OPS Lemang 3

1.3K 218 43
                                    

Jam 0330

Tiga pintu bilik terbuka serentak. Masing-masing ketawa tidak berbunyi kerana mereka semua lengkap bertudung dan berbaju lengan panjang.

"Cari apa?" Nuha menegur dulu.

"Cari suami!" Serentak mereka bertiga membalas lalu pecah tawa kecil yang cepat-cepat dimatikan.

Mereka bertiga turun dari rumah menuju ke pangkin. Nuha meletakkan jari di bibir. Dia menangkap gambar para suami walaupun keadaan gelap. Ia bukan satu masalah untuk Nuha mencerahkan semula gambar itu supaya lebih jelas. Momen begini mahal!

"Kenapa laki kita macam ni eh?" Aira memicit kepala yang tidak pening.

Manakan tidaknya, hanya Akmal seorang yang tidur di atas pangkin. Aqil tidur dalam buaian hammock manakala Fajar tidur pada dahan pokok rambutan.

"Kau kena faham, Aira. Laki kita semua ni jalani latihan yang berat. Ada la tu fius yang putus." Senja menepuk bahu Aira.

"Hmmm, sedap mengumpat orang eh?" Fajar terjun dari dahan pokok.

Akmal dan Aqil turut bangun. Akmal memisat matanya dan Aqil pula menutup mulut kerana menguap. Fajar menghampiri mereka.

"Dekat sini ke dekat atas?" Nuha bertanya.

"Sini aje. Malas nak naik atas," balas Aqil.

Kanvas besar dibentang cukup untuk binaan tiga saf. Fajar sebagai imam. Dua makmum lelaki di belakang imam dan tiga makmum perempuan di belakang makmum lelaki.

"Silakan Syeikh Ahmad Aqil selaku tuan rumah jadi imam." Fajar memberi laluan kepada Aqil.

Aqil terus mengambil posisi imam dan menunaikan solat sunat tahajjud, taubat dan solat sunat hajat. Selesai solat, Aqil berpusing.

"Silakan Qari Fajar Aliuddin juara tilawah Al-Quran peringkat rumah sukan jadi imam terawih." Aqil memberi ruang kepada Fajar.

"Nak request satu rakaat satu page." Akmal mencelah.

"Korang ingat aku DJ ke apa nak main request. Kenapa tak pilih page sekali?" Fajar tetap menyahut juga panggilan imam terawih.

"Boleh ke pilih page? Wow impressive la syeikh." Aqil kagum.

"Confirm la tak boleh. Aku dah lama ni tak tasmik. Risau gak ni. Satu page juz amma jadi lah ya?"

"Sembang apa lagi bang non oi, kami ni kejap lagi nak kena masak sahur. Kalau boleh sahur kurma dengan air kosong aje tak apa ni sahur macam makan tengah hari." Senja bercekak pinggang.

Lengkap lapan rakaat solat terawih, Nuha, Senja dan Aira terus membuat penutup solat sunat witir. Sang jejaka gagah perkasa pula meneruskan ibadah mereka tetapi imamnya bertukar lagi. Kali ini Akmal pula di depan.

Para isteri terus ke dapur. Mereka terserempak dengan Puan Hani.

"Bertuah betul masing-masing ya? Tu bilik solat ada nak juga berteman embun jantan dekat luar rumah." Puan Hani menggeleng kepala.

"Dekat luar lagi sejuk, cik." Senja tersengih.

"Kita nak masak apa ni mama?" Nuha membuka peti sejuk.

"Eh, bukan kita ya. Suami mama sahurnya air nabeez dengan tiga biji kurma aje. Mama punya sahur dah siap. Kamu semua masaklah sahur sendiri ya? Guna aje apa yang ada dekat dapur tu. Bye bye." Puan Hani mengambil air rendaman kurma dan sekotak kurma lalu meninggalkan mereka bertiga di dapur.

"Laki korang cerewet tak bab makan?" Aira bertanya.

"Fajar tu kalau batu dengan kayu boleh dimakan, confirm dia makan," jawab Senja.

Triple AWhere stories live. Discover now