bab 19

436 26 4
                                    

" HELLO ? " laju tangan kecik itu mencapai telefon yang berada di atas katil itu.

" Waalaikumsalam budak kecik "

Syah hanya diam. Sedar diri nye di perli sebab tak memberi salam dahulu

" Pakcik nak apa ni call orang pagi - pagi ? Dah takde kerja sangat ke ? " Syah menekan simbol speaker itu dan meletak kan telefon itu di atas meja.

Orang nak bersiap pon susah tau

Tangan kecil itu mencapai tudung yang di letak kan di atas kerusi sebentar tadi.

" Hello ? Ada lagi tak pakcik ni ? " dia memandang sekilas telefon itu.

" Ni emm.. kau  tengah buat apa ?"

Apa punye soalan ni Emir Harriz ?

" Tengah basuh baju "

" Aik ?? Kau tak bersiap nak pergi sekolah ke ? "

" Dah tahu tanya buat apa ? Ish cepat lah orang dah habis siap ni.. nak pergi sekolah dah ni "

Selesai sahaja memakai tudung laju kaki dia bergerak ke katil untuk mengambil beg sekolah.

" Keluar Eryn pagi ni pergi sekolah dengan aku "

Hanya sebaris ayat tapi mampu membuat Syah yang sedang minum air itu tersembur

Perghh nasib tak kena baju sekolah mat

" Pakcik ni dah buang tebiat ke ?!! Tetiba nak hantar saya pergi sekolah ni " kaki dia melangkah keluar dari bilik menuju ke luar rumah

Terkejut dia melihat motor yang terparking elok di hadapan pintu pagar rumah dia sekarang. Dan di tepi itu terlihat seorang lelaki berbaju kemeja hitam sedang duduk bersandar di pagar rumah dia.

Jari dia segera mematikan panggilan tadi. Telefon yang di tangan di campak ke atas sofa.

Ala takpe telefon dia tahan lasak. Kau baling la dari tingkat 7 pon.. tak rosak punye

" Pakcik !! " Syah duduk menyarung kasut sekolah yang elok tersusun di tepi pintu itu.

Emir yang mendengar nama nya di panggil terus memusing kan badan dia. Tersenyum dia melihat budak kecik itu. Tak tahu kenapa dia sanggup buat kerja gila pagi ni... padahal dia ada kelas pukul 8 nanti.

Sekarang dah pukul 7.. takpe sempat je. Nanti dia pecut lah apa susah kan ?

Selesai memakai kasut kaki Syah melangkah ke luar rumah. Tangan dia laju mengunci pagar rumah itu. Maklum lah duduk sorang.. atok dia awal pagi lagi dah keluar rumah.

" Pakcik buat apa ha dekat sini ??" Tanya Syah sambil bercekak pinggang.

Sedikit pelik lah tengok pakcik Emir pagi ni. Tetiba sahaja muncul .. takde angin takde ribut. Dengan senyum bagai

" Saje memudah kan urusan kau. Dari kau membuang tenaga jalan kaki .. ada baik nye kau naik aku pagi ni "

" Dengan pakai macam ni ?? " Syah menunjuk kan seragam sekolah yang di pakai itu. Dengan berkain nye nak naik motor ?

Haih buat hal je nanti kalau tersekat

" Kau ni banyak cakap lah.. nak cepat pakai ni. Nanti lambat " Emir menghulur kan helmet kepada Syah tapi budak tu hanya diam memandang huluran dia

" Tapi - "

" Takde tapi tapi. Cepat lah Eryn oii naik.. kau tu dah lambat tahu nak pergi sekolah. Tak kesian ke dekat aku yang datang dari jauh ni ? Ke nak kena panggil sayang dulu batu nak naik ? "

Syah hanya diam. Helmet yang berada di tangan di sarungkan dekat kepala. Malas nak layan drama orang tua pagi pagi ni

" Bukan nye suruh datang pon"

HAWA DZAQWANWhere stories live. Discover now