15|Wizard?!

155 10 2
                                    

{SCORPION HIGHSCHOOL}
11.45 a.m.

Aku dan Rafalisa sama-sama ke tempat pergaduhan tadi. Sebab apa? Sebab kami berasa pelik, semua pelajar berada di dalam Dewan Terbilang tidak kecoh pun pasal pergaduhan makhluk jadian tersebut.

"Sebelum ni mereka bergaduh macam mana?" Tanya ku ingin tahu.

"Sebelum ni gaduh macam manusia biasa, tarik-tarik rambut, bertampar sana sini. Tak sampai bertukar macam hari ni." Terang Rafalisa.

Sesampai saja di tingkat 2. Aku dan Rafalisa tercengang, kami saling berpandangan. Semuanya dah kembali seperti sedia kala.

"Siot la.. Aku tak mimpi kan, Mel? Cuba tampar aku sekuat hati kau." Permintaan Raf menyebabkan ku mengerut dahi.

"Tampar la, aku tak marah."

"Memang la, kau yang suruh tampar. Kalau marahkan aku juga, kau memang saje je nak kena."

"Eh, dah, dah, cepat tampar." Gesa Rafalisa sambil menepuk-menepuk pipinya. Aku tak ada pilihan la ni... Tapak tangan di buka luas-luas.

Pang!

Rafalisa terngaga dengan mata membulat. Dah serupa kera aku tengok. Dia perlahan-lahan menekup pipinya yang ada cap tangan ku.

"Tamparan peribadi ke ni?"

Pula dah. Memang aku buang dari lantai 2 budak ni kang.

"Apa nak jadi dengan kamu ni Chlo? Dah berbuih mulut daddy ni tegur. Jangan. Buat. Masalah."

"Sap-" aku pantas meletakkan jari hantu ku di bibir Raf, "Shh.." suara garau-garau ni macam pernah dengar. Aku dan Rafalisa berjalan terjengkek-jenkek dan bersembunyi di sebaik tiang besar.

"Eh, tu ayah tiri Ch-" Aku terus mencekik Rafalisa. Bising gila. Rafalisa memukul tangan ku, aku melepaskannya. Rafalisa tercungap-cungap.

"Kau nak bunuh aku ke apa." Bisik Rafalisa tak puas hati. Aku tidak memperdulikannya.

Chloe dan Encik Jonathan tengah berbual. Bukan, Encik Jonathan tengah memarahi Chloe.

"Maaf."

"Maaf, sorry! Tu je la yang kamu tahu. Nasib baik daddy terdetik hati nak pergi ke sekolah tadi. Kalau tak, orang lain akan tahu kamu tu werewolf Omega! Kamu pun tahu kan Wesf sekarang ni tengah cari spesies kamu ni, Daddy tau bukan kamu yang bunuh, tapi dendam si Wesf tu tak kira juga, asalkan dendam mereka terbalas. Daddy tak nak kamu yang kena target." Marah Encik Jonathan dengan suara terkawal. Chloe menunduk. Tidak merespon. Wajahnya tidak kelihatan kerana ditutupi rambutnya.

"Daddy pergi dulu. Apparate." Kelibat Encik terus hilang digantikan dengan asap hitam.

"Jadi ayah tiri Chloe Wizard la?" Kata Rafalisa teruja. Mungkin ni pertama kali dia bertemu dengan wizard. Wizard pun ada eh.. Pelajar lain tu dalam pengaruh magic dia la Kan? Sampai tak sedar apa yang berlaku. Jadi banyak lagi la benda fantasy yang belum Rafalisa jumpa. Apatah lagi aku.

"Lagi-lagi mengupingkan."

Aku dan Rafalisa terjatuh ke belakang akibat terkejut dengan sergahan Chloe. Wajahnya sama macam dekat tandas hari tu. Mel, Mel kau belum belajar lagi dari kesilapan lama en. Chloe tak suka orang menguping. Noted!

"Eh, tak ada la! Kami lalu je." Tipu Rafalisa.

Gigi taring Chloe dah kelihatan. Chloe benci orang menipu!

Aku dan Rafalisa bergeser ke belakang. Kotor la skirt aku ni nanti.

"Ye,ye... Kami menguping. Sorry!" Aku terus mengaku sambil menyusun jari sepuluh depannya. Chloe berpeluk tubuh. Rafalisa menarik bahu ku.

That's My Girl (GxG)Where stories live. Discover now