Bab 3

20 1 0
                                    

Bab 3

Suasana di kompleks beli belah sungguh meriah dan bising. Memandangkan dah nak dekat hujung tahun. Ramai orang membeli belah di sana.

Caleb segera memegang tangan Chloe agar tidak terlepas dari pandangan mereka semua. Mereka semua menyusup masuk di kalangan orang ramai tersebut.

"Excuse me!"

"Sorry!"

Setelah mereka berjaya keluar dari kalangan orang-orang ramai itu, mereka melihat Chloe.

"Awak okay ker?" Tanya Caleb sambil melihat adik nya itu.

"Aku okay la!" senyum Chloe.

"Okok, jom pergi makan. Kejap lagi kita nak jemput Amber." Kata Alex sambil menarik Chloe dari Caleb. Mereka semua mengiikuti Chloe dan Alex dari belakang.

Semasa dalam perjalanan pergi ke Pizza Hut, sekumpulan perempuan tergedik-gedik melihat mereka semua. Chad apatah lagi, dia segera ke tempat sekumpulan perempuan itu lalu mengeluarkan segala macho nya.

"Hye girls!" kata nya sambil mengenyitkan matanya.

"Eww, Chad!" Abang-abang Chloe termasuk Jacob melihatnya dengan pandangan yang jijik.

Sekumpulan perempuan itu tertawa melihat Chad. Jacob yang sudah menyampah melihat Chad segera dia menarik Chad dari situ. (-.- )'

Semasa Chad di heret dari situ, Chad sempat menjerit ke arah mereka "CALL ME!" jeritnya.

Chloe sudah pun tertawa melihat telatah Chad.

"Jom la!" ajak Alex selepas berhenti dari ketawanya. Chad sudah pun memuncungkan bibirnya ke depan.

Sewaktu mereka di dalam Pizza Hut, Chad langsung tidak bersuara.

"Chad, petang ni jom main basketball, nak?" Tanya Macson sambil melihat kawan adiknya itu.

Tetapi Chad masih tidak bersuara. Jacob melihat Chad yang tengah berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulutnya itu segera dia menjentik dahi Chad.

"Aduh!" Chad menjeling ke arah Jacob.

"Bro, pa masalah?" Tanya Jacob.

"Awak la ni! Korang tahu tak, jodoh dah ada di depan mata! Tapi korang rosakkan! Ish!" Chad berkata lalu memancungkan balik mulutnya tu.

Mereka semua tertawa selepas sahaja mereka mendengar Chad berkata.

"Kau kata jodoh? Jantung kau berdengup kencang tak apabila melihat mereka?" Tanya Macson sambil melihat Chad.

Chad mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Bro!" panggil Caleb sambil menepuk bahu Chad.

"Ape?" Tanya Chad sambil melihat Caleb.

"Kalau jantung tak berdengup kencang apabila melihat seorang perempuan, itu bukannya nama jodoh bro. Faham?" kata Caleb untuk mengembalikan semangat Chad.

"Oh ye ke?!" soal Chad sambil melihat Caleb.

"Yerlah! Sepanjang kau mengurat perempuan, pernah ker jantung kau berdengup seperti nak terlepas dari badan kau?" Tanya Caleb.

Chad berdiam seketika.

"Ohh, tak pernah!" katanya.

"Itu la sebab, kau sering kali di permainkan. Bukan J-O-D-O-H namanya!" eja Caleb sambil mengunyah sekeping pizza yang berada di tangannya.

Persahabatan (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now