Part 37

172 6 1
                                    

Izz yang berada di atas pokok mangga itu dipandang oleh merlina.Merlina pula sudah menahan tawa dari meletus melihat telatah Izz yang berada di atas pokok mangga itu.

"Izz lama lagi ke ha?!" soal merlina sedikit kuat akibat penjarakannya dengan Izz.

"Sabar lah sekejap!, ingat senang ke nak dapat kan mangga ni?!" balas Izz sambil berusaha mengapai buah mangga itu. Merlina pula sudah tergeleng kepalanya. Tiba tiba bibirnya mengukir senyuman yang tipis. Tiba tiba pula tekaknya berasa mahu makan mangga,nasib lah suaminya sanggup naik pokok mangga nendanya untuk mendapatkan mangga yang di idamkannya itu.

"Aku tau Izz kahwin dengan kau sebab terpaksa. So... jangan ingat Izz kahwin dengan kau..kau boleh tunjuk belang kau dengan aku...lambat laun pun kau akan tetap hilang dia...and dia akan lepaskan kau juga tak lama lagi..lambat atau cepat kau akan pegang title JANDA " Entah dari mana Elly muncul. Kata kata menyakitkan hati yang dilontarkan Elly membuatkan Merlina tersenyum sinis. Badan dipusingkan menghadap wajah Elly.Kelihatan Elly dengan riak wajah tersenyum sinis ke arah merlina.

" Excuse me, kau cakap lah apa pun aku tak akan ambik peduli. Sebab kata kata kau umpama kau kata kat diri kau tu sendiri. And apa yang kau cakap tadi? Oh! Izz akan ceraikan aku? So funny .. for your in formation aku tak kisah lah dia nak buat apa pun.Sebab apa? sebab dia tentu sayang aku seorang sahaja." Kini Merlina pula membalas . Wajah milik Elly pula sudah tegang.Merlina mengukir senyuman sinis,terlalu sinis.

"So... aku harap kau tak menyibuk kacau hal rumah tangga orang.Aku bukan apa lah cuma...aku takut benda ni jadi dekat kau balik kesian kau nanti kan...mesti malu nanti... jadi mulut tu jangan sibuk sangat nak menentukan nasib orang bila orang berceraikan ke mati ke kahwin lain..itu urusan diaorang..Kau cuma diam je"Bidak merlina lagi. Muka milik Elly jangan kata sudah merah menahan amarah. Merlina yang melihat wajah Elly begitu sudah tersenyum ke arah Elly sambil keningnya diangkat..

"Nah mangga ni cukup kan ? aku ambik ni sebab aku tengok yang ni besar besar kuning kuning macam dah masak.Nah pergi lah basuh and potong tadi kau yang teringin macam orang mengandungkan nak mangga ni" Kata Izz membuatkan merlina tersenyum manis ke arah Izz sambil menyambut huluran mangkuk yang berisi beberapa buah mangga yang kelihatan sudah masak itu.

Dipandang mangga itu.Otaknya mula berkembang.Mulutnya tiba tiba tersenyum sinis."Ye lah mesti la teringin sangat nak makan mangga ni sebab.."tangannya mula turun ke perutnya sambil diusap usap perutnye itu.

"Anak mama teringin nak makan manggakan sayang?,nasib papa dia tolong ambikkan juga mangga yang mama nak. Mesti papa sayang sangat dekat mama .. sebab tu la papa sanggup naik atas pokok mangga tu ambikan mama mangga" Kata merlina sambil mengusap usap perutnya. Sempat dikerling wajah amarah milik Elly.

"Ish! Abang Izz tengok isteri abang ni!" Kata Elly . Geram sahaja dia memandang Merlina. Kalau diikutkan hati jika Izz tiada di sini sudah lama dia menampar pipi milik merlina.Merlina pula sudah terangkat kening

"Eh jom Izz cepat potong mangga ni tak sabar nak makan! Jom"Kata merlina lalu memaut tangan Izz pergi meninggalkan Elly yang berdiri seperti jasad yang tidak bernyawa itu. Elly pula sudah menghembuskan nafas yang kasar.

"Ingat jangan sesekali kacau hal rumah tangga orang.Kalau kau kacau berkemungkinan besar benda tu jadi dekat kau"sempat merlina membisikkan ke telinga Elly apabila berlalu bersebelahan Elly. Panas sahaja telinga Elly apabila Merlina berpesan begitu kepadanya.Kaki nya dihentak ke tanah.

" Arghh! Kurang ajar kau perempuan!"Kaki nya dihentak lagi . Tidak betah lama disitu dia turut meninggalkan dusun itu.Panas sahaja hatinya apabila mengingati pesanan merlina kepadanya itu.

"Asal kau cakap macam tu tadi?"soal Izz kepada merlina sebaik sahaja mereka sampai di rumah.Merlina yang sedang memotong buah mangga
itu terkejut.Badannya kaku,tetapi cuba tenang.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now