bab 13

683 53 0
                                    

" Kau ok ? "

Terlepas air milo yang dia pegang tadi. Terkejut dia bagai nak jatuh jantung ni.

Suara tu..

Dia tak salah dengar kan.. tolong lah cakap yang dia tak salah dengar sekarang ni.. Perlahan lahan Hawa memusing kan badan menghadap si dia.

" Harraz... " 

" Yes.. miss me hmm Dalila. "

Jatuh setitis air mata yang dia tahan dari tadi. Nak je sekarang ni dia lari peluk tubuh tinggi lampai yang ada depan dia ni. Entah lah nak cakap rindu kang takut kena cop gatal pulak. Tapi benda tu lah yang dia rasa sekarang..

" Heii jangan menangis... aku dah ada kan sekarang ni.. jom kita bayar dulu jom. Jangan nangis nanti dah tak jadi budak comel aku dah "

Tahan tangan kau Harraz.. jangan kau tak boleh pon nak sentuh dia.. ingat Razz

Sedaya upaya dia menahan tangan dia dari mengelap air mata itu..

 Harraz menghulur kan tangan kepada Hawa walaupun dia tahu yang Hawa tak akan pegang tangan dia pon. 

Hawa hanya mengikut langkah Harraz untuk membayar. Baru je dia nak keluar kan duit ada satu tangan yang mengambil air milo dia.

" Ha sekali eh bang.. berapa bang ? "

Hawa hanya memandang Harraz dengan mata yang masih bersisa air mata. Nasib abang dekat situ tak tanya apa - apa. Dia senyum je tengok Hawa dengan Harraz. Mungkin dia ingat dorang tu adik beradik kot.

" Dah jom aku bawak pergi makan. Nanti aku call Dian cakap kau ada dengan aku "

" Tapi awak.. " tak sempat habis lagi Harraz dah mengangkat jari telunjuk dan membuat tanda untuk dia tidak meneruskan ayat itu.

" shh takda bantahan Dalila.. nanti apa Dian dengan family dia cakap bila tengok kau balik dengan air mata bagai ni. Ke kau tak sudi keluar dengan aku.. " 

" Eh eh mana ada.. " 

Kelam kabut dia cuba nak jelas kan dekat Harraz. Dia cuma takut umi fikir yang bukan - bukan je bila dia balik rumah lambat. Yela sebelum ni mana pernah dia balik rumah lambat.

" Tak saya cuma rasa macam tak manis je kita keluar berdua. Lagi pun dah nak malam la awak.." 

Harraz hanya diam memandang lama wajah Hawa. Dah semakin susut pipi bulat tu. Tak makan ke? Sakit ke ? Banyak soalan yang ingin dia tanya dengan apa yang jadi tadi lagi lah dia rasa nak nak tarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapan dia.

Hati dia rasa sakit tengok keadaan Hawa sekarang. Dia tahu di sebalik mata dan senyuman itu terselit sesuatu perasaan yang tak di cerita kan kepada sesiapa pon. Bagai meminta tolong tapi tanpa suara. Berharap agar ada yang perasan dengan sakit itu dan membawa dia keluar dari rasa sakit itu.

" Takpe nanti aku explain dekat Dian. Sekejap je tak lama pon Dalila "

" Hmm ok tapi saya pakai baju sekolah takpe ke ? "

Baru Harraz sedar yang Hawa hanya memakai baju sekolah. Dia hanya tersenyum melihat Hawa. Comel je tak nampak macam budak nak amik SPM pon.

" Boleh je Dalila sayang.. Kau pakai apa pon cantik je "

Memerah pipi Hawa kena panggil sayang dengan si dia ..

Harraz senyum sekilas sebelum menarik hujung lengan baju Hawa untuk keluar dari 7e tu. Hawa hanya mengikut sahaja.



" Hello siapa ni ? "

" Aku ni Harraz.. Dian aku na.." 

" Ooohh abang Harraz.. mana abang dapat nombor saya ni? Abang nak apa - apa ke ? "

HAWA DZAQWANWhere stories live. Discover now