Bab 1

167 4 0
                                    

*Sebelum memulakan cerita ini, I just want to tell you that, semua tempat, nama dan yang lain-lain, semua tidak wujud. Ini hanya imaginasi saya*


Bab 1


TIK! TOK! TIK! TOK! TIK! TOK!


Chad melihat jam tangannya.


"Sebentar sahaja lagi!" dia berbisik dalam hati.


KRINGG!!


Belum sempat ketua pengawas mengarahkan untuk menghantar kertas soalan,

tiba-tiba Chad yang terlebih dahulu berdiri.


"YEAHH! MY OLD LIFE IS OVER! MY NEW LIFE IS JUST BEGINNING!" teriak Chad.


Semua calon pelajar ketawa melihat Chad yang sedang terlompat-lompat kegembiraan. Ketua pengawas hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala.


"Wah, nampaknya ada orang tak sabar nak keluar dari dewan ni." Kata ketua pengawas sambil melihat Chad.


Chad segera menunduk malu kerana, ramai pelajar yang melihat telatahnya.


Sebelum keluar dari dewan sekolah, ketua pengawas telah memberikan sedikit ucapan untuk calon lepasan pelajar-pelajar SPM.


"Diharapkan anda semua menjaga diri masing-masing yer. Sampai kita berjumpa lagi!" ketua pengawas kemudiannya menunduk kepala lalu semua pelajar mengucapkan terima kasih kepada ketua pengawas itu.


Chad segera mengambil beg sekolahnya lalu berjalan menuju ke tempat kawan karibnya, Jacob.


"Wei, Jacob." Chad menepuk bahu kiri Jacob.


Jacob menoleh lalu mereka membuat "handshake" yang selalu kebiasaan mereka buat.


"Kenapa?" Tanya Jacob.


"Free tak?" Tanya Chad kembali.


"Free. Kenapa? Nak minta teman janji temu lagi?" Tanya Jacob sedikit sinis.


Chad senyum selebar-lebar yang boleh lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Jacob segera menolak dahi Chad.


"Kau tu, tak habis-habis dengan janji temu palsu kau. Kejap-kejap ganti yang baru. Such a Playboy." Kata Jacob


"Lah, mereka yang beriya-iya nak sangat keluar dengan aku. Aku apa lagi, ya kan jelah" kata Chad sambil menunjukkan muka machonya.


"Ada-ada jer la awak ne. At the end, perempuan tu yang sakit hati." Kata Jacob lagi.


"Heih, jodoh belum jumpa, nak buat macamana?" selamba Chad berkata.

Persahabatan (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now