17|Traumatized

182 12 2
                                    

Aku mengerling jam tangan, dah pukul 2.30 p.m. . Kena denda cuci tandas setiap Blok, dah la tandas perempuan dan lelaki sekali! Peluh dikesat. Panas dan letih. Rafalisa dah baring atas kerusi panjang di depan tandas. Ni semua salah sengal ni.

"Dah settle. Jom balik." Ajak Rafalisa excited lalu melompat bangun. Macam la dia balik rumah.

"Nak pergi mana?"

Suara yang amat dikenali membatukan aku dan Rafalisa. Sapa lagi kalau bukan Chloe. Seriously she can be at everywhere in anytime! Dia ni ada teleport ke apa?

"Balik." Saut ku. Rafalisa mengangguk laju.

"Korang lupa? Lepas balik sekolah ikut aku ke office." 

"Rasanya tak perlu kot.... Aku janji yang aku boleh simpan rahsia." Tolak Rafalisa. Dia sebenarnya takut berjumpa dangan Ayah Chloe dengan Chloe pun dia takut. Wajar la... werewolf tu. "Lagipun pukul 2 nanti ada perjumpaan asrama, jadi aku tak boleh kot. Jadi aku cau dulu?"

Bapak ah! Dia tinggal aku macam ni je. Aku mengaru kepala. Apa pula alasan aku nak bagi ni. Chloe mengetap gigi kuat melihat Rafalisa yang lari lintang pukang.

"Tengah fikirkan alasan juga ke?" Sindir Chloe yang masih berdiri di depan ku.

"Err, bila jumpa ayah kau?" Tanya ku pasrah. Lebih baik aku lupakan semuanya, termasuk perasaan Claire.

"Sekarang. Driver aku dah tunggu tu."

"Ayah aku belum sampai lagi."

"Tumpang aku, nanti aku suruh driver hantar kau balik." Nadanya semakin dingin, ni disebabkan kes tengok porn tadi ke? Mesti dia jijik dengan aku sekarang! Eh, lagipun sejak bila pula dia tak pernah dingin dengan ku.

"Ookay."

000

Dalam perjalanan ke office Encik Jonathan

Aku dan Chloe tidak mengeluarkan sepatah kata pun setelah masuk ke kereta. Dia asyik memandang luar tingkap.

"Kau asal tengok porn?"

"Saje je." Aku nak sebut Raf yang suruh tapi ingatkan raf tu member tak jadi. Maruah ku betul-betul terkoyak sekarang ni.

"Ke kau horny selepas tengok aku bogel hari tu?" Chloe senyum nakal pada ku. Muka ku auto merah bila teringatkan peristiwa tu.

"Tak ada nafsu la aku tengok kau." Bantah ku. Chloe masih lagi dengan senyuman nakalnya, kaki disilangkan. Semasa kakinya disilangkan, skrit sekolahnya sedikit terselak dan menampakkan pehanya yang putih mulus.

Aku menelan air liur. Shit kau Mel! Aku terus mengalihkan pandangan. Chloe semakin melebarkan senyuman nakalnya.

"Kalau tak, kenapa muka kau macam kena panggang? Atau alasan cuaca panas lagi?"

Seluruh tubuh ku terus terasa panas. Aku buat pekak dan melihat ke luar tingkap. Cepat la sampai, kang terbakar aku dekat sini.

"Fit, bagi kuat lagi penghawa dingin tu.. Ada orang panas sebab cuaca panas sangat." Kata Chloe sinis lalu bersandar di seat kereta. Dia tergelak kecil.

"Such a cutie." Omelnya perlahan. And of course aku tak dengar, dia seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.

Sepanjang perjalanan aku hanya melihat ke luar. Aku tak ada iman yang kuat pandang Chloe. Mood gadis serigala ni memang cepat je berubah eh? Pagi tadi bukan main dingin sekarang macam bukan dia je yang gelak tadi. Ke sebelah aku ni kembar tersorok Chloe.

That's My Girl (GxG)Where stories live. Discover now