OPS Lemang 5

1.7K 244 58
                                    

Beras pulut sudah direndam lima jam. Daun pisang sudah digulunh elok dalam batang buluh. Cuma tinggal diisi dan dibakar sahaja.

"Ladies pergi isi beras pulut dengan santan, kami hidupkan api." Aqil membahagi tugas.

"Tak payah sampai bertiga. Risau lain pula jadinya nanti. Biar bomba main api, kau dengan Fajar tolong isi beras pulut." Nuha menarik tangan Aqil. Senja pula menarik tangan Fajar.

50 batang lemang perlu disiapkan. Tanpa berlengah lagi, masing-masing memulakan tugasan.

Baru empat buluh lemang terisi, Aira dan Akmal sudah siap menghidupkan api. Pantas! Mereka turut mengambil tempat untuk mengisi buluh lemang.

Sekarang tugasan terbahagi dua. Para isteri mengisi beras pulut, para suami mengisi santan dan meletakkan buluh ke tempat membakar lemang.

"Cepatnya hidupkan api." Nuha menghulurkan buluh kepada Aira.

"Curah minyak atas kayu, campak mancis kayu yang menyala, terbakarlah dia. Lagipun pengudaraan baik elok je berangin tak payah la nak kipas kipas sangat." Buluh itu Aira sambut.

"Kalau pengudaraan tak baik, susah ke api nak hidup?" Senja bertanya.

"Tak juga. Asal ada punca haba, bahan bakar dengan oksigen boleh je terbakar cuma durasi masa dia dan sama ada pembakaran tu lengkap atau tak je." Tak fasal Aira buka kelas malam ini.

"Aku teringat la kes keracunan karbon dioksida bulan lepas tu. Ala yang pembantu rumah dia meninggal dunia dalam bilik dengan nota suicide tu. Aira, kau tahu kan kes tu?" Nuha memandang Aira.

"Tahu, dia tutup bilik tutup pintu jadi udara terperangkap dalam bilik. Api makanan dia kan oksigen, bila habis oksigen dalam bilik tu, tak ada la oksigen yang boleh disedut. Yang masuk karbon dioksida. Azabnya mati macam tu. Rosak paru-paru dia." Aira mengimbau kes bulan lepas yang menjadi perbualan hangat di balai.

"Turns out nota suicide tu palsu. Majikan dia yang bunuh dia."

"Sumpah la? Kejamnya manusia tapi kenapa tak keluar berita?" Terkejut Senja mendengarnya.

"Dia keluar beritalah tapi berita macam ni orang mana layan sangat tu yang keluar berita sekali je tak ada follow up. Cuba bagi gosip artis curang ke artis kahwin lagi ke mak datuk netizen terus jadi inspektor penyiasat sampai ke lubang cacing nak disiasat." Nuha geram.

"Tapi how come boleh tahu tu suicide note palsu?" Aira bertanya.

"Tulisan tangan dia lain. Kita buat comparison dengan tulisan dia yang lain. Nampak sangat cuba ditiru. Dari situlah bertukar kes jadi homicide. There's no such thing as perfect crime. Mesti ada punya clue yang tertinggal. Tapi sebenarnya nak bunuh orang tak adalah susah mana." Nuha terus mengisi beras pulut.

"Betul, slit je saraf tunjang dia." Senja memegang tengkuknya.

"Lepastu set the body on fire." Aira menyambung.

"Sebelum tu kena cabut semua gigi dia supaya dental record tak dapat ditemui." Nuha pula mencelah.

"Korang ni merancang nak bunuh siapa? Apa benda la depan rezeki merancang pembunuhan ngeri. Ish ish ish..." Akmal menyampuk.

"Cuba borak tu borak yang ilmiah sikit. Ye tak Aqil?" Fajar menyiku lengan Aqil.

"Korang bunuh siapa ni? Seksa betul kematian dia. Semoga Allah tetapkan hati teguhkan iman ke jalan kebaikan." Aqil menggeleng kepala.

"Amin!" Kuat sungguh Akmal dan Fajar menyahut amin.

25 kiri, 25 kanan. 50 buluh berisi beras pulut sudah siap tersusun pada tempat pembakarannya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Triple AWhere stories live. Discover now