Kosong-kosong

13 2 0
                                    

Sudah tiga hari semenjak dia menolong dan merawat lelaki misteri di dalam hutan Seren tersebut dan tiga hari jugalah kejadian dia dipengsankan di dalam hutan. Dia bernasib naik apabila Asrar tidak melakukan apa-apa terhadap dia.

Dan dia bernasib baik lagi apabila pakciknya, Uwais tidak ada di rumah ketika dia balik ke rumah. Kalau pakciknya tahu yang dia keluar ke hutan sememangnya dia akan dikawal dengan lebih rapat dan  bilangan pengawal  yang akan menjaga di sekitar rumah akan bertambah juga.

"Dah...dah la tu Yalina, aku rasa pisau tu dah boleh buat jadi cermin dah tu. Bukan main berkilat duduk sekilometer jauh pun boleh nampak muka cantik kau tu." Tegur Ra.

Kerja-kerja mengilap dan mengasah pisau belati terhenti seketika apabila ditegur oleh Ramona atau panggilan manja Ra merangkap kawannya. Terhenti segala kerja yang di lakukan di ruang bilik sederhana besar itu.

"Kau pun rasa muka aku cantik kan? Jadi memang terbukti muka aku memang semulajadi cantik la kan?"

Spontan sepasang mata milik Ra terbeliak keatas. Terpacul keluhan berat dari seraut wajah yang bulat itu.

"Berat bahu yang memikul berat lagi mata yang memandang bertambah berat juga penyakit perasan kau." Tambah Ra. Walaupun jauh disudut hati memang diakui kecantikan wajah anak saudara perempuan ketua bandar Seren itu. Tidak ada perempuan yang dapat menandingi kecantikan Yalina. Dan apa yang membuatkan seraut wajah itu lebih cantik adalah sebutir tahi lalat kecil yang terletak elok di atas hidung mancung bak seludang itu.

Tergelak kecil Yalina melihat muka Ra yang sengaja dimemekkan menjadi hodoh.

"Mana? Okay je mata kau. Kalau berat mesti dah terjojol keluar dah tadi." Sekali lagi Yalina menyambung tawanya tadi.

"Ada juga mata kau yang terjojol pulak kang! " Dua jari yang dibentukkan menjadi huruf v pantas bergerak kearah mata Yalina. Namun meleset. Tidak sempat tangan itu pergi jauh, Yalina terlebih dahulu menarik tangannya menyebabkan badannya terhuyung-hayang lalu Yalina bergerak pantas kearah belakang badannya. Mengunci pergerakan tangannya dari arah belakang.

"Okay...okay...aku menyerah kalah." Kata Ra. Tangan kiri yang masih bergerak bebas menepuk tangan Yalina. Isyarat agar dilepaskan.

"Tahu takpa." Yalina melepaskan tangan Ra yang dikunci tadi.

"Kau la punya pasal, asyik sangat dengan pisau kau sampai aku masuk pun tak perasan." Tangan kanannya dibelek sekali imbas. Tak ada apa-apa kesan tapi terasa sedikit terkejut. Yalina sekarang semakin tangkas bergerak berbanding dahulu. Hasil didikan pakciknya yang senantiasa melatih Yalina seni mempertahankan diri.

"Apa yang ada dalam fikiran kau ni?" Sambung Ra lagi.

"Mana ada. Kau ni." Sangkal Yalina.

"Macam aku tak kenal kau Yalina. Dah masak sangat. Kau kalau ada benda yang tak kena atau tengah berfikir sesuatu mesti konsentrasi kau pun ke laut. Dan..." Jari telunjuk dihayunkan keatas dan kebawah dihadapan Yalina.

"Berdasarkan keadaan sekarang aku rasa dua-dua mungkin?" Bahu Ra terjungkit sedikit.

"Kau ada dengar apa-apa berita yang luar dari biasa tak?" Sepasang mata hijau itu merenung seraut wajah bulat yang sedang berdiri gaya penyiasat dihadapannya.

"See? Sekejap aku fikir.. Berita luar biasa... Maksudnya luar dari kebiasaannya la kan? Ermmm..." Terserlah garisan di atas dahi Ra sambil otak begitu ligat memikirkan jawapan kepada pertanyaan Yalina.

Bebola mata hijau Yalina tak lekang memandang kearah kawannya itu. Turut menanti jawapan kepada pertanyaannya tadi.

"Tak ada." Jawab Ra dengan selamba.

SerenWhere stories live. Discover now