OPS Lemang 2

1.6K 225 26
                                    

"Siapa pernah buat lemang?" Aqil bertanya terlebih dahulu.

Masing-masing buat tak tahu. Akmal  sibum mengira bulu halus di tangan, Fajar pula meneliti kukunya. Langsung diabaikan pertanyaan Aqil.

"Tak pernah, kalau raya beli je." Aira menjawab jujur.

"Aku—" Nuha tak habis cakap lagi, Aqil sudah potong.

"Kau duduk oversea bertahun confirm tak reti."

"Hei! You never know okay."

"Pandai ke?"

"Tak, tapi boleh belajar kan?" Nuha tak puas hati.

"Duduk diam-diam kejap ya. Kita belajar daripada yang sifu. Korang berdua tentera keluar masuk hutan takkan la tak pernah buat lemang. Kau STORM terima latihan ala komando masuk hutan SAR takkan lemang tak pernah buat?" Aqil mulakan serangan.

"Manok pansuh aku pandai buat. Dalam buluh juga." balas Senja.

"Weh, lemang tentera makan dalam hutan mana sama dengan lemang raya. Beza weh lemang survival dengan lemang raya. Syahdu bro rasa dia. Tak takbir raya lagi dah nangis. Akmal, kau takkan tak pernah buat?" Fajar pass kepada Akmal.

"Mak aku ajar buat ketupat aje. Rumah aku raya mana ada lemang. Kalau nak lemang aku pergi rumah jiran. Confirm ada. Kau tanya orang, kau tu tahu ke tidak?" Akmal pulangkan semula soalan kepada Aqil.

"Confirm la tak tahu. Aku ni kerja pasang langsir, kacau dodol dengan beli ais je masa raya."

"Oh, jadi kita berenam ni memang tak pernah buat lemang la. So macam mana ni?" Akmal memandang semua orang.

"Aqil kau pegang aku sekarang, tahan aku. Wei aku tibai juga mamat ni karang. Kau yang tiber volunteer kan? Aku ingat kau reti la buat." Fajar sudah mengepal penumbuk. Aqil pantas menahan Fajar.

"Sabar, weh sabar. Sesungguhnya kita sedang berpuasa. Hold dulu sampai lepas buka. Kau main angkat tangan je tak reti buat?" Aqil mengusap dada Fajar berkali-kali.

"Haah sebab buat lemang dengar macam paling best. Masuk hutan cari buluh lepastu cari daun pisang. Alah, sukat menyukat bahan tu boleh je google." Yakin benar Akmal menjawab.

"Siber Raya ni hutan paya weh. Mana mahunya tumbuh buluh lemang. Aku dah hafal dah hutan sini. Memang tak ada kan?" Fajar meminta pengesahan daripada Senja.

"Haah memang tak ada."

"Belakang balai bomba bukan ada rumpun buluh ke?" Aqil bertanya.

"Mati dah rumpun buluh situ. Kawasan tu dah clear." Aira menjawab.

"Aqil, belakang rumah mama ada buluh lemang kan?" Nuha mengingatkan Aqil.

"Ha, ambil situ je tak boleh? Rumah mak kau dekat mana?" Senja memandang Aqil.

"Rumah mak dia jauh weh dekat UK nun." Reaksi muka Fajar macam betul-betul jauh rumah mak Aqil.

"United Kingdom?" Terbeliak mata Senja.

"Ulu Kinta!" Serentak Fajar dan Akmal menjawab. Pecah tawa mereka berdua. Aqil hanya mampu geleng kepala.

"Kejap, aku telefon mak aku." Aqil baru hendak keluarkan telefon, Nuha sudah melekapkan telefon di telinga.

"Assalamualaikum mama, mama apa khabar." Nuha memberi salam dulu selepas panggilan berjawab.

"Waalaikumussalam, Nuha. Sihat alhamdulillah kenapa?" Puan Hani menjawab lembut.

"Ma, kami kena buat lemang. Nak tanya buluh dekat kebun belakang tu boleh ambil kan? Tapi nak buat banyak ma, dalam 50 batang."

"Kalau 50 batang, habis botaklah buluh dekat kebun tu. Dia ada satu lagi rumpun tapi kena masuk dalam sikit. Aqil tahu rasanya."

Triple AWhere stories live. Discover now