OPS Lemang 1

2.6K 244 42
                                    

Cik Razak berdiri tegak sambil bercekak pinggang memandang anak-anak buah Alpha 122 yang tunduk menekur lantai bagai anak murid yang mengelak daripada dipanggil guru untuk menjawab soalan.

"Semangatlah semua, macam tak biasa kerja masa raya. Tahun lepas kita dah cuti tahun ni bagi la Charlie pula rest." Cik Razak memecah sunyi.

Masing-masing menarik muncung itik.

"Hah, masing-masing cangkung sekarang. Satu round Anak Itik Tok Wi. Elok dah mulut macam itik." Cik Ros yang entah muncul dari mana menyapa kami.

Mencangkunglah anak-anak Alpha di engine bay.

"Sebelum tu, saya nak dua orang wakil pergi IPD Siber Raya untuk persiapan raya perdana kita. Nanti..." Belum habis bicara Cik Ros, Akmal dan Aira bangun serentak. Rela lagi pergi IPD daripada jalan itik.

"Oi mana aci!" Mulalah yang lain tak puas hati.

"Aci tak aci, kami pergi dulu. Bye bye itik jadian sekalian." Akmal melemparkan flying kiss 💋 kepada para itik jadian sambil Aira melambai tangan gaya ratu negara Inderamahkota.

Dengan senang hati Akmal dan Aira berlalu pergi.

IPD Siber Raya tidaklah jauh mana. Hanya 1km dari balai bomba tetapi terima kasih sahajalah kalau disuruh berjalan kaki. Mereka berdua menaiki motosikal terus ke IPD Siber Raya.

Sampai sahaja di IPD, mereka terus menuju ke bilik mesyuarat 1.

"Akmal, sini." Fajar mengangkat tangan tinggi.

"MasyaAllah Ustaz Fajar Aliuddin, khaifa haluka ya ustaz?" Akmal terus menghampiri Fajar sambil mendepakan tangannya.

"Ustaz tengkorak kau. Aku sihat alhamdulliah, kau sihat? Lama tak dengar cerita." Satu tumbukan manja Fajar hadiahkan ke perut Akmal sebelum membalas pelukan Akmal.

"No news is a good news bro. Aku sihat alhamdulillah." Mereka berdua berjabat tangan.

"Mr. Ahmad Aqil, it is a pleasure to see you here. How are you?" Akmal menekan longhat British celup yang kedengaran seperti Harry Potter versi pirate sambil menghulurkan tangannya.

"Kau kalau tak menganjing tak sah kan Akmal? Aku okay je. Macam ni la boleh berdiri boleh bernafas kira baik la tu." Huluran tangan Akmal disambut kemas oleh Aqil lalu mereka berpelukan.

"Encik polis, saya nak buat report. Saya diserang anggota tentera tanpa sebab." Akmal mengadu pada Aqil.

"Sorry bro, tak boleh tolong. Dia tentera kena report dekat redcap. Kau mesti lari duty kan?" Aqil merujuk kepada military police.

"Mana ada aku lari. Aku naik motor dengan isteri tercinta. Penatlah nak lari." Akmal menarik Aira supaya merapatinya.

"Dia ingat dia seorang ada wife. Akupun ada la." Fajar bersiul.

"Kau nak apa?" Senja mengangkat kepalanya. Siulan itu nada yang mereka guna untuk memanggil satu sama lain dalam operasi.

"Nak tunjuk wife aku dekat kawan." Jawab Fajar selamba.

"Hai, aku wife dia." Senja mengangkat tangan.

"Wife kau mana Aqil?" Akmal bertanya.

"Wife aku dekat PA system tu. Tolong set up. Ha tu dia dah datang sini." Aqil menunjuk ke arah Nuha yang berjalan ke arah mereka.

Meja bulat dengan enam kerusi itu sudah penuh.

"Sayang simpanlah kunci motor ni, abang takut tercicir pula." Akmal menyerahkan kunci kepada Aira.

Aqil dan Fajar menahan tawa.

"Sayang sini rapat sikit." Mulalah Aqil hendak menganjing Akmal. Dipanggilnya Nuha dengan panggilan sayang.

"Kau dah kenapa?" Nuha memberi criminal offensive side eye. Demam apa suaminya itu.

"Sayang, kita nak buka apa hari ni yang?" Fajar pula cuba bermesra.

"Ayang bagi abang makan penampar nak?" Senja mengangkat tangannya. Kalau orang yang tak faham senda gurau mereka, mesti ingat Senja ini isteri nusyuz. Astaghfirullahalazim...

"Nasiblah kita Aqil dapat wife garang nak mampus." Fajar dan Aqil tiba-tiba sahaja berjabat tangan.

Tiga wanita itu saling berkenalan. Ini kali pertama mereka bertiga berkumpul.

"Saya Akmal Aira. Panggil Aira je. Suri rumah separuh masa sebab kerja berjadual."

"Saya Nuha Zuhailin, panggil Nuha. Suri rumah suku masa sebab cuti tak banyak."

"Saya Senja Zilvania, panggil Senja. Suri rumah tak tentu masa sebab orang atas selalu suka hati dia la nak panggil bila."

Pecah ketawa mereka bertiga. Tak perlu bagitahu kerja apapun, masing-masing sudah lengkap beruniform.

"Macam mana korang boleh kenal each other? Satu sekolah ke?" Nuha membuka soalan.

"Mana mahunya satu sekolah. Diorang dua ni budak cerdik, aku biasa je. Aqil ni businessman tak jadi dulu sekolah MRSM. Fajar ni ustaz tak jadi dulu sekolah agama. Aku budak SMK je. Kitorang atlet acara balapan dan padang zaman sekolah dulu. Jumpa dekat SUKMA. Pernah juga pergi Sukan SEA sama-sama sekali. Lepastu masing-masing bawa diri. Tup tup jumpa balik, lah satu kawasan jagaan dekat Siber Raya ni." Akmal menjawab persoalan yang Nuha utarakan.

"Alah kau, cerdik-cerdikpun aku dengan Aqil ni kerja kutip sampah je. Sampah masyarakat. Kau tu superhero mana yang baik tu bomba aje la selalu dapat kan Aqil kan?" Celah Fajar.

"Betul la tu, kita ni sikit-sikit kena maki." Balas Aqil.

Mesyuarat sambutan rumah terbuka perdana bermula.

"Kita perlukan enam orang untuk incharge lemang. Dari cari buluh sampai hidang."

"Meja ni cukup enam orang." Akmal mengangkat tangan. Dia bab volunteer laju sahaja.

Pengerusi majlis memandang meja mereka.

"Wow elit betul squad lemang tahun ni. Dulu bukan kau orang bertiga juga ke yang incharge buat pelita tapi end up jadi huru hara?" Pengerusi majlis itu seakan keberatan mahu melepaskan mereka bertiga sebagai satu pasukan.

"Itu cerita lama, tuan. Kali ni kami semua bawa isteri sekali jadi tak ada masalah InsyaAllah." Dengan yakin Fajar menyokong Akmal.

"Okay kita letak nama. Jangan jadi lemang rentung sudah ya. Jangan ingat saya lupa cerita pelita korang bertiga. Tiba-tiba muncul pelita gergasi tapi end up jadi unggun api." Pengerusi majlis menggeleng kepala.

"Baik, tuan!"

Maka bermulalah OPS Lemang Aidilfitri.

Triple AWhere stories live. Discover now