"Siapa nak terangkan sekarang ni?" Tegas suara Hajah Rafeah. Tangannya naik berpeluk tubuh dengan matanya tajam memerhatikan tingkah dua orang pesalah di depannya.
"Tadi saya tukar mentol." Ashriq membuka mukadimah. Dalam suaranya ada gentar.
"Itu nek dah tahu. Next?"
Ashriq tarik nafas. Semput pula rasa nak tarik nafas. Sekilas Sumaiyyah yang diam membisu di sebelahnya dilirik. Meminta Sumaiyyah membantu.
"Tangga tu nak patah. Maiyah tolong pegang."
"Alih-alih si Ashriq ni jatuh timpa kamu. Gitu? Ala-ala cerita hindi lah ya? Guling-guling kat depan sawah padi tu tak mahu buat?" Sarkastik soalan Hajah Rafeah.
Ashriq menunduk. Takut dia nak menjawab. Tak pernah lagi dia nampak raut wajah Nek Peah setegang ini.
"Sudah-sudahlah tu Peah. Budak-budak ni bukannya sengaja." Haji Zuki bersuara. Dari tadi dia hanya diam seolah-olah menjadi hakim menunggu untuk menjatuhkan hukuman setelah mendengar perbicaraan.
"Budak-budak apanya bang. Dah tua pun. Berpeluk, bertindih macam tu mana eloknya. Haishh.." Hajah Rafeah merungut kesal.
Masih terbayang-bayang aksi cucunya tadi. Dah bertindih macam tu, boleh keras macam patung. Nasib baik dia sergah, kalau tak entah apa yang jadi. Fikirkan kemungkinan itu, Hajah Rafeah picit dahi. Sakit kepala tiba-tiba.
"Betul nek. Saya tak sengaja." Ashriq cuba jernihkan keadaan. Semua yang berlaku diluar kesedarannya. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di atas tubuh Sumaiyyah. Hujung hidungnya dengan hidung Sumaiyyah bersentuhan.
"Tangga yang salah kan?"
"Nek!" Sumaiyyah membentak.
"Apa? Tak betul? Salah tangga sebab patah kan?"
"Allahuakbar." Haji Zuki menarik kopiah putih di kepalanya. Rambut menipis di kepalanya dilurut-lurut. Nak bertikam lidah dengan isterinya memang dia takkan menang. Nak menangkan cucunya macam tak berapa sesuai juga.
"Kahwinkan aje mereka ni bang." Usul dari Hajah Rafeah buatkan dahi Haji Zuki berlapis-lapis. Sampai ke situ isterinya fikir.
Lalu dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja kopi lalu nombor Tan Sri Daud di dail. Biarlah kawan baiknya itu yang mencari jalan penyelesaian.
*****
"Kenapa ni Peah, Zuki?" Tan Sri Daud menerpa masuk ke dalam rumah kayu itu. Bergegas dia datang apabila Haji Zuki menelefon beritahu anaknya ditangkap berpelukan dengan Sumaiyyah. Isterinya, Puan Sri Kirana pula tak ada. Ke salon mencuci rambut.
"Aku pun tak tahu nak buat apa. Buntu." Haji Zuki pening. Mahu tak pening bila isterinya sudah buat drama air mata. Ikutkan dia, dia abaikan saja sebab dia tahu budak berdua tu tak sengaja. Lagipun benda nak jadi. Bukannya mereka tu bercium pun.
"Hmm.." Tan Sri Daud memandang wajah anak lelaki tunggalnya bersilih ganti dengan wajah kawan baiknya Haji Zuki. Anaknya bujang, cucu Haji Zuki pula janda. Memang tak elok.
"Ashriq nak kahwin dengan Sumaiyyah?"
Soalan dari Tan Sri Daud buatkan Sumaiyyah yang tundukkan muka sedari tadi, mendongak. Wajahnya pucat tak berdarah.
Dia tak nak kahwin. Tak nak! Sekilas Ashriq yang berdiri tidak jauh darinya dipandang. Isyarat mata diberi supaya tuan haji itu menolak.
"Kalau itu yang terbaik dan jalan untuk selesaikan semua ini, Ashriq tak kisah. Baik untuk walid baik juga untuk Ashriq."
Mata Sumaiyyah membuntang. Gila ke apa tuan haji ni?
"Maiyah setuju?" Soal Haji Zuki seraya memandang cucunya. Dia dapat rasakan Sumaiyyah tak setuju.
"Tak payah tanya dia abang. Dah berpeluk lama macam tu, setujulah tu. Eloklah kahwin dari buat benda lain pula belakang kita." Laju Hajah Rafeah menjawab sebelum Sumaiyyah sempat bersuara.
Senyuman melakar pada wajah tuanya. Nasib menyebelahinya apabila Tan Sri Daud berpihak kepadanya. Itu sahaja jalan penyelesaian terbaik yang berada di fikirannya.
Sumaiyyah meramas jari jemari sendiri. Sungguh, dia tak puas hati. Jatuh bertindih kena kahwin?
Tak menunggu lama, dia menoleh pada Ashriq. Mereka perlu berbincang.
"Tuan Haji, kita ke depan. Saya nak bercakap sikit."
Terus Ashriq memandang walidnya. Serba salah pula dia kalau tidak meminta izin.
Tan Sri Daud mengangguk memberikan persetujuan. Ya, dia pasti budak berdua itu mahu berbincang dengan apa yang telah terjadi dan akan terjadi.
"Tuan haji setuju kenapa? Tuan haji tahu tak saya tak nak kahwin. Tak nak!" Sumaiyyah tekan perkataan tak nak. Stress dia dibuatnya. Macam nak menangis pun ada. Ke hulu ke hilir dia berjalan.
"Habis tu awak nak saya jawab apa dengan nenek awak? Nak saya ni nampak seperti lelaki tak bertanggungjawab?" Sumaiyyah yang mundar-mandir di depannya dipandang. Dah rimas dia melihat Sumaiyyah mengukur keluasan laman dapur dari tadi.
"Bertanggungjawab apa? Tuan haji ada buat apa?" Meninggi intonasi suara Sumaiyyah.
"Nak saya listkan satu persatu ke bahagian mana yang saya dah tersentuh?"
Senyap tak terkata Sumaiyyah. Darah merah naik menyerbu ke muka.
"Itu kan tak sengaja." Tersangkut-sangkut suara Sumaiyyah yang terkeluar antara dengar atau tidak.
"Tak sengaja kata kita. Tapi di mata orang tua kita, tak elok. Apapun bagi saya bertanggungjawab. Saya pun jadi risau asyik tersentuh saja." Ashriq melurut rambutnya berkali-kali untuk hilangkan rasa janggal bila menyebut tentang hal tersentuh.
"Err.." Mata Sumaiyyah terpandangkan cuping teling Ashriq yang kemerah-merahan. Malu ke Tuan Haji ni? Bukan aku ke yang patut malu?
"Ehemm!" Suamiyyah berdeham.
"Tapi takkanlah sampai kita kena kahwin?" Sumaiyyah masih tidak mahu berkahwin. Dia rasakan keputusan ini tidak bijak dan tidak adil buat dirinya.
"Kenapa tak nak kahwin dengan saya? Buruk sangat ke saya ni? Teruk sangat ke saya?"
Tak terkata Sumaiyyah. Bukan itu yang dia maksudkan. Membulat matanya memandang wajah kacak Ashriq yang kelihatan keruh.
"Ataupun Maiyah dah ada orang lain? Berterus-terang saja. Saya akan beritahu walid."
Sumaiyyah menggeleng.
"Saya tak bersedia nak kahwin lagi tuan haji. Pengalaman perkahwinan yang lepas buat saya takut."
Ashriq hela nafas panjang.
"Insya Allah Maiyah. Saya akan jaga Maiyah dan Taqif sebaik-baiknya. Saya akan bimbing keluarga kita ke arah jalan yang diredai Allah s.w.t."
Kelu lidah Sumaiyyah untuk menjawab bicara Ashriq.
"Beri saya peluang. Saya akan buktikan saya bukan seperti bekas suami Maiyah."
"Dia dulu pun sama. Menabur janji..."
"Kami bukan orang yang sama Maiyah. Jangan bandingkan saya dengan lelaki lain." Cepat Ashriq memangkas kata-kata Sumaiyyah.
Sumaiyyah buang keluh. Hatinya masih berat untuk menerima.
"Anggaplah kita terima sebab kita berjodoh. Apa yang berlaku hari ini atas kehendakNya." Lembut tutur kata Ashriq cuba meyakinkan Sumaiyyah yang masih kelihatan ragu-ragu.
"Tapi kita boleh tolak usul walid Tuan haji tu."
"Maiyah pergilah cakap yang Maiyah tak setuju."
Tajam mata Sumaiyyah memandang wajah tanpa riak Ashriq.
"Maiyah yang tak nak kan jadi Maiyah lah yang cakap." Cadang Ahsriq.
Sumaiyyah mendengus lalu laju dia tinggalkan Ashriq di situ. Tak ada guna dia berbincang dengan Ashriq. Lelaki itu langsung tidak mahu mendengar cakapnya. Nanti jangan cakap menyesal sudah kahwin dengan janda sepertinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/340618008-288-k962800.jpg)
YOU ARE READING
sentuhan cinta tuan haji
RomansMenjadi ibu tunggal dalam usia yang muda bukanlah satu pilihan. Demi kelangsungan hidup bersama anak kesayangannya, Sumaiyyah bekerja sebagai tea lady di sebuah syarikat. Kehadiran seorang 'Tuan Haji' sebagai majikan, telah menghuru-harakan hidup Su...