Part 3 (end)

995 36 3
                                    

Selepas siap berbaju kurung dan bertudung Ezany turun nak berjumpa mummynya.

"Any kenapa turun?"Hah apa jenis soalan tu.Berkerut-kerut dahi Ezany.

"Mama pakai cantik-cantik nak pergi mana?"Mammy aku ni siap berbaju kurung dengan barang kemas sekali ada wedding ke?

"Asalamualaikum"Suara orang memberi salam.Macam ramai saja tak bolehlah nak keluar macam ini.

'Kau tak payah datang tau ramai orang aku tak boleh keluar-Ezany'

'Nak keluar ke mana?- Reimie'

'Jumpa kaulah-Ezany'

'Eza tak tau ke?-Reimie'

'Tahu apa?-Ezany'

'Tak apalah-Reimie'

"Dah cepat-cepat naik Awin bawak Any naik"Arah mama.Badanku ditolak-tolak ke arah tangga.

"Eh kak Awin pun ada?"Kakak Ipar aku baru keluar dari ladies.

"Dah jom naik"Ezany kebingungan ditolak naik terus ke bilik tamu yang sudah siap dihias indah.Apa kes ni? Apa yang aku tak tahu ni?

"Kak kenapa ni?"Aku binggung.

"Eh budak ni nak dia nak bertunang tanya kita pulak apanya yang kenapa?"

"Hah betunang!"

....

"Remie.."Suara Ezany bercampur dengan tangisan.Cincin ditangan dibelik lagi.Macam mana aku boleh tertunang ini.Mummylah ni pandai-pandai setuju aku pun tak tahu menahu apa-apa tiba-tiba kena tunang entah dengan siapa pun aku tak tahu.Air mata yang bertakung diseka laju.

"Remie aku dah bertunang.."Sedu sedanya kedengaran sayu sahaja.

"So?"

"Aku belum bersedia lagi aku tak nak kahwin aku rasa nak lari terus."Macam mana aku nak bersedia entah macam mana muka tunang aku itu pun aku tak tahu.Tiba-tiba kena tunang pulak dengan dia tak pasal betul.

"Eh! Jangan lari!"Ezany tersentak.Eh mamat ni suka pulak aku kena tunang dengan orang lain tahulah kau dah bertunang dengan si Erah tu tak payahlah nak tempiaskan wabak tu sampai dekat aku.Benci!

"Kenapa pulak tak boleh lari suka hati akulah bukan kau yang kena tunang paksa tapi aku tau.Hati ni belum baik dari luka lagi dah nak kena kawinkan dengan orang yang aku tak kenal pulak.Kau lainlah."Marah Ezany.Geram betul aku dengan mamat ni aku bagai nak rak menagis meraung sampai merah hidung di layan tak layan saja aku kata kawan forever konon! Pi ah!

"Apanya yang lain Ezany,sayang?"tengok tu panggil sayang-sayang lagi buat hati ini terbuai saja. Ezany tunang orang lah! "Kau ni panggil aku sayang-sayang tunang kau tak marah ke?"

"Dia tengah marah lah sekarang ni"

"Hish kau ni dah tau orang tu marah kau nak bersayang-sayang dengan aku."Dah pukul berapa ni.Mata Ezany beralih pada jam dinding filex dalam biliknya.Dekat pukul 10.00 malam. Ish mamat ni baru bertunang pagi tadi kut dah dibawa keluar sampai malam.

"Itu lagi satu problem."

"Kenapa pulak?"

"Yelah tunang Mie ni lah nak lari sebab kena tunang dah.Boleh pulak dia kata tak bersedia nak kahwin umur dah 27 tahun orang dah masuk meminang dia pun nak marah lagi.Nanti bising siapa kena dengar tuan punya diri ni juga."

Ish cara dia cakap macam diri aku saja.Tunang dia bukan Erah ke?Habis dia tunang dengan siapa?Bingung.

"Eh..kau tak tunang dengan Erah ke?"

"Hah!"Terjerit Remie dibuatnya.

"Habis tu tunang kau siapa?"

"Yang tengah bercakap sekarang ni lah.Okey I love you sayang bye."

"Hah!"Terjerit Ezany hadphone pun ikut tercampak sama.Mamat ni biar benar dia yang bertunang dengan aku pagi tadi.Habis Erah bertunang dengan siapa?

...

"Any turun cepat tunang kamu dah sampai tu."

Selendang tepi pintu ditarik terus dilit.Lambat-lambat turun geram masih berbaki.Turun sahaja dilihatnya Remie duduk di sofa dengan senyuman melerit.

"Remie kata nak bawak Any keluar kenapa tak siap lagi ini?"Tanya mummy padaku.

"Dia tengah marah dengan Remie Mummy."E..mengadu.Siapa bagi dia mandat panggil Mummmy ni sibuk betul.

"Tak nak keluar cakap dekat sini saja."Ezany terus melangkah ke buaiyan di luar rumah.

"Marah lagi?"Tanya Remie.

Diam tak berkutik.Sudah geharu cendana pula dah tahu tanya pulak nak kena siku agaknya.

"Cantik cincin.Longar tak?"Masih diam.

"Janganlah marah sayang."jari-jari Ezany disentuh.

"Pap!"Tangan Remie dipukul."Siapa cakap boleh pagang bukan muhrim tau."

Remie tersenyum suka."Ada suara pun ingat tak boleh bercakap sebab terkejut."

"Sengaja cari pasal.Tipu orang lagi"

"Mana ada tak tipu dah cakap apa orang nak bertunang."

"Bila tanya siapa bukan nak cakap."Marahnya lagi.

"Kan orang dah kata nanti tahu juga."Ada aja modal nak jawab.

"Memanglah tapi bukan nak beritahu tiba-tiba sahaja kena tunang entah dengan siap pun tak tahu mana tau pak lebai nak cukup kan kota ke apa ke.Habis itu bukan nak beritahu dia suka dekat kita ke hapa ke bayang pun tak da"

"Adalah selama ni orang je cakap sayang, rindu semua tapi orang tu buat dek saja.Semalam siap beritahu I love you lagi tapi kena marah juga.Janganlah marah sayang.Okey salah pukulah"Remie sua kan kepalanya untuk dipukul sedia menerima hukuman.

"Tak nak lah merepek je."Marah Ezany.Karang tanggal kepala aku nak kawin dengan siapa tak pasal.

"Dah tak marah"

"Tak."

"Nih buat orang tambah sayang ni."

"Eh...statement menyampah terlebih gula tak boleh bla."Akhirnya kedua-duanya ketawa.

"Cop-cop kalau Mie bertunang dengan Eza.Erah bertunang dengan siapa?"

"Adit."Jawab Remie sepatah.

Lah macam mana aku tak tahu yang minah ni bercinta dengan Adit buat penat je melelih air mata menyediri tension-tension semua rupanya dia dengan Adit.Itu lah Ezany next time siasat dulu ini tidak main jump to conclusion sahaja.Nasib baik bahagia sekarang and the rest is history.

Sayang Senyap-SenyapWhere stories live. Discover now