Part 2

808 26 0
                                    

"Ezany."Panggil Erah.

"kenapa?"Ezany keluar dari dapur dengan mug di tangan.

"Aku nak tanya sikit boleh?"Ezany mengangguk.

"Kawan kau yang hari tu Remie tu dia mintak nombor akulah."Hah mintak nombor Erah biar benar mamat ni stright forword betul."Nak bagi tak?"

"Suka hati kaulah bukan nombor aku yang dia mintak nombor kau kan."Mendidih betul darah aku.Lantaklah malas aku nak layan.

"Kau tak marah?"

"Marah?kenapa pula?"

"Yelah dia kan kawan kau mana tau.."

"Tak ada mana tau,mana tau apa?kalau nak bagi,silalah ye"Ezany terus angkat kaki malas nak melayan kau nak bercinta ke hapa ke bukan masalah aku.

.....

Hampir dua minggu semua telefon dan SMS dari Remie tak dilayan dari berpuluh miss call sehari hingga tiada call langsung dari Remie.

Ezany tetap macam tu juga kalau nak sedih pun nak buat apa sudah lah nak kawan dengan aku ke tak nak ke nak lupa terus dekat aku pun tak apa aku tak kisah suka hatilah.Kalau sedih pun nak buat apa kalau orang tak nak buat apa lagi nak tersorong-sorong muka ni depan dia.Air mata yang bertakung diseka laju.

Erah sekarang pun dah jarang ada dekat rumah pergi date dengan Remie lah tu malas aku nak tahu suka hatilah nak buat apa pun suka hati koranglah.

....

Remie kusut Ezany dah tak angkat callnya lagi SMS pun tak dilayan lagi apalah dosa aku dengan dia.Pening kepala dibuatnya kenapa dia ni.

"Kau dah kenapa?"

"Kenapa apa?"

"kusut saja aku tengok.Kenapa gaduh dengan Ezany ke?"

"Tak tahu.Nak kata gaduh tidak tapi dia bawak diri dari aku asik mengelat saja asal aku call."Kusut..kusut kepala aku.

"Cuba call guna handphone aku.Nah"Adit serahkan BBnya pada Remie.

Cepat sahaja nombor Ezany ditekan.Remie menunggu dengan sabar untuk talian bersambung.

"Hello."

"Ezany jangan letak.Aku ni Mie."

"Hm..kau nak apa?"Ezany layan acuh tak acuh sahaja.

"Eza sayang kenapa kau tak angkat call aku?"Baik aku sayang-sayang sikit jadi dia lembut sikit.

"Eh meluat aku dengan kau jangan nak bersayang-sayang dengan aku.Bikin panas saja tau kalau tak ada benda important jangan call. Tut.. tut...tut"Dia putuskan pulak.

"Dah putus.."kata Remie hampa.Adit hanya menggeling kepala.

"Kau ni boleh tahan lembab kan."

"Apasal pulak?"

"Aku rasa Ezany tu suka dekat kau"Remie terkebil-kebil tengok Adit.Betul ke?

....

'Ezany aku nak bertunang-Remie'

Mata Ezany nak terkeluar soket melihat SMS yang diterima.

'Kau nak bertunang dengan siapa?'Cepat-cepat Ezany menaip balas SMS Remie.

'Adalah nanti kau tahu juga.:D'

Berkerut dahi Ezany.Siapa? Dia nak bertunang dengan siapa?Bunyi deruman kereta masuk ke pekarangan rumah.Awal balik Erah hari ini. Kalau tidak selagi tak tepat pukul 7 selagi itu tak muncul.

"Asalamualikum"Salam dijawab dalam hati.

"Awal balik?"

"Aku nak balik kampung kejap lagi."Kata Erah tersegeh gembira.

"Kenapa tiba-tiba?"

"Aku nak bertunang hujung minggu ini."Erah tersenyum gembira lagi."Kalau rajin datang rumah aku tau sabtu ini."gembira sampai berlagu-lagu suara.

Ezany dah tak sedap hati teringat SMS Remie tadi 'aku nak bertunang'.Remie ke? "Kau nak bertunang dengan siapa?"

"Nanti aku kenal dekat kau tapi kalau nak tahu sangat datang rumah aku boleh?"

"Tak boleh sorry aku dah janji dengan mummy aku nak balik."Erah hanya mengangguk tanda faham.Yelah tu Ezany entah bila masa kau janji dengan mummy.Dah jadi pembohong tegar kau sekarang ye.Ini bohong nak selamat kan dirilah.

....

Sabtu.

Bunyi deringan telefon menganggu tidur Ezany.Siapalah pulak yang menganggu time aku nak berduka dan keseorangan ini.Handset di meja cermin dicapai malas.'Remei'apa pulak mamat ni ganggu aku lagi nak bertunang pergilah bertunang sana jangan kacau akulah.Nafas dilepaskan geram.

"Hello"

"Ezany,good morning."Kurang tebiat apa mamat ini.Layankan saja nanti ada yang meraung pulak.

"Nak apa?"Nak tak nak saja dilayanya.

"Nak ajak keluarlah sayang."

"Kau ni dah tebiat apa?Eh hari ini bukan kau bertunang ke?"Tanya soalan gekgoklah kau ni Ezany.Lantaklah janji aku ada modal nak cakap.

"Mana tahu?"

"Aku tahulah"

"Baguslah macam itu, jadi siap kejap lagi orang datang."

"Siap ke..."tak habis cakap dah kena cantas.

"Pakai baju kurung tau kalau boleh baju raya 2 tahun lepas yang warna cream tu."Ezany naik pelik? Apa kebandanya mamat ni?pusing kepala aku.

"kejap lagi Mie sampai,bye sayang"Tengok tu sayang lagi kalau tahu dik Erah meraung minah seorang itu.

...

Sayang Senyap-SenyapWhere stories live. Discover now