Episode 2

9 1 0
                                    

Selepas tiga bulan berlalu... ~

"Sayang.. saya pergi kerja dulu ye" - Encik Mirza , menjerit dari muka pintu rumah mereka

"Kejap bang !" - Puan Mia pula menjerit dari dapur rumah yang jaraknya dengan pintu hanya memerlukan 25 langkah kecil

Puan Mia berjalan laju sambil membawa suatu bekal makanan di tangan kirinya dan di tangan kanannya pula membawa bayi lelakinya . Cukup struggle cara Puan Mia ingin membuatkan bekal makanan untuk suaminya membawa ke tempat kerja sebagai makanan sarapannya sehingga bangun awal pagi

"Sayang.. jangan laju laju , jatuh nanti . Dengan anaknya kat tangan lagi , haih kalau iye pun simpan dulu Mirul kat tempat tidur dia" - tegur Encik Mirza tapi seperti bernada marah

"Hm iyelahh jangan marah" - Puan Mia , menundukkan muka selepas dimarahi

"Tak . Abang tak marah awak pun sayang , abang cakap aje . Kan kalau awak jatuh haa siapa susah ? Abang juga kan" - Encik Mirza , mengangkat kembali wajah isterinya yang menunduk tadi

Mata Encik Mirza dan Puan Mia bertemu . Cukup lama mata mereka bertemu akan tetapi tiba tiba mata Puan Mia berair

"Ehh kenapa nangis ni ? Aduu saya tak marah pun kan kenapa nangis . Shutt shutt dah dah jangan nangis . Alahaii sayang sayang" - Encik Mirza , tertawa kecil dalam masa yang sama cuba untuk menghilangkan tangisan isterinya

"Tak saya tak nangis sebab tu" - Puan Mia , mengesat air matanya yang telah jatuh

"Dahtu ?"

"Tak ada apa lah . Dah dah pergi kerja sana , nanti lambat lah pulak . Salam salam" - Puan Mia mula tersenyum dah menolak nolak Encik Mirza keluar dari rumah tersebut dengan manja

Puan Mia mengekori Encik Mirza sehingga ke depan pintu kereta . Beliau menyalam tangan suaminya dan menunggu sehingga suaminya pergi ke kerja barulah beliau masuk ke dalam rumah

Apabila masuk sahaja ke dalam rumah , beliau meletakkan Mirul di tempat tidurnya dan beliau mengemas rumah yang agak sedikit bersepah

"Mama , Tasha nak makan" - Natasha , memanggil ibunya dari bilik permainannya . Puan Mia menyediakan satu bilik permainan yang berada searas dengan ruang tamu supaya beliau senang untuk memerhatikan anak anaknya yang berada di situ . Di dalam bilik permainan , terdapat pelbagai permainan dan Puan Mia tidak meletakkan barang berbahaya di situ . Di dalamnya juga terdapat CCTV untuk melihat anaknya walaupun dia berada di dapur . Bilik permainan itu , Puan Mia tidak meletakkan pintu tetapi penghadang pintu baby supaya beliau dan suami boleh memerhatinya dari ruang tamu atau meja makan . Apabila dia dan suami sibuk , mereka akan membiarkan Natasha duduk di dalam bilik permainan tanpa rasa risau

"Tasha nak makan apa ? nasi ke ? cococrunch ke ? ataupun nestum je ? ke nak roti ? atau Tasha nak biskut dengan milo je ?" - Puan Mia , mencadangkan beberapa jenis makanan sebagai sarapan Natasha

"Tasya nak... hm.. kalau nasi ada lauk apa ? Mama masak apa ?" - Natasha , menanya soalan tentang lauknya untuk sarapan pagi hari ini

"Mama masak telur dadar atau mata okey tak ?" - Puan Mia

"Okey ! tapi Tasha nak telur dadar dengan sos cili . Mama gaulkan dekat kuali tau" - Natasha , meberikan ideanya kepada Puan Mia

"Boleh , nanti mama hantar dengan air milo" - Puan Mia sambil mengenyitkan matanya ke Natasha

"Okey !" - Natasha membalas dengan mengenyitkan matanya juga ke Puan Mia

Puan Mia bergegas ke dapur untuk memasakkan sarapan pagi buat anak sulungnya . Dalam masa yang sama , dia juga membuatkan makanan untuk anak keduanya yang baru sahaja lahir

Sesudah masak , Puan Mia meletakkan pinggan yang berisi nasi dan telur juga cawan yang berisi air milo di atas dulang kecil untuk anak sulungnya . Makanan untuk anak keduanya pula , dia meletakkannya di dalam satu tupperware jadi apabila anaknya hendak makan dia tidak perlu membuatnya lagi

Puan Mia membawa dulang tersebut pergi ke bilik permainan . Beliau membuka pagar dan meletakkan makanan tersebut di atas meja makan mini milik Mikayla Natasha yang dihadiahi oleh bapanya sewaktu hari ulang tahunnya yang ke empat pada tahun lepas

"Tasha ! Ni mama letak sini . Cepat makan jangan main aje . Dah siap makan letak kat tingkap , nanti mama ambil . Lepastu kalau ada yang tumpah , lap guna tisu . Mama tak nak ada yang melekit yee nanti . Lepastu basuh tangan , basuh mulut ha baru boleh sambung main" - Puan Mia berleter dengan sangat panjang

"Iye baik maa" - Natasha , ini sahaja jawapan yang sering diberikannya setelah Puan Mia berleter dengan panjang

"Iye iye buat ! Jangan tak buat macam haritu . Habis bersemut . Bilik ni bilik Tasha tau , kalau bersemut Tasha juga yang kena . Jadi jaga elok elok . Kalau tak... macam yang mama cakap , mama akan ambil balik bilik ni jadikan stor" - Puan Mia , seakan mengugut Natasha

"Hm tak nak ! Tasha nak bilik nii !!!" - Natasha , berkerut muka

"Jadi..." - Puan Mia

"Jaga elok elok.. hm" - Natasha menyambung ayat Puan Mia tadi

Puan Mia keluar dari bilik itu dengan senyuman . Dia kembali ke dapur untuk meletakkan dulang tersebut dan membasuh tangan . Kemudian , dia mengambil penyapu dan penyodok untuk sapu di ruang tamu yang agak kotor dengan biskut yang Natasha makan malam semalam sebelum tidur

Selesai menyapu ruang tamu , dia mengemop pula ruang tamu itu supaya lebih bersih dilihatnya . Walaupun ruang tamu nya itu besar , dia langsung tidak pernah mengeluh setiap kali menyapu atau mengemop ruang tamu yang besar itu

"Uwekkk uwekkk" - tangisan bayi lelaki Puan Mia , Mirul .

"Alolo kenapa dia nangis ni ?" - Puan Mia meletakkan mop di tepi dan mengambil anaknya yang berada di atas katil baby

"Uwekkk uwekkk uwekkk" - tangisan bayi lelakinya itu makin kuat dan makin kuat

Puan Mia menyangkakan mungkin anaknya itu inginkan susu , jadi Puan Mia pun menyusukan bayi lelakinya itu . Selepas itu , terus berhenti bayi lelaki tersebut daripada terus menangis dengan lebih kuat

Selepas menyusukan , Puan Mia meletakkan semula bayinya itu di dalam katil baby kerana dia telah pun tidur dengan nyenyak sekali Puan Mia menyambung mengemop rumahnya itu .

Selesai mengemop dia terus mengambil bulu ayam dan mengelap habuk habuk yang ada di rak rak buku , rak koleksi barang berharga . Dia juga mengelap cermin dan tingkap dengan menggunakan air dan kain

Disebabkan kerajinan Puan Mia , rumah itu menjadi bersih dan kemas semula dalam masa yang singkat sahaja . Walaupun Encik Mirza menyuruh Puan Mia supaya berehat sahaja , dia tetap berdegil ingin membuat kerja kerja rumah

Selesai membuat kerja , Puan Mia pergi ke dapur untuk mengambil makanan untuk beliau makan sarapan pada pagi itu . Selepas itu , Puan Mia menemani anaknya , Natasha , bermain permainan di dalam bilik permainan .

Pada pukul 11:30 pula , Puan Mia bersiap sedia untuk masak makanan tengah hari suaminya yang akan pulang pada pukul 1 nanti . Puan Mia masak seperti orang yang profesional sekali

Pada pukul 1 , Encik Mirza pulang ke rumah dan mereka makan tengah hari bersama sama . Pada pukul 2 pula , Encik Mirza pergi ke tempat kerjanya semula tetapi sebelum ke tempat kerja beliau sempat solat zohor berjemaah bersama isterinya dan anaknya di rumah

[BERSAMBUNG]

Dia Milikku Selamanya Where stories live. Discover now