Nafas dilepaskan buat kesekian kalinya. Mata dikalih memandang orang disebelahnya.
"Siap?" Tanya Leen Hazrina yang pada waktu itu turut memandang gadis yang disebelahnya. Angguk Aazeen Afina dengan sengihan yang melebar.
Mereka berdua tersengih. Akhirnya setelah beberapa jam bertapa dalam pustaka awam ini, dengan kaki serta tangan yang sudah kesejukkan. Berhasil sudah buahnya.
"Orait, nanti pass kat aku. Gabung, then aku akan hantar dekat madam. "
" Okay Leen " Sesudah itu, laptop dimatikan dan dimasukkan ke dalam beg yang dibawanya.
"Lepas ni, kau nak pergi mana? "
" Tengah hari nanti, family aku kena join kenduri. So, macam mana pun aku sebagai anak terpaksa join " Muka penuh redha ditayang oleh seketul Leen Hazrina.
Ya, makan lauk kenduri memang best. Tapi yang tak best, gosok baju. Oh come on, nak bersiaplah paling Aazeen malas. Jangan contohi ye. Wanita perlu kelihatan kemas!
" Oh, bereh kalau macam tu. Baru aku ingat nak belanja kau makan sebab serba salah lagi sebenarnya"
Tanpa menunggu balasan dari pihak sana, Aazeen menyambung
" Tapi, alang-alang nanti kau nak makan lauk kenduri kan. Kenyang, tak cun arr " Barisan gigi Aazeen tersusun cantik kelihatan tanda dia sedang ketawa.
Langsung cemberut muka Leen Hazrina kerana tak dapat habiskan duit rakannya itu.
"Its okay, lain kali ada rezeki. Aku belanja. Dah jom balik " Laju mereka berdua melangkah keluar dari dewan beraircond itu. Sampai di kereta, masing- masing membawa haluan yang berbeza.
Sempat mereka berdua berbalas ucapan selamat tinggal serta terima kasih.
_______________°'|•
" Apo lu! " Nyaring jeritan yang dihasilkan dari dalam rumah.
Allahu, dia yang berada diluar rumah ni boleh dengar. Apa ini gadis tulen, atau penyamar berkebolehan?
" Awak ni dah kenapa, menjerit serupa awak tu jantan" Tunggu apa lagi. Disembur Ain Izara dengan mulut pedasnya.
" Ish, tengok haiwan tu. Kawan Kak Pina la tu "
Amboii, suka hati dia panggil katak tu kawan aku. Bestfriend dia gamaknya.
"Haishh, dia ni. Katak je pun, jerit macam ada perompak " Komen umi apabila masuk ke ruangan dapur.
"Entah umi, Pina tak kenal siapa tadi entah " Sengaja, biar dia membara.
Sambil mulut ligat membalas kata, tangan tak lupa gigih cuba masukkan katak tu dalam penyodok. Kemudian, buang jauh-jauh. Engkau tetamu tak diundang. Tak pasal pasal diri dia dicop berkawan dengan haiwan. Heh.
" Dah, hilang dah katak tu " Usai berkata, Aazeen Afina melangkah pergi naik ke bilik.
" Terima kasih, Kak Pina! " Jerit Ain Izara dari bawah meskipun kelibat kakaknya kian menghilang.
" Haih, budak ni. Suara tu memang untuk menjerit je " Menggeleng kepala Puan Aminah dengan perangai anaknya
" Dah, mari tolong umi masak. Kita buat tomyam harini " Dengan tangan kanan yang memegang daun lima purut, tangan kiri menggamit anak gadisnya mendekat.
" Okay umi, jom "
Setelah hampir 1 jam berhempas pulas di dapur, terhasillah jua lauk pauk untuk dijamah bersama keluarga.
" Izara, panggil Kak Pina turun makan nanti, boleh? Umi nak naik mandi dulu" Mata bertembung mata. Ain Izara tersenyum.
" Boleh, umi "
" Kak Pina, turun makan." Pintu bilik diketuk entah kali ke berapa. Disahut pun tidak, apatah lagi mahu dibuka pintu itu.
Tanpa menunggu lama, tombol pintu dipulas dan kepala dijengukkan ke dalam bilik yang berwarna silver itu.
" Tidur rupanya " Komen Ain Izara apabila melihat kepala kakaknya terletak elok diatas meja belajar. Dengan ipad disebelahnya.
Kaki melangkah masuk, semerbak bau wangian Aazeen Afina masuk ke rongga hidung. Wangi sungguh bilik kakaknya.
" Kak Pina, bangun. Makan tengah hari jom " Bahu milik Aazeen Afina ditepuk perlahan sekadar mengejutkan.
Terpisat-pisat mata Aazeen Afina apabila kepalanya bangkit dari terletak elok atas meja. Jari naik mengusap anak mata.
" Kenapa? " Perlahan sahaja suaranya kedengaran.
" Makanan dah siap, mari la turun makan "
" Turun dulu, nanti Kak Pina turun " Usai berkata, kelibat Ain Izara langsung tidak kelihatan. Terbang agaknya.
Aazeen Afina hiraukan. Dia bangkit dari kerusi menuju ke bilik air. Air ditadahkan di tapak tangan kemudian naik membilas muka. Sudah itu, mata naik memandang cermin. Mencari anak mata miliknya sendiri.
Bukan, hakikatnya mencari diri yang melalut dalam mimpi sebentar tadi.
Kaki satu persatu menuruni anak tangga yang hanya tinggal beberapa lagi. Kaki menuju ke arah dapur.
"Umi " Tegur Aazeen Afina apabila terpandangkan uminya yang sedang membancuh air. Ditemani Ain Izara ditepi Puan Aminah. Menempel je tahu.
" Turun dah, tu tolong ambil pinggan bawa ke depan " Jari telunjuk ditunjukkan dimana pinggan tersebut ditempatkan.
Meliar mata Aazen Afina mencari keberadaaan pinggan yang disebutkan oleh uminya. Berkerut- kerit dahi.
Oh tu dia, lama nah kau loading Zeen, ingat ada hero nak tolong ke. Hampeh.
"Babah mana? Tak balik lagi ke? " Kebiasaanya, dekat-dekat zuhur sudah terpacak batang tubuh babahnya sedang duduk di ruangan makan. Menunggu seluruh keluarga berkumpul untuk makan bersama.
" Ada on the way balik dah. Jalan jammed katanya " Aazeen Afina hanya meng'ohhh'kan sahaja. Dibawa pinggan sebanyak 4 buah pinggan ke ruangan makan.
Tidak lama kemudian , kedengaran enjin kereta milik Encik Azim. Ain Izara laju ke ruang tamu bagi membuka pintu buat babahnya tercinta.
"Bah, lewat balik harini. "
"Jammed Izara, dah jom makan. Nanti babah kena gerak balik office " Ain Izara angguk. Lalu, dua beranak itu melangkah seiring menuju ke ruangan makan.
YOU ARE READING
MIMPI
FanfictionDia gembira, apatah lagi bahagia. Setiap saat, pasti sahaja bibirnya mengukir senyuman apabila terkenangkan jalan hidupnya sendiri. Semuanya kerana si dia yang hadir memberi erti cinta yang selama ini tidak pernah difahaminya. Setiap jalan yang be...