Gelak tawa dua insan itu bergema. Mata masing- masing memancarkan sinar bahagia. Terutamanya gadis itu. Air mata yang tadinya mengalir dipipi sirna apabila hadirnya insan yang bertahta dihati.
" Terima kasih kerana sudi luangkan masa awak untuk saya " Bibir yang tadinya tersenyum kini mulakan bicara sehingga menarik mata jejaka itu untuk memandangnya.
Dahi menghasilkan kerutan.
" Kenapa perlu cakap macam itu. Selagi saya masih bernafas, saya akan cuba cari masa untuk luangkan bersama awak. " Mata memandang alam semesta yang luas terbentang. Indah.
" Orait, reda dah sakit awak? Jom kita balik. Rela saya tinggalkan kerja saya tadi tahu. Ada orang tu call kita suruh datang kat dia " Sempat usikan terselit sekali. Tanpa menunggu jawapan, badan yang tadinya selesa duduk di hadapan kereta bergerak menuju ke tempat pemandu.
Aazeen Afina memuncung. Nampak macam tak ikhlas je. Kata sanggup cari masa!
" Aik, ni macam tak sabar sangat nak balik ni. Macam tak ikhlas je " Perasaan yang terdetik dihati diluahkan. Kan dipendam, tak pasal pasal overthinking.
Tangan Hafidz Taqiuddin yang memegang pintu terkaku.
" Aazeen, bukan macam tu. Kita berdua je yang ada kat sini. Kalau ada orang lalu lalang, nampak tak manis sangat. "
Meliar mata Aazeen Afina memandang kiri kanan. Ya tak ya juga eh. Dia datang ke sini tadi pun, tak pandang sekeliling. Datang, dan menangis sendiri dalam kereta sehinggalah hadirnya jejaka itu mengetuk tingkap kereta.
Kepala diangguk berkali- kali serupa burung belatuk. Aip aip captain! Bibir tersengih kekok. Muka terasa membahang. Tangan diangkat lima jari menunjukkan jawapan ' okay '
Sepantas yang mungkin, kaki bergerak menuju ke pacuan empat rodanya. Tanpa menunggu masa yang lama, enjin dipanaskan dan pintu ditutup.
Hafidz Taqiuddin hanya memandang tingkah laku gadis itu. Mukanya mempamerkan riak tanda tanya. Mahu tersengih pun ada dengan gelagat wanita itu.
Tingkap kereta milik Aazeen Afina diturunkan sedikit.
" Thank you again, maaf ambil masa awak. Saya pergi dulu, have a nice day "
Laju tayar itu membelah hening jalan raya meninggal Hafidz Taqiuddin yang menghantar pemergiannya gadis itu dengan pandangan matanya.
Dia tersengih sekali lagi lantas dirinya membolos masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan kemudian dia turut pergi ke tempat kerjanya semula.
________________°'|•
" Tring tring "
Deringan jam yang terhasil dari telefon itu berjaya menyedarkan Aazeen Afina dari terus berada dalam dunianya sendiri.
Dia tersentak,
Aazeen Afina. Dia bangkit dari pembaringan, selimut dialih dari terus berada di atas kakinya.
Usai, dia menurunkan kakinya lalu melangkah menuju ke arah bilik air yang berada di sebelah kiri. Berus gigi dicapai sambil dahinya berlapis- lapis menghasilkan kerutan.
Anak mata bergerak memandang cermin yang berada di hadapan. Dia tersengih sendirian. Amboi, awalnya kau berangan wahai Afina! Kalut- kalut dia membersihkan diri .
Tangan tangkas melilitkan tudung yang terletak elok di atas kepala. Haa cantik! Tersenyum puas dia apabila awning memberi kerjasama. Tidaklah dia teringat- ingat akan apa yang telah terjadi.
Sudah sahaja, dia berlari anak menuruni anak tangga yang sudah tersedia ada. Kaki melangkah menuju ke arah meja makan, roti bakar yang telah disediakan dicapai langsung disuap kemulut. Tidak lupa, ucapan terima kasih diucapkan buat sahabatnya, Miftah Qasrina.
Deringan yang berdering membuatkan dahi Aazeen Afina berlapis. Siapalah nak ganggu awal pagi ni!
Jari naik mengetik butang hijau, tanda ingin menerima panggilan dari yang disana. Telefon ditekup ditelinga seiring kaki laju melangkah memasuk badan kereta Honda Civic miliknya.
"Assalamualaikum, Zeen kau kat mana? " Nada suara pemilik dihujung sana kedengaran risau bercampur marah.
Gawat, Aazeen Afrina gigit bibir bawahnya dengan dahi yang berkerut beserta mata yang terpejam. Sorry nyah!
"Maaf Leen , aku terbangun lewat harini. I'm on the way. Tunggu kejap "
Dia sudah berjanji dengan Leen Hazrina untuk bertemu dua muka bagi melaksanakan kerja khusus yang harus dihantar pada minggu hadapan.
Namun, lihat saat ini. Dia yang mempelawa, dia yang terleka. Masa yang sepatutnya diisi dengan isi perbincangan , burn dengan kelambatannnya.
Maaf, sahabat.
Tangkas, tangan menggerakkan gear kereta. Tayar pacuan roda membelah jalan raya yang tak lekang diguna oleh manusia.
Sambil menuju ke destinasi, perjalanannya ditemani dengan radio dj fm. Tidaklah terlalu sunyi. Seketika kemudian, kedengaran guruh bersahut- sahutan.
Ah sudah, main hujan pula. Orang dahlah kalut ni.
Hujan menitis dari satu titis hingga berderainya turun. Pasrah, tahu penglihatannya akan tidak jelas laju tangan menyeluk ke dalam beg yang berada disebelahnya. Perkakas yang dicari jumpa, lagilah senang hati seketul Aazeen Afina.
Dipakai kaca mata itu ditempat yang sepatutnya, kemudian laju dia membelah lebuh raya ditemani rintis hujan.
______________°'|•
"Assalamualaikum, Leen " Beg yang digalas dibahu dia letakkan di atas meja yang tersedia.
Mata mereka berdua bertembung, jelas muka berkerut Leen Harina terpancar dimuka.
"Okey, sis. Maaf again. I didn't mean it " Tangan milik Leen Hazrina dicapai lalu disalam tanda memohon maaf.
Iyelah, kita buat salah kita minta maaf la. Sudah sudah la marah. Bibir dicebik.
" Okey, aku maafkan. Aku harap lain kali kau tak buat lagi. Tolong respect sikit masa orang lain. Bukan kerja ni je yang aku ada. Belambak lagi "
Tak marah, cuma nasihat. Semoga hal ini tidak berulang kembali.
Aazeen Afina hanya angguk seperti buruk belatuk. Sejujurnya dia tidaklah terlalu rapat dengan Leen Hazrina, cumanya dia diberi tugasan oleh lecturer seca berkumpulan dengan gadis ini.
Sudah namanya kumpulan dibentuk oleh pensyarahnya, siapa yang berani membantah. Nanti, dicop select.
" Okay, jom " Kening diangkat, jari ditunjukkan kearah laptop yang sudah dikeluarkan awal sampai tadi.
YOU ARE READING
MIMPI
FanfictionDia gembira, apatah lagi bahagia. Setiap saat, pasti sahaja bibirnya mengukir senyuman apabila terkenangkan jalan hidupnya sendiri. Semuanya kerana si dia yang hadir memberi erti cinta yang selama ini tidak pernah difahaminya. Setiap jalan yang be...