bab 5

1K 69 8
                                    

" WEH sayang betul ke apa kita buat ni? Nanti Hawa marah macam mana. Tak yah la eh"

" Tak yah la sayang..jom la kita balik. Nanti kau mengganas. Aku takut.."

Syah menjeling Eldian. Bising betul la mamat ni. Penakut sangat kenapa, dia yang perempuan ni pun santai je. Tenang dah lah. Dia bukan nak serang pun ibu Hawa tu. Dia cuma nak kasi pengajaran sikit je.

" Kau diam boleh tak Harith. Santai je ok."

" ASSALAMUALAIKUM ADA ORANG TAK? ASSALAMUALAIKUM MAKCIK.." Syah berpusing - pusing melihat sekeliling rumah. Relax betul eh orang dalam rumah ni. Anak tak balik nak dekat dua hari masih tenang eh.

" Assalamualaikum kami datang nak beraya!!" Si Eldian ni dah kenapa puasa pun belum tetiba nak raya dah kenapa. Syah memukul sedikit lengan Eldian itu.

" Kau kenapa ha sihat tak ni..dah makan ubat belum ha" Eldian hanya senyum saja dia menggosok sedikit lengan nye. Sakit weh Syah ni pukul. Nak gurau pun tak boleh tau sayang dia ni.

Setelah lama memberi salam baru la pintu rumah itu terbuka. Keluar la tiga beranak itu. Nampak sungguh tenang ye tak nampak muka tu risau sikit pun.

" Ha nak apa datang sini " suara Hana tu orang yang jauh pun boleh dengar. Cakap tu macam telan mikrofon. Kuat sangat.

" Kau nak apa ni datang sini. Menyemak je dekat rumah aku " fuh takda adab langsung. Mak tak ajar ni sebab tu macam ni. Itu lah manja kan sangat kan..

" Saya datang cari Hawa. Dia ada tak? " Eldian yang mendengar soalan Syah itu memandang Syah dengan pelik. Sayang aku ni betul tak ni? Tadi kan baru je tengok Hawa dekat Hospital apa yang tanya Hawa ada tak dekat sini ni?

Syah yang faham dengan Eldian yang tak faham itu memberi isyarat supaya senyap. Dia sengaja tanya macam tu sebab nak tengok rection je. Tapi malang sebab tiga orang itu masih tenang.

" Oh Hawa..kau cari Hawa la ni? Dia tengah tidur tak bangun lagi. Kenapa nak apa " Syah hanya oo kan sahaja. Tengah tidur eh.. hebat betul lakonan mak Hawa ni.

" Oh tidur eh??" Dia tersenyum sinis. Haih la memang tak layak panggil ibu betul mak Hawa ni. Anak masuk hospital pun tak tahu.

" Lepas dia kena kurung dekat luar tu dia masih tidur eh. Lepas makcik tak bagi dia masuk dalam rumah tu dia masih tidur dekat luar eh. LEPAS DIA KELUAR DARI RUMAH NI TENGAH  -TENGAH HUJAN LEBAT SEMALAM!! DIA MASIH TIDUR EH!! HEH!! " Dia mara setapak kedepan untuk mendekati tiga beranak itu. Eldian dah jadi tak senang duduk. Syah ni bukan boleh di biar nanti apa pulak di buat nye.

" LEPAS DIA KENA LANGGAR DENGAN MOTOR DIA MASIH TIDUR EH!! LEPAS DIA MASUK HOSPITAL TU DIA MASIH TIDUR EH!! KORANG NI KELUARGA JENIS APA HAH!! SAMPAI TAK AMIK TAHU PASAL HAWA TU HA!!" Eldian terus menarik Syah kebelakang bila tangan Syah mula naik ke atas. Macam nak pukul Hana pun ada sebab masa tu orang yang paling dekat dengan Syah adalah Hana.

" DIA HILANG DEKAT NAK DUA HARI DAH TAPI KORANG BUAT APA? KORANG BUAT APA HAH!! MEMANG TAK LAYAK DI PANGGIL KELUARGA BETUL!! EII ADA JUGAK YANG MAKAN KASUT AKU NI KANG!! Tahan aku Harith..tahan tahan!!" Dia dah macam nak sepak je sorang sorang depan dia ni.

" Sabar Syah sabar. Jangan macam ni.." dia tak berani sambung bila Syah dah tenung dia macam nak makan.

" Heh dia yang keluar dari rumah ni kan. Lepastu kau nak salah kan kitorang pulak kenapa. Si Hawa tu yang pilih nak keluar. Kalau dia tak keluar dari kawasan rumah ni mesti dia tak kena langgar kan. "

" Dan dia tak kan masuk hospital. Jadi itu pilihan dia sendiri. Bukan salah aku dan bukan urusan aku" selamba je ibu si Hawa ni cakap macam tu.

" BETUL!! " serentak Hana dan Aiden menjawab.

HAWA DZAQWANWhere stories live. Discover now