"Hai, kawan baru!" ramah pelajar lelaki itu yang menarik lengan dia tadi. Senyuman ringkas sebagai balasan nya. Beg digantung pada kerusi kayu, mata dia terlihat kerusi kosong di sebelah dia tanpa penghuni. Cuma ada beg sahaja.

"Mana manusia duduk dekat sini eh?" meja sebelah kirinya, diketuk.

"Manusia manusia tu juga lah kawan semeja kau." Potong lelaki yang duduk di belakangnya. Tubuh berpusing ke belakang.

"Dia tak ada. Ponteng kelas lagi." Terjungkit kening nipis jejaka itu. Ponteng kelas? Pelajar bermasalah ke? Berani betul.

"Lagi? Dia dah lama ke keluar?" anggukkan dua kepala dilajukan. Mata fokus melihat papan putih, pen ditangan menyalin soalan kbat sejarah. Dua cuping telinga setia mendengar suara jejaka itu.

"Kau tahu tak dia ada dekat mana?" mereka berdua hanya menggeleng kan kepala. Jelas lagi nyata, aku kena cari sendiri lah gamaknya.
Dia pun mengikut perbuatan seperti kawan-kawan sekelas baharu dia.

Ada misi dia perlu laksanakan selepas kelas ini ataupun loceng sekolah dah berbunyi nyaring. Meja kiri ditoleh semula.
"Aku tahu nak cari dekat mana."

Masing-masing melopong tatkala ayat terakhir tersembur keluar dari mulut jejaka itu. Wah, nak jadi ahli nujum kah? Tenung sahaja meja tu terus dapat tahu ya?

-To be continued-

Kita kembali dengan short story! Jemputlah vote and komen^^

Mischief Maker✔️Where stories live. Discover now